Friday, December 29, 2006

Remp-it @astro/ria/jan'07 - biography film?

REF: http://en.wikipedia.org/wiki/Biography

Biography (from the Greek words bios meaning "life", and graphein
meaning "write") is a genre of literature and other forms of media
like film, based on the written accounts of individual lives. While
a biography may focus on a subject of fiction or non-fiction, the
term is usually in reference to non-fiction. As opposed to a profile
or curriculum vitae, a biography develops a complex analysis of
personality, highlighting different aspects of it and including
intimate details of experiences. A biography is more than a list of
impersonal facts like birth, education, work, relationships and
death. It also delves into the emotions of experiencing such events.

***

REMP-IT! Mungkin ada yg mengkritik filem ini sbg sebuah filem
yg 'tidak bernmoral' juga membuka pekung mat2 rempit tanahair!
Mungkin juga ada yg akan mengaitkannya dgn gejala 'merempit' yg
semakin menjadi-jadi akhir2 ini. Atau mungkin anda akan menghentam
fifilem ini sbg sebuah lagi filem Melayu yg merendahkan mentaliti
penonton @ filem sampah! Saya juga pasti tiada sesiapa yg akan
berani mengatakan bahawa filem ini mengandungi sebarang mesej.

Ya! Mungkin kesemua pendapat/kritikan di atas itu ada betulnya!
Kenapa? Kerana REMP-IT ialah sebuah filem biografi seorg 'mat
rempit' bernama Madi & dunia 'liar' sekitarnya. Itu sahaja! Ianya
bukan filem dakwah. Bukan filem komidi (walaupun ada unsur2 komidi
dr lakonan mantap Cat Farish). Bukan filem drama spt 'Cinta'. Bukan
filem moral argument spt 'KL Menjerit'. REMP-IT sejujurnya bercerita
mengenai realiti kehidupan mat2 rempit yg selama ini saya sendiri
kurang pasti; misalnya mat rempit pergi ke disco juga lepas
merempit? atau banyakknya duit mat rempit perlu habiskan utk meng-
upgrade motor mereka! atau mat2 rempit lebih menghargai alam
semulajadi iaitu berkelah di air terjun! Atau slanga2 spt 'bil air
dah lama tertunggak'.. 'bai'.. etc.. Ok! Ok! Saya bukan berjenaka!
Tetapi sejujurnya saya mendapat 'ilmu' mengenai who is mat rempit
dlm filem ini.

Maka pada pendapat saya, REMP-IT berjaya sbg sebuah filem yg
menghiburkan dlm ertikata menampilkan aksi2 berani mati mat2 rempit
sejati, memberikan jawapan utk memahami mentaliti mat2 rempit (spt
motor lebih berharga dr awek atau bunyi rempitan motor lawan lebih
menyakitkan hati dpd leteran ibubapa) atau mengkagumi 'keberanian'
mereka yg saya sendiri tidak mampu lakukan! Maksud saya, REMP-IT
adalah dunia imaginasi kita (untuk 1.5jam) sbg penonton
yg 'berkereta' 'ber-LRT' 'ber-bas' atau 'ber-kapalterbang' utk
berhibur dgn 'meletakkan' diri kita spt mereka dimana kita TIDAK
AKAN MAMPU melakukannya! (escapism)

Lupakan pasal moral bila menonton REMP-IT krn ia bukannya tiada,
tetapi ianya sekadar 'penutup' cerita di akhir babak & tulisan
sebelum closing-credit. Ibubapa juga seumpama eksesori di motor
mereka iaitu sekadar wujud sbg 'ibubapa' di rumah mereka
BUKAN 'ibubapa' yg memelihara mereka. REMP-IT hanya 'bercerita'
bukan 'berhujah'.. REMP-IT adalah visual storytelling BUKAN
dialogue/naratif meleret bla bla bla..

Kesempulannya, sekiranya anda BOLEH menerima KILL BILL vol.1/2 sbg
hiburan.. maka REMP-IT juga hiburan ringan! Masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri. Noktah.

ajami hashim

No comments: