Tuesday, October 10, 2006

“kalau papa dan mama tak ada” – pesanan untuk ‘abang’

“kalau papa dan mama tak ada”
pesanan untuk ‘abang’

kalau papa dan mama tak ada..
abang tolong adik tukar lampin dia
pergi ke kolam KLCC berdua
bancuhkan susu adik 3 sudu sebotol
dodoikan adik bila nak tidur

kalau papa dan mama tak ada..
abang peluk adik bila menangis
goncangkan buai, kongsi mainan
pujuk kalau merajuk
belai kalau mengamuk

kalau papa dan mama tak ada..
abang pegang tangan adik bila berjalan
perhati lariannya di padang
kalau terjatuh, cepatlah rangkul
sapukan luka, tuamkan lebam

tapi abang janganlah susah
sekarang papa dan mama ada sebelah
pejamkan mata hilangkan gundah
ajami hashim 101006
*******************
thestoryteller tulis this very simple & kelakar but loving & sexy poem.. bicaraskrip ‘adaptasikan’ menggunakan method “Give me the same thing.. only different!”.

“Hek-eleh!” (NOT the only Melayu poem I’ve ever written)
Hek-eleh!
Anakku memang gitu,
Kejap nak susu,
kejap tak nak.
Takut papa main PS2,
takut papa tak main PS2.
Bila papa chakap ‘busy’,
anakku merengek.

Bila papa chakap ‘nak gi keja’,
anakku terkinja-kinja (nak ikut).

Sudahlah.
Papa dah penat.
Tak de masa.
Banyak ‘posting’ lain.
Banyak mata ‘blogger’ lain
yang gian nak
‘ber-blogging’
dengan blog papa.
Banyak ‘comment’ lain
yang hauskan
idea papa.

Hidung papa yang mancung tak mancung,
kemek tak kemek,
Kembang atau kuncup,
sentiasa sedia mencium mu.

Bayangkan,
seperti yang anakku pernah bayangkan.
Hidung papa, di pipi mu.
Hidung papa, di dahi mu.
Di mata mu.
Di dagu mu.
Di ubun-ubun mu.
Di telinga mu.
Di telapak tangan mu.
Di telapak kaki mu.

Bayangkanlah.
Jangan geli-geli.
Bukan papa tak tahu.
Memang anakku selalu mahu begitu.

Hek-eleh!
Anakku memang gitu.
Dah tahu
papa sangat sayang kamu.
ajami hashim 091006