Backstory ialah kejadian, situasi atau perwatakan yg unik sebelum sesebuah cerita bermula (sblm Fade In babak-1). Ia menjawab soalan2 Apa? Siapa? Bila? Kenapa? & Bagaimana?
Sbg metafora ia seumpama seketul ‘iceberg’ dimana penonton hanya melihat puncaknya shj, manakala backstory adalah bhgn bwhnya!
Ada 2 jenis backstory yg diperlukan utk mengarang sebuah cerita:
1. Backstory sbg panduan peribadi penulis shj utk memudahkn rekaan cerita yg TIDAK PERLU dipertontonkan langsung. Backstory sebelum menulis diperlukan sbg panduan kasar/brain-storming dan boleh dibuang/ditambah semasa menulis sekiranya perlu utk menyempurnakan sebuah cerita. Ia melibatkan biografi watak atau kejadian/ghost/pengalaman silam watak utk menghasilkan perwatakan & cerita yg khusus di dlm cerita yg dipertontonkan.
Biografi watak ada 3 jenis iaitu:
a. Fisiologi: jantina, umur, btk tubuh, penampilan khas (eg: kecacatan), keturunan, bangsa, bahasa
b. Sosiologi: pekerjaan, pendidikan, agama, fahaman politik, hobi, gaya hidup
c. Psikologi: personaliti (intro/extravert), cita2, seksualiti, pandangan peribadi, kepakaran, sikap, perangai, keistimewaan, I.Q.
Kejadian/ghost/pengalaman silam juga adalah backstory dimana ia akan menjelaskan situasi spt trauma, fobia atau keunikan watak yg lain pd waktu sekarang yg dipertontonkan. Misalnya, seorg wanita takut berhadapan dgn lelaki yg garang atau tidak mahu berkahwin krn ibunya pernah didera sehingga mati oleh bapanya di depan mata sendiri semasa dia kecil. (Ermm, cliché?.. sbg contoh shj)
2. Sesetengah backstory no.1, mungkin PERLU ‘ditayangkan’ semula sbg exposition sekiranya ia berkait rapat dgn cerita dimana ia menjadi sebahagian dpd babak dlm skrip. Ia mungkin dlm btk flashback, sekuen mimpi atau informasi dr apa2 sumber (eg: perwatakan, dialog, V.O., media; keratan akhbar, wasiat, lukisan & etc) utk memudahkan penonton memahami sesebuah perjlnan cerita yg ditonton. Misalan yg sama, seorg wanita takut berhadapan dgn lelaki yg garang atau tidak mahu berkahwin dilakukan babak flashback dlm skrip >> kejadian ibunya didera sehingga mati oleh bapanya di depan mata sendiri semasa dia kecil. Straight-forward!
* Bagaimanapun, sekiranya penulis bijak mengolah skrip, mungkin tidak perlu dilakukan flashback tetapi kreativiti dlm btk babak ‘leapfrog’ dimana penonton boleh assuming apa ‘ghost’ yg berlaku kpd wanita itu di masa silam. Maka backstory kes dera itu hanyalah panduan kpd penulis shj, TANPA wujud dlm skrip! Creative-choice!
Merekacipta backstory adalah suatu proses penemuan, ujikaji, trial & error. Penulis perlu sentiasa memerah ilham ke depan/belakang cerita; bertanyakan soalan2 mengenai masa silam utk memahami lebih mendalam mengenai masa depan sesebuah cerita. Proses ini perlu dilakukan di sepanjang penulisan sebuah skrip; iaitu semasa merangka, sinopsis, draft, rewrite sehinggalah ke FINAL-DRAFT!
ajami hashim
rujukan:
1. CREATING UNFORGETTABLE CHARACTERS by LINDA SEGER
isbn: 0-8050-1171-4 (MPH: RM67.90)
2. WRITING FOR EMOTIONAL IMPACT by KARL IGLESIAS
isbn: 1-59594-028-6 (MPH: RM107.60)
ulasan Buku Untuk Filem: ESTET [sticky post]
Sila klik untuk tumbesaran yang memudahkan pembacaan!
Mungkin ada yang akan bertanya "Kenapa?". Jawapan saya mudah sahaja "Kenapa tidak?". Berikut ialah jawapan-jawapan lain saya:
Pengaruh Seorang Blogger
Secara peribadi, buku ini telah membuktikan kepada sesiapa sahaja yang hanya bermula sebagai seorang 'blogger' tanpa sebarang nama popular atau tapak dalam apa sahaja bidang BOLEH merealisasikan sebuah impian kosong untuk menjadi suatu kenyataan penuh. Maksud saya, nama Ajami Hashim melalui blog bicaraskrip.blogspot.com asalnya hanyalah sebuah blog pendapat peribadi mengenai penulisan skrip sahaja. Ini bermakna kepada sesiapa sahaja yang mendaftarkan sesebuah blog untuk menjadi seorang 'blogger' dengan menulis sesuatu topik khusus yang diminati dengan bersungguh-sungguh oleh si penulis blog, tidak mustahil akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti. Hasil yang saya maksudkan ialah puncak tujuan sesebuah blog informasi dari pandangan peribadi seandainya ditulis dengan betul dan jujur, pasti akan dibaca oleh penggemar topik yang diangkat oleh blog tersebut. Dalam ertikata lain, penerbitan Buku Untuk Filem: ESTET ini ialah bukti betapa nawaitu saja-saja dahulu untuk menerbitkannya rentetan dari hanya sebuah blog peribadi sudah pun menjadi realiti.
Tuesday, October 03, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment