Saturday, August 26, 2006

buku asas!

Screenplay : The Foundations of Screenwriting ISBN:0385339038 (Paper cover book) Field, Syd / Publisher:Delta Published 2005/11

Story : Substance, Structure, Style, and the Principles of Screenwriting ISBN:0060391685 (Hard cover book) 1ST Edition McKee, Robert / Publisher:Harpercollins Published 1997/10

Screenplay : Writing the Picture ISBN:1879505703 Russin, Robin U. / Downs, William M.

Making a Good Script Great (2nd Ed) ISBN:0573699216 Seger, Linda

fade in!

FADE IN:
INT. BLOG AKU - NIGHT

Jam dinding menunjukkan pukul 12:00mlm. Kelihatan aku tehegeh-hegeh menaip kat laptop ACER3623WXCi (murah & basic) konon2nya nk wat blog sndiri. Tidak jauh dr situ, kelihatan anak2 & wife aku tgh hanyut kt alam fantasia zzz depa. Isteri aku agaknya tgh mimpi dia tgh sound bdk2 bwh dia kt opis yg asyik2 konpius tk sudah bab2 keja diaorg. Ank aku yg sulung tgh mimpi aku tgh bwk dia beli PS2 impian dia kt Alamanda. Yg kecik sure tgh mimpi?.. susu! susu! susu!..

TIT! TIT! TIT! Reminder kt hp aku bebunyi. Kelihatan di skrin HP aku tertera reminder 'SIAPKAN SKRIP!'

AKU
Alamak! Skrip aku baru siap sinopsis sekerat!
Tu belum wat character backstory lagi!
(berbisik pd diri sendiri)

TET! Aku tekan butang 'DELETE' pd HP. Aku teruskn menaip pd laptop.

Kelihatan di skrin laptop hasil posting pertama aku:



"Assalamu'alaikum kpd yg Muslim & Salam Sejahtera kpd yg non-Muslim.

Semalam 25 Ogos 2006, genap 5 tahun ulangtahun perkahwinanku dgn isteri tercinta yg kini dilimpahi dgn 2 org putera cahayamata kesayanganku. Lantas, kusyukuri pd Ilahi dgn kurniaan yg sebegitu hebat buatku seorg yg bergelar manusia biasa dgn kurniaanNya yg luarbiasa!

Entah kenapa, tergerak hati ini utk berkongsi 1 lagi kesukaanku di dunia ini iaitu desakan naluri utk menghasilkan sesuatu yg mampu kukongsikan dgn anda semua iaitu Blog ini. Mungkin kebersamaan kita di hari2 yg mendatang mampu mencernakan juga mewarnakan lagi alam yg amat kuminati ini yakni PENULISAN SKRIP.

Walaupun aku tahu, dunia penulisan kreatif ini terlalu maha melaut luasnya utk direnangi dgn ilmu yg mikro cetek di mindaku, namun bak kata pepatah Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya.

Jadi dengan bacaan Bismillah-hirrahman-nirrahim, ku fade in kan Blog ini semoga fade out nya suatu hari nanti mampu memberikan setinta-dua ilmu kpd anda semua. Insya-Allah. Amin."

KLIK! Aku tekan ikon 'Publish Post' kat skrin laptop. Aku tersenyum sorang2 baca tulisan blog aku yg pertama.

AKU
Ada ke org nk visit or baca blog aku ni?
Takpe2.. Afdlin Shauki or Yasmin Ahmad
punya blog pun amik masa
utk org nk visit & jadi glamer!
Cita2 kena tinggi beb!
(berbisik pd diri sendiri)
FADE TO BLACK.