SILA KLIK LOGO KEDAI DI ATAS!

ulasan Buku Untuk Filem: ESTET [sticky post]

Sila klik untuk tumbesaran yang memudahkan pembacaan!
ulasan-ulasan: * mudajauhari * sultanmuzaffar * fadliakiti * mohdhaiqal * zosaw * mstar * kueee * budiey.com * ayuthesun * Salaam..
Mungkin ada yang akan bertanya "Kenapa?". Jawapan saya mudah sahaja "Kenapa tidak?". Berikut ialah jawapan-jawapan lain saya: Pengaruh Seorang Blogger Secara peribadi, buku ini telah membuktikan kepada sesiapa sahaja yang hanya bermula sebagai seorang 'blogger' tanpa sebarang nama popular atau tapak dalam apa sahaja bidang BOLEH merealisasikan sebuah impian kosong untuk menjadi suatu kenyataan penuh. Maksud saya, nama Ajami Hashim melalui blog bicaraskrip.blogspot.com asalnya hanyalah sebuah blog pendapat peribadi mengenai penulisan skrip sahaja. Ini bermakna kepada sesiapa sahaja yang mendaftarkan sesebuah blog untuk menjadi seorang 'blogger' dengan menulis sesuatu topik khusus yang diminati dengan bersungguh-sungguh oleh si penulis blog, tidak mustahil akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti. Hasil yang saya maksudkan ialah puncak tujuan sesebuah blog informasi dari pandangan peribadi seandainya ditulis dengan betul dan jujur, pasti akan dibaca oleh penggemar topik yang diangkat oleh blog tersebut. Dalam ertikata lain, penerbitan Buku Untuk Filem: ESTET ini ialah bukti betapa nawaitu saja-saja dahulu untuk menerbitkannya rentetan dari hanya sebuah blog peribadi sudah pun menjadi realiti.
Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, November 24, 2009

SURATAN JUNAIDAH - skrip akan datang!

"Aku telah kehilangan sesuatu yang seolah-olah memusnahkan segalanya..namun ia juga permulaan sesuatu yang lebih baik dalam hidupku" ~ Junaidah




Wednesday, November 18, 2009

Tunjang Sa'adah ~ exposition

Terus-terang saya beritahu bahawa skrip Tunjang Sa'adah ialah pengalaman kali pertama saya melangkah ke dalam gelanggang untuk bercerita. Sebelum ini saya hanyalah penonton yang melihat dan mendengar si penglipurlara (penulis skrip dan pengarah) bercerita kepada saya melalui medium telefilem mereka. Lalu apabila saya sendiri yang menjadi tok dalang di atas kertas (skrin komputer) sudah tentu bertukar tempat dengan si penonton. Kuasa monopoli sebagai seorang pencerita sebenarnya sukar dan berbahaya!

Ok! Kamu sebenarnya baru sahaja membaca satu paragraf di atas sebagai contoh exposition yang mudah mengenai diri saya sebagai penulis skrip. Ada mukadimah, isi dan konklusi secara ringkas dan sambil lalu (subtle). Sebegitu jugalah saya cuba tangani setiap exposition atau informasi dalam skrip Tunjang Sa'adah seperti berikut:

1. time frame (rentetan masa)
Dalam draf asal skrip ini saya banyak menuliskan (memberitahu) di bahagian kepala atas sekali bagi setiap babak yang perlukan exposition mengenai tarikh kejadian babak itu misalnya 'SETAHUN YANG LALU' atau 'BEBERAPA BULAN KEMUDIAN' etc etc.. Namun apabila saya baca semula semasa proses rewriting draf akhir sebenarnya saya sudahpun 'memberitahu' exposition itu secara visual atau dialog. Maka saya padamkan kesemua ayat-ayat redundant exposition itu. Dalam skrip Tunjang Sa'adah ada beberapa kali saya letakkan exposition sebegitu antaranya:

i. babak Tajudin-Mak Badar dalam kereta - Tajudin bertanya 'Mak nak saya jadi duda pertama, lepas sebulan isteri meninggal.." (dialog)
ii. babak Sa'adah dalam teksi yang menyatakan dia baru balik dari medical checkup untuk mengandung anak sulung (dialog)
iii. tangan Tajudin yang kelihatan berkudis kerana sudah terlalu lama terlantar semasa Sa'adah menyapu badannya (visual)
iv. perut bunting Hajar semakin membesar semasa datang ke rumah Sa'adah (visual)
v. visual pembukaan dimana Tajudin yang terlantar dan bunyi mesin bantuan pernafasan yang menandakan dia mati diikuti oleh babak bacaan Yassin oleh Tajudin sendiri ialah secara direct-nya menyatakan bahawa sebahagian besar cerita seterusnya berlaku beberapa bulan atau setahun yang lalu (FAKE FLASHBACK) serta cubaan saya untuk meng-hook penonton! Hahaha! (ada banyak lagi exposition lain yang kamu sendiri kena cari sendiri!)

2. nama-nama watak
Saya banyak menghabiskan masa rewriting di babak-babak awal skrip ini untuk memperkenalkan setiap nama watak melalui dialog watak lain tanpa memaksa setiap watak memperkenalkan diri mereka sendiri secara 'on the nose'. Sa'adah diperkenalkan oleh Mak Badar apabila bertanya samada makanan cukup atau tidak? Begitu juga dalam babak yang sama Mak Badar mengeluh kerenah 'Tajudin' yang tidak mahu sedekahkan kain batik Salima. Nama anak Tajudin-Salima iaitu Alif disebut dalam perbualan Tajudin-Mak Badar. Malahan nama si mati iaitu Salima disebut pada voice-over Sa'adah pada permulaan cerita. Nama Haidir dan Hajar pula ditanyakan oleh Mak Badar kepada Sa'adah semasa bersarapan diikuti oleh babak kali pertama di kampung yang memperkenalkan rupa sebenar Haidir dan Hajar. Paling mudah ialah untuk memperkenalkan Azlina semasa dia sampai bila disambut oleh Tajudin!

Berjayakah penonton menangkap kesemua exposition sebegitu? Sejujurnya saya gusar dan tidak pasti! Hahaha!

BERSAMBUNG..

NOTA: teknik penulisan skrip ini ialah cara saya sendiri secara peribadi TANPA mengatakan bahawa ianya betul atau salah untuk diikuti oleh penulis skrip lain!




Tuesday, November 17, 2009

Tunjang Sa'adah ~ flashback

Penggunaan flashback kadangkala dilihat sebagai kelemahan seseorang penulis skrip kerana ia seakan pemanjang naratif sahaja sekiranya jalan cerita terlalu pendek. Maka pengulangan babak yang sama dan sudah ditonton di bahagian-bahagian awal naratif selalunya digunakan semasa momen rehat sebentar. Misalannya ialah babak termenung seseorang watak yang akan mengenang kembali apa sahaja detik yang menjadi kenangan manis atau pahit dalam rentetan hidupnya terdahulu. Pada pendapat saya, ia bukan menjadi kesalahan sekiranya babak flashback digunapakai pada tempat yang betul dan sangat diperlukan untuk menyambungkan cerita atau untuk menceritakan semula apa sebenarnya yang terjadi (exposition) semasa waktu sesuatu kejadian itu berlaku dahulu.

Dalam TUNJANG SA'ADAH sebenarnya kesemua sekuen selepas babak pembuka dimana Tajudin dibunuh (bukan permulaan cerita yang sebenar) iaitu babak majlis tahlil/baca surah Yassin sehinggalah kembali ke babak yang sama (Tajudin dibunuh) ialah rentetan a FAKE FLASHBACK sahaja yang saya gunakan sebagai struktur utama penceritaan telefilem ini. Kerana itulah sekuen babak yang saya tulis seperti jumpcut kerana saya hanya memilih momen-momen penting sahaja dalam kehidupan Sa'adah/Tajudin di KL dan Hajar/Haidir di kampung. Dari flashback siapakah cerita itu? Sebenarnya ia bukan flashback dari mana-mana watak kerana ia cuma cara saya bercerita mengikut kronologi sebenar apa yang berlaku sebelum kejadian Tajudin dibunuh sahaja. Tetapi dalam sekuen penceritaan saya itu saya TINGGALKAN 2 babak (cerita) yang saya sorokkan iaitu:

1. babak di waktu pagi apabila Tajudin keluar dari rumah Azlina
2. babak Tajudin menceritakan niatnya hendak ke luar negara kepada Azlina

Lantas di manakah kedua-dua babak (cerita) itu saya letakkan? Hahaha! Saya letakkan di belakang sekali sebagai a REAL FLASHBACK dari cerita mulut Azlina kepada Sa'adah! Cuma saya TIDAK mengulang mana-mana babak yang sudah dipertontonkan! Dalam ertikata lain kedua-dua babak itu menjadi key-scene atau babak-babak 'baru' yang menghuraikan segala persoalan yang selama ini dicari oleh Sa'adah (dan penonton) - samada Tajudin sudah menerimanya sebagai isteri atau tidak? Adakah penonton berjaya saya 'tipu' untuk menganggap bahawa Tajudin belum insaf semasa dia kemalangan? Saya sendiri tidak pasti! Hahaha!

NOTA: Adakah kamu betul-betul percaya bahawa Tajudin benar-benar sudah insaf seperti cerita dari mulut Azlina??? Atau sebenarnya Azlina hanya hendak menjadikan dirinya nampak suci baik kepada Sa'adah? Benarkah Azlina-Tajudin tidak melakukan apa-apa di rumah itu? Betulkah memang ada keluarga Azlina di dalam rumah itu? Adakah kamu nampak mereka? Sejauh manakah kamu percaya bulat-bulat cerita dari Azlina? Kamu fikir sendiri! Hahaha!

BERSAMBUNG..





Friday, November 13, 2009

TUNJANG SA'ADAH ~ promo!





Wednesday, November 04, 2009

TUNJANG SA'ADAH - alkisah seorang penulis skrip (pt.2)




Kagum aku menyaksikan kegigihan kru Tunjang Sa'adah untuk merealisasikan hanya satu babak 'kemalangan' yang aku tulis dalam skripnya! Ia menyedarkan aku bahawa imejan dalam kepala hotak ku dulu mungkin nampak mudah sahaja. Namun bila ia dibikin betapa sebegitu sukarnya juga! Terima kasih kepada semua pekerja filem dan drama tanahair yang gigih untuk membikinnya untuk kami penulis-penulis skrip! Muahhh!





Sunday, November 01, 2009

TUNJANG SA'ADAH - alkisah seorang penulis skrip (pt.1)


Salaam..

Akhirnya!

Imejan pertama sekali yang aku terbayang semasa hendak menekan butang kekunci komputer buruk untuk kononnya menulis skrip Tunjang Sa'adah ini ialah sebuah papantanda di tembok peti surat sebuah banglo mewah corner-lot..Villa Tajudin & Salima. Itu sahaja! Kemudian aku tutup komputer dan hisap rokok! Kenapa?..

Kerana selepas itu bertimbun-timbun bertimpa-timpa imejan berkaitannya muncul non-stop dalam kepala hotak aku berebut-rebut hendak 'bercerita'..dan aku jadi sedikit tertekan kerananya!

Mungkin itulah saat yang dikatakan sebagai 'creative thinking' 'brainstorming' etc etc? Idea itu kucampak-campak merata-rata dalam minda di awal bulan Oktober 2005. Sejujurnya aku rasakan bahawa cerita sebegitu memang klise dan kurang cerdik! Aku tak tulis apa-apa pun lagi! Hahaha!

Sehinggalah pada suatu hari semasa memandu seorangan diri tiba-tiba aku 'terdengar' suara Sa'adah seperti berkata "bro! saya dah lama duduk dalam vakum masa sebuah bilik warna putih yang awak sediakan sebelum diberikan arahan hendak buat apa?.. awak dah cipta kami sebagai watak.. tapi apa ceritanya?"

BERSAMBUNG..