Friday, December 29, 2006

Dorm - set-up//pay-off? mix-genre film?

*rebiu ini mengandungi SPOILER TAHAP MAKSIMA! jangan baca habis sekiranya anda belum menonton 'Dorm'!


DORM atau DEK HOR (skrip/arahan Songyos Sugmakanan) ialah sebuah filem Thailand yg menggabungkan genre 'seram' dan 'drama' (coming-of-age) spt yg dihasilkan oleh beberapa filem Hollywood. fyi, utk menulis posting ini, saya telah menonton 3 buah filem selain Dorm iaitu The Exorcism of Emily Rose, The Sixth Sense dan Stand by Me.

saya dapati bahawa The Exorcism.. adalah gabungan genre 'seram' dan 'drama' juga tetapi dlm bentuk yg berulang2/berganti2 tetapi Dorm memisahkan kedua-dua genre di pertengahan cerita dpd 'seram' (spt The Sixth Sense) kpd 'drama' (spt Stand By Me).

adakah Dorm berjaya dlm penceritaannya? anda saksikanlah sendiri di ASTRO-PRIMA pd 1-Jan-07 @5pm (pls check astro-mag utk repeat tx) atau belilah vcd/dvd di kedai2 berdekatan! dan beritahu saya apa pendpt anda? saya tidak akan mendekati Dorm dari sinopsis atau rebiu kebagusan para pelakon atau pembikinnya, (sila rujuk rebiu2 yg bagus dr internet) TETAPI saya akan mengupasnya dari sudut penulisan skripnya yg bercerita dgn penggunaan 'SET-UP' & 'PAY-OFF' yg berulang-ulang di sepanjang cerita.

MAIN-PLOT:
Kisah ups/downs persahabatan Chatree vs Vichien (coming of age)
SUB-PLOTS:
1. Misteri kematian Vichien & kewujudan hantu Vichien
2. Konflik Chatree vs ayah
3. Konflik trauma Cikgu Pranee
4. Konflik Chatree vs kawan2nya
5. Konflik Cikgu Pranee vs Chatree/Vichien
6. Konflik Dr.Nui dgn kisah silam 'hantu' nya
7. Persahatan kumpulan Peng

s/u = set-up
p/o = pay-off

***

s/u: kenapa Chatree 'membenci' Pen/org gaji di rumahnya?
p/o: krn Pen ada hubungan sulit dgn ayahnya
***

s/u: Chatree 'tidak percaya' jika mahukan impian
menjadi kenyataan, dia mesti menahan nafas & berdoa
semasa menyeberangi Sg. Bangpakong
p/o: Chatree 'percaya' di akhir cerita
***
s/u: kenapa Chatree seakan 'membenci' ayahnya?
p/o (palsu): krn menghantarnya ke sekolah asrama
sbg 'hukuman' krn menonton tv berlebihan &
'melihat' perlakuaan sumbang ayahnya dgn Pen
(tetapi ini adalah jangkaan awal oleh Chatree yg
terbukti tidak benar)
p/o (benar): krn ayahnya mahu Chatree meningkatkan
prestasi pelajarannya BUKAN krn 'hukuman' (rujuk pic atas)
***
s/u: apakah yg dilihat oleh Cikgu Pranee dlm laci?
(McGuffin di awal cerita)
p/o: suratkhabar!
***

s/u: apakah kaitan broken-record dgn trauma Cikgu Pranee?
p/o: Vichien 'terlanggar' record itu
***

s/u: apakah benar katil kepunyaan Vichien yg
digunakan oleh Chatree? p/o: yes! krn di bwh katil ada tertulis nama
'Vichien' & Vichien tidur dlm tandas
***

s/u: kenapakah anjing menyalak beramai-ramai?
p/o: krn Vichien menjadi co-ordinatornya!
***

s/u: Vichien hendak meminjam 'game' kepunyaan Chatree
p/o: Chatree meminjamkan/mengajar 'game' itu kpd
Vichien
***

s/u: pintu 'tertutup' sendiri?
p/o: Vichien yg menutupnya!
***

INCITING INCIDENT!/MAJOR TURNING POINT! >> pertukaran genre 'seram' kpd 'drama' (twist & turn @ plot point)
s/u: utk mengelakkan hantu 'nampak' manusia >>
tahanlah nafas!
p/o: sekiranya Vichien 'tidak nampak' manusia
>> dia adalah hantu!
***

s/u: bagaimana Vichien mati?
p/o: tidak sengaja 'lemas' (kakinya cramp semasa pura2 'lemas')
***

s/u: kenapa Vichien 'hilang' semasa Chatree sedang
kencing?
p/o: kerana jam sudah pukul 6pm!
***

s/u: kenapa Cikgu Pranee 'memukul' Chatree
sebegitu?
p/o: krn Cikgu Pranee 'dihantui' oleh insiden
Vichien (maka dia 'memukul' dgn cara yg sama)
***
s/u: apakah kaitan pukul 6pm dgn Vichien?
p/o: Vichien 'mati lemas' exactly pd pukul 6pm!
***

s/u: apakah kaitan suratkhabar kepunyaan Vichien?
p/o: 'punca' Vichien menceroboh bilik Cikgu
Pranee/salahfaham Cikgu Pranee kpd Vichien

***
s/u: ayah 'berikan' hadiah utk Chatree (subtext)
p/o: Chatree 'menerimanya' (terima semula ayah)
***
s/u: menghidu ether boleh 'memisahkan' roh dr jasad

p/o: Chatree mesti menghidu ether utk 'membantu' Vichien dlm alam roh
***

notes:

1. pjg rambut Chatree tidak sekata di sepnjng filem > hayoo! aku rasa nak sekeh sapa yg jaga conti filem nih!

2. Vinchien sebenarnya 'muncul' di 9+ minit di awal cerita!

3. establising shot jam 6pm sebyk 4 kali!

4. ayah Chatree menelefon Chatree sebyk 4 kali!

5. ayah & ibu Chatree memakai wig yg kelakar!

6. 1 dpd 4 'cerita hantu' oleh kwn2 Chatree yg dipaparkan adalah flashback sebenar!


7. klu yg Vichien a/h hantu:

i. nombor pelajar yg terjahit di baju Vichien ialah '15620' sedangkan di baju Chatree ialah '20623' juga di baju rakan2nya '18955' '19013' '19250' dan '19522' >> Vichien adalah pelajar 'lama' lebih dari 10 tahun!

ii. Vichien menasihati Chatree bahawa sepasang seluar mandi sudah mencukupi krn jika ada 2 psg, satu dpdnya akan berkulat! bermakna Vichien mempunyai sepasang seluar mandi TETAPI kenapa seluar itu BERKULAT? >> krn Vichien TIDAK PERNAH menggunakannya lagi!

iii. dialogue: "Vichien 'tahu segalanya' Chumchong!" >> krn dia sudah 'lama' tinggal di situ!


8. Chatree hendak 'terkencing' di waktu tgh mlm sebyk 2 kali!


9. memorable dialogues:

i. Vichien: kau kata tiada siapa pedulikan pasal kau! bagaimana dgn diri kau? adakah kau pedulikan orang lain kecuali diri kau? (kpd Chatree)

ii. Dr.Nui: apa yg peliknya? aku selalu bercakap dengan diriku sendiri! (merujuk Chatree yg
'bercakap' dgn hantu Vichien)


10. memorable scenes: (part2 airmataku leleh sendiri!)

i. Chatree makan malam sambil menangis
ii. Vichien sbg ketua orchestra!
iii. montage Chatree sendirian selepas Vichien 'hilang'/ayahnya datang melawat
iv. Chatree confronting Vichien dlm bilik mandi
v. Chatree melihat Vichien dlm tandas
vi. Vichien 'tinggalkan' Chatree
vii. Chatree confronting Cikgu Pranee
viii. Chatree accepting ayahnya (subtext through dialogue "sekarang saya dah sukakan sekolah ini")

11. pembukaan/penutup cerita dgn voice-over Chatree

***
saya masih mencari subtext/function/jawapan babak2 berikut, pls tell me WHY? WHAT? HOW?

a. apakah subtext/function babak 'menangkap angsa'?
b. bagaimana Chatree 'mengetahui' Vichien adalah hantu? sedangkan babak di padang wayang pacak dilihat dr 'point-of-view' Vichien BUKAN Chatree?

***

lirik lagu dr record Cikgu Pranee:

"hati boleh jatuh cinta, walaupun kita berjauhan, aku masih boleh merasai hatimu, dalam dakapanku, kita pernah saling mencintai (selepas broken-record)...begitu jauh sekali, tapi begitu dekat di hatiku, tiada siapa yg dpt hampir dgn hatiku, kau menyinari hidupku, spt berlian yg bersinar, ciumanmu sungguh manis"

***



***
p/s: fyi, lampu meja aku tiba2 'terpadam' rosak semasa aku menaip posting nih exactly semasa aku preview babak 'tayangan wayang pacak' vcd Dorm ini! mmm, funny or scary?

ajami hashim

Remp-it @astro/ria/jan'07 - biography film?

REF: http://en.wikipedia.org/wiki/Biography

Biography (from the Greek words bios meaning "life", and graphein
meaning "write") is a genre of literature and other forms of media
like film, based on the written accounts of individual lives. While
a biography may focus on a subject of fiction or non-fiction, the
term is usually in reference to non-fiction. As opposed to a profile
or curriculum vitae, a biography develops a complex analysis of
personality, highlighting different aspects of it and including
intimate details of experiences. A biography is more than a list of
impersonal facts like birth, education, work, relationships and
death. It also delves into the emotions of experiencing such events.

***

REMP-IT! Mungkin ada yg mengkritik filem ini sbg sebuah filem
yg 'tidak bernmoral' juga membuka pekung mat2 rempit tanahair!
Mungkin juga ada yg akan mengaitkannya dgn gejala 'merempit' yg
semakin menjadi-jadi akhir2 ini. Atau mungkin anda akan menghentam
fifilem ini sbg sebuah lagi filem Melayu yg merendahkan mentaliti
penonton @ filem sampah! Saya juga pasti tiada sesiapa yg akan
berani mengatakan bahawa filem ini mengandungi sebarang mesej.

Ya! Mungkin kesemua pendapat/kritikan di atas itu ada betulnya!
Kenapa? Kerana REMP-IT ialah sebuah filem biografi seorg 'mat
rempit' bernama Madi & dunia 'liar' sekitarnya. Itu sahaja! Ianya
bukan filem dakwah. Bukan filem komidi (walaupun ada unsur2 komidi
dr lakonan mantap Cat Farish). Bukan filem drama spt 'Cinta'. Bukan
filem moral argument spt 'KL Menjerit'. REMP-IT sejujurnya bercerita
mengenai realiti kehidupan mat2 rempit yg selama ini saya sendiri
kurang pasti; misalnya mat rempit pergi ke disco juga lepas
merempit? atau banyakknya duit mat rempit perlu habiskan utk meng-
upgrade motor mereka! atau mat2 rempit lebih menghargai alam
semulajadi iaitu berkelah di air terjun! Atau slanga2 spt 'bil air
dah lama tertunggak'.. 'bai'.. etc.. Ok! Ok! Saya bukan berjenaka!
Tetapi sejujurnya saya mendapat 'ilmu' mengenai who is mat rempit
dlm filem ini.

Maka pada pendapat saya, REMP-IT berjaya sbg sebuah filem yg
menghiburkan dlm ertikata menampilkan aksi2 berani mati mat2 rempit
sejati, memberikan jawapan utk memahami mentaliti mat2 rempit (spt
motor lebih berharga dr awek atau bunyi rempitan motor lawan lebih
menyakitkan hati dpd leteran ibubapa) atau mengkagumi 'keberanian'
mereka yg saya sendiri tidak mampu lakukan! Maksud saya, REMP-IT
adalah dunia imaginasi kita (untuk 1.5jam) sbg penonton
yg 'berkereta' 'ber-LRT' 'ber-bas' atau 'ber-kapalterbang' utk
berhibur dgn 'meletakkan' diri kita spt mereka dimana kita TIDAK
AKAN MAMPU melakukannya! (escapism)

Lupakan pasal moral bila menonton REMP-IT krn ia bukannya tiada,
tetapi ianya sekadar 'penutup' cerita di akhir babak & tulisan
sebelum closing-credit. Ibubapa juga seumpama eksesori di motor
mereka iaitu sekadar wujud sbg 'ibubapa' di rumah mereka
BUKAN 'ibubapa' yg memelihara mereka. REMP-IT hanya 'bercerita'
bukan 'berhujah'.. REMP-IT adalah visual storytelling BUKAN
dialogue/naratif meleret bla bla bla..

Kesempulannya, sekiranya anda BOLEH menerima KILL BILL vol.1/2 sbg
hiburan.. maka REMP-IT juga hiburan ringan! Masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri. Noktah.

ajami hashim

Bilut @astro/abom/jan'07 - FELDA backstory!


komen aku:

- backstory FELDA (corporate video kata NizamZakaria)

- non-linear storytelling

- brussels's plot agak 'terkejut' digarap di tgh2 cerita seolah2 ada2 separate stories yg berbeza genre 2-in-1: period + love-story?- lompatan masa (non-linear) di tgh2 mcm kelam-kabut & rushing

- too many characters diperkenalkan tiba2 di tgh >> ke hujung (sub-plot bykkk sgt) >> kena baca betul2 'super' tarikh yg timbul katarea bwh screen!

- kesimpulan on story-structure: filem ni sesuai dijadikan mini-series utk huraikan sub-plot yg bercabang2 itu!


- special-effect & kerja-kamera & set meletops! kudos to Bade!

> ribut >> huyoo! 1 kg korang ranapkan!> banjir besar! >> baper byk air korang nk takung tuh?> make-up rosyam tua >> realistik!> misai lebat que >> hahaha!

> lipan gigit kaki eja >> eee!

> sofi jikan cubaan 'merogol' >> mmm!


-lakonan/watak:
> rosyam >> watak 'kacang' for him

>hasnol rahmat >> lu memang jahat bro! gua suka lakonan lu!
> eja >> tipikal 'eja' (nak komen apa lagi tak tao?)

> jerrico >> baper agaknya FELDA pay him erk?

> rushdi >> ook! ok! err! err! (*aku pon dah kenan gagap!) goodactor!
> adlin >> wahhh! mandur of the year!

> aqasha >> gemuk/debab! ok ok! he's good!

> sofi jikan >> bayar! bayar! bayar! (*erk! tu dialog filem lain diakan?) he's good too!

> bront >> baru nak suka! kedush! dah mati!

> yasmin hani >> adakah semata-mata dia pandai ckp jerman? ok ok she's pretty!

> ezlynn/cellina/lisda/biego >> cameo 'org2 lawa/hensem' as xtra-flavour bilut

> harimau/gajah/lipan/burung2 gagak >> cameo haiwan terkini filemMsia!

> org2 asli >> cameo 'bontot' yg lulus LPF!

> pak2 menteri >> cameo menteri2 dlm filem as 'themself'! exclusivetuh!

>> kos pembikinan: 3juta++!! >> fuyooo!