Friday, December 28, 2007

ANAK HALAL - Amukan Realisme Osman Ali

UPDATED: 9/12/07
Anak Halal ialah momen rehat sebentar kelajuan usia untuk menilai samada hidup kita lebih beruntung atau semalang mereka? ~ Ajami Hashim.131207

AMARAN: ULASAN INI ADA SPOILER!!!

Salaam.. Ini ulasan peribadi saya. Kalau kamu tidak setuju atau menginterpretasi filem ini dari sudut lain samada berdasarkan kepandaian ilmiah atau kepakaran membikin filem oleh anda, itu hak kamu dan ini hak saya! Tiada yang semuanya benar atau khilaf walaupun mungkin tafsiran saya atau kamu TIDAK serupa dengan isi sebenar yang hendak Osman Ali ceritakan!.. atau yang kamu fikirkan! Ia cuma sebuah filem!!!

Salah satu agenda sesebuah filem ialah propaganda dan lihatan peribadi pembikinnya tentang sesuatu perihal yang sudah lama terpendam bak gunung berapi dalam rembesan ingatannya! Anak Halal ialah apertur luas dan mikroskop khusus Osman Ali mengamat-amati punca dan akibat beberapa masalah sosial asas dalam masyarakat. Itu sahaja! Ia sememangnya kudis-kudis klise yang sudah diceritakan sebelum ini berkali-kali dalam pelbagai bentuk dan format. Jadi kenapa Anak Halal ini gah benar diwayangkan dan riuh sangat diwar-warkan sebagai yang terbagus?

Generally, great writers are not eclectic. Each tightly focuses his oeuvre on one idea, a single subject that ignites his passion, a subject he pursues with beautiful variation through a lifetime of work. ~ Story by Robert McKee (ms. 98)

NARATIF

struktur:
Anak Halal ialah sebuah cerita linear melewati 3 time-frame jangka hayat Indraputra - bayi, kanak-kanak dan dewasa. Tiada flashback yang berjela-jela untuk meyakinkan khalayak tentang apa, bila, siapa, kenapa dan bagaimana? (err!.. sebenarnya Hisham ada flashback sekejap di belakang filem ini). Mukadimahnya cuma backstory pantas yang dikongsi oleh Hisham, Mariam, seorang bayi comel yang tidak tahu apa-apa dan sepasukan polis (sistem sah). Kemudian dilompatkan ke zaman kanak-kanak Putra dan Jo yang ditimbulkan tiba-tiba di atas bumbung diikuti beberapa babak Mariam yang sudah pulih? (kasih-sayang mampu mengubah orang siuman ke gila atau sebaliknya kan?). Kisah besarnya ialah real-time hari ini iaitu cerita realisme subculture sekelompok terpencil anak-anak muda generasi masakini di Kuala Lumpur yang sebenarnya terpecah kepada 2 kumpulan protagonis dan antagonis, baik dan jahat. Di dalam keduanya pula, setiap individu bergerak sendirian secara mental dan fizikal, rohani dan jasmani dalam rentetan jalan hidup masing-masing yang bergerak ke depan dimana ia berkaitan sesama sendiri dari awal cerita ke klimaknya. Genrenya ialah 'drama sosial' - sebuah analisa serius permasalahan masyarakat yang dipilih khas oleh Osman Ali secara di-dramatik-kan dan di-fiksyen-kan untuk kesesuaian tontonan (cinta dan aksi) dari awal ke tengah penceritaan lalu diakhiri dengan puncak selesaian secara balasan terus bak peribahasa alang berjawab, tepuk berbalas, alang dijawat, tepuk dibalas!

asuhan:
Plot pertemuan tanpa jangka yang terpaksa dan terdesak di antara Hisham (Rosyam) dan Mariam/Bonda (Mislina) adalah 'bingkai' Anak Halal yang membuka dan menutup, memula dan mengakhiri, mencetus dan meletus! Mereka disuakan dalam kelam-kabut - wrong time! wrong place!.. Perjumpaan itu adalah titik mula dalam satu torehan kehidupan yang ditemukan semula pada titik yang sama membentuk sebuah bulatan/putaran karma merentasi masa. Adakah ulangan bebanan bala dan bencana yang ditanggung oleh Putra (Farid) seolah-olah saka buruk iaitu dosa ayah yang diturunkan kepada anaknya? Mungkin juga! Apatah lagi bila memikirkan beban hutang kepada along oleh ayah Erzan (Adi) dan Milya (Farah) yang kini mereka warisi secara terpaksa. Namun begitu, saya melihat salah satu isi sebenar Anak Halal ialah nasib seseorang manusia yang dipilihnya sendiri tanpa menyalahkan siapa dan apa sahaja onar di atas atau sebelumnya (ayah). Kenapa? Kerana semua manusia diberikan akal fikiran yang waras (bukan OKU) untuk mencorakkan sendiri hala tuju hidupnya bergantung kepada limitasi sumber survival seseorang individu. Tidak adil rasanya untuk menyalahkan apa-apa kekurangan pada diri kita di bahu orang lain (mahupun keluarga sendiri). Anak Halal salah satu agendanya cuba membentangkan situasi bak main tarik tali ini dalam dua pandangan sisi yang memakan masa bertahun-tahun ke arah satu konklusi dalam sekelip mata. Maksud saya, Hisham sepanjang durasinya di penjara sudah tentu menyalahkan dirinya sendiri seandai anaknya terbiar kerana menyerahkannya kepada seorang wanita yang jelas kurang siuman. Putra pula hakikatnya tidak pernah menyalahkan Hisham kerana baginya hanya Mariam/Bonda sahaja yang wujud dalam ingatannya untuk beberapa tahun zaman kanak-kanaknya. Cuma di titik akhir Hisham, Mariam dan Putra dipertemukan semula ia adalah momen ironi kepada titik mula filem ini. Seolah-olah ia adalah hukum karma di dunia kerana perjumpaan ketiga-tiganya kali ini bukan 'pemulangan' semula anak kepada ayah dalam bentuk percantuman semula kasih yang terpisah tetapi 'pembalasan' tanpa sedar kerana mengabaikannya dari anak kepada ayah! Anak Halal masih asasnya adalah balik kepada soal tanggungjawab seorang pengasuh (punca). Secara ayat mudah, sekiranya kita tersalah asuhan keturunan sendiri, akibatnya akan kembali kepada siapa yang menjadi penjaga? Secara sambil lalu Anak Halal melalui sub-plot Bu Leha (Kartina) dan anaknya Johanna (Maya) yang sama-sama berniaga buah-buahan sebagai analogi hubungan positif penjaga-jagaannya. Bagaimana pula dengan plot Mariam dengan Putra dan Jo/Ana? Pada pendapat saya, pertalian bukan darah daging di antara seorang wanita kepada dua orang kanak-kanak sebagai metafora dimana kadangkala kasih-sayang bukan keturunan sendiri lebih akrab dan bermakna sehingga 'men-siuman-kan' kembali seorang yang gila-gila! Ia seakan menyindir institusi kekeluargaan moden dan mewah yang gagal. Teguran Anak Halal ini dicerminkan sejelas-jelasnya dalam sub-plot politikus Datuk Farid (Tarmimi) dan anaknya Atikah (Fasha). Hancur! Walau hanya ada anak tunggal dan di kelilingi 1001 materialistik hubungan mereka berkecai-kecai dan berderai-derai terhempas menjadi serpihan paling hina!

moralisasi:
Adakah Osman Ali seorang moralis? Adakah Anak Halal bersifat didaktik? Adakah Osman Ali melalui Anak Halal melakukan didaktisme? Kamu tonton, dengar dan nilai sendiri dari 3 bahagian wawancara saya dengan beliau:


NOTA:
Saya tidak akan mengupas mengenai drug abuse & gangsterism dalam Anak Halal kerana Osman sudah ceritakan semuanya dalam sesi soal-jawab youtube di atas!

A great work is a living metaphor that says, "Life is like this." The classics, down through the ages, give us not solutions but lucidity, not answers but poetic candor; they make inescapably clear the problems all generations must solve to be human. ~ Robert McKee

UPDATED: 19/12/07
PERWATAKAN

PELAKON/WATAK:
FARID KAMIL sebagai INDRAPUTRA
MAYA KARIN sebagai JOHANNA
FASHA SANDHA sebagai AMIRA ATIKAH
ADI PUTRA sebagai ERZAN
RAJA FARAH sebagai MILYA
BRONT PALARE sebagi DANIAL
ROSYAM NOR sebagai HISHAM
REMY ISHAK sebagai SHAH
JEHAN MISKIN sebagai IJAM
ZULHUZAIMI sebagai TAJUL
FAUZI NAWAWI sebagai JEFF
FIZZ FAIRUS sebagai LUD
KARTINA AZIZ sebagai BU LEHA
MISLINA MUSTAFA sebagai MARIAM
DATO’ AZIZ SATAR sebagai PAK ALI
AHMAD TARMIMI SIREGAR sebagai DATUK FARID

Anak Halal bercerita secara berkumpulan iaitu ensemble cast - grup protagonis: Putra, Jo, Erzan, Milya, Danial, Shah dan Atikah; grup antagonis - Tajul, Jeff dan Lud. Di antara kedua grup ini ada sub-watak di tengah kedua kumpulan iaitu Hisham, Mariam, Datuk Farid dan Ijam. Sementara watak-watak rencah ialah Datuk Farid, Bu Leha dan Pak Ali. Kerana itulah kadangkala penonton tercari-cari siapakah hero dan heroin sebenarnya filem sebegini? Ok! Mungkin yang ketara ialah ketua geng baik Anak Halal ialah Putra tapi siapakah heroinnya? Johanna atau Atikah atau Milya? Juga soalan siapa ketua jahat samada Hisham atau Tajul? Apa-apa pun, bagi saya kesemua watak berkaitan sesama sendiri kerana rantaian aksi-reaksi setiap plot dari awal cerita. Ia adalah naratif secara chain-reaction - apa sahaja yang dibuat oleh mana-mana watak akan mencetus tindak-balas oleh watak yang lain.
punca
Hisham ialah punca. Seandainya Hisham orang baik-baik bekerja secara halal maka tiadalah Anak Halal. Tindakannya menyerahkan Putra kepada Mariam adalah mulaan kisah panjang snowball effect selepasnya. Bila dilihat dari keseluruhan naratif Anak Halal, Hisham juga adalah punca/dalang utama konflik dalam Anak Halal melalui protege nya iaitu Tajul walaupun Hisham hanya dikedepankan semula di pertengahan cerita. Dalam erti-kata lain, kehidupan Putra dan rakan-rakannya hanya aman-damai semasa Hisham dalam penjara. Cuba renungkan semula, seandainya Hisham benar-benar insaf selepas dipenjarakan, dia dan Mariam akan menemui Putra suatu hari nanti - cerita habis.. they live happily ever after!
mangkin
Erzan dan Atikah ialah mangkin. Sebenarnya watak Erzan ialah katalis sebenar yang menggerakkan kisah Anak Halal. Sekiranya Erzan mampu menyara pembelajaran Milya dan membayar semua hutang along si Tajul melalui jualan burgernya, Anak Halal akan statik dan berputar dalam rutin yang sama. Tiada konflik! Cerita tamat! Kerana itulah, di pertengahan cerita watak Erzan lebih menonjol dari Putra apatah lagi dia juga adalah penyambung semula plot Putra-Atikah di bawah jambatan. Atikah pula adalah watak luar yang memasuki geng Putra secara kebetulan (ya! saya tahu ada ramai blogger/penonton yang tak puas hati dengan perkataan 'kebetulan'! huhu!) Atikah menjadi bucu tambahan cinta 3-segi Putra-Jo-Atikah. Dia merumitkan kerahsiaan perasaan dalam hati Jo. Atikah kacau daun! Saya sukakan watak Erzan dan Atikah sebagai pemangkin memobilisasikan watak Putra yang perlahan dan sama setiap hari.
tunjang
Putra ialah tunjang. Dia pasif dan introvert di awal cerita. Putra memegang prinsip itu iaitu hidup aku pilihan aku! kerana besarnya dia dengan apa yang ada sebagai anak yatim yang berdikari dan anak angkat kepada Mariam/Bu Leha sahaja. Kerana itulah Putra tidak pernah bergantung kepada sesiapa secara luarannya dan dia adalah dia sendiri! Watak Putra agak membosankan di mulaan cerita kerana dunianya hanya ada Jo, Bu Leha, Erzan, Milya, Danial, Shah dan Pak Ali. Putra sering dalam mode 'selamat' dalam apa juga situasi walaupun dia adalah tunjang watak yang diikuti dari awal ke akhir naratif Anak Halal. Perwatakannya hanya berkembang setelah Erzan dibunuh dan Atikah mati. Adakah watak Putra seolah-olah wakil Hisham yang cuba mensucikan diri dari kejahatan terdahulunya tetapi gagal kerana Hisham sendiri yang memporak-perandakan hidup Putra melalui madness Tajul? Juga adakah Putra seakan-akan Jebat moden? Yang pasti Putra adalah taiko geng protagonis.
kontra
Tajul, Jeff dan Lud ialah watak-watak kontradiksi/antagonis berkumpulan dalam Anak Halal. Tiada mereka, maka naratif filem ini akan berlegar pada titik yang sama! Jika diamati benar-benar, ketiga-tiga watak seakan monotoni melalui sifat jahat dan kehitaman perangai mereka. Yang menariknya, walaupun digeruni tetapi watak-watak ini diwarnai dengan perlakuan jokers mereka.
kelabu
Ijam dan Mariam adalah watak-watak kelabu Anak Halal. Walaupun Ijam seorang drug pusher, dia masih ada sifat kasihan kepada Erzan dan Atikah. Meskipun perwatakan sebegini seakan 'membela' syaitan seperti Ijam, penonton akan cepat-cepat mem-padan muka-kau! apabila Ijam sendiri kecundang dengan pekerjaannya sendiri. Watak Mariam juga kelabu di akhir cerita kerana kesanggupannya tinggal bersama godfather penyangak iaitu mentor kepada Tajul? Kedua-dua watak Ijam dan Mariam hanya perlu ditonton dan dikasihani kerana keterdesakan hidup mereka. Tetapi keduanya bukan figura yang digalakkan untuk dicontohi?
sidekick
Jo ialah sidekick utama. Milya, Danial dan Shah ialah pembantu sidekick! (boleh???) Kesemuanya macam belangkas! Sekali-sekala, watak Jo seakan menenggelamkan semua watak dengan ke-tomboy-an nya! Itu sahaja! Tidak dinafikan bahawa watak Jo adalah silaturahim kesemua watak geng protagonis! Jo juga adalah cermin baik-baik watak Atikah. Jo adalah backup kepada Putra iaitu tukang check and balance setiap perlakuannya. Malah Jo ialah saviour Putra di akhir cerita dengan bantuan sepucuk pistol! Milya pula seperti juga Jo berfungsi sebagai backup/check and balance/saviour untuk Erzan dengan tambahan iaitu Milya juga adalah vengeance kematian abangnya. Danial dan Shah pula ialah masculinity Anak Halal dari latar kerja dan perwatakan jantan sejati mereka berdua ala-ala lelaki Melayu terakhir! (Bront & Remy misti suka nih! huhu!)
rencah
Bu Leha, Datuk Farid dan Pak Ali adalah rencah yang mewarnakan lagi filem Anak Halal. Ketiga-tiganya walaupun cuma seakan cameo dalam filem ini, tetapi kesekejapan munculnya mereka menjadi sendi-sendi naratif yang menyambungkan dan mengelokkan lagi plot Anak Halal. Bu Leha ialah godmother geng protagonis. Datuk Farid ialah wakil orang-orang kaya yang silap. Pak Ali pula ialah metafora Putra seandainya dia tetap kekal jadi orang yang pasif sampai ke tua!

UPDATED: 26/12/07
LUBANG-LUBANG ANAK HALAL?

kebetulan?
Story creates meaning. Coincidence, then, would seem our enemy, for it is the random, absurd collisions of things in the universe and is, by definition, meaningless. And yet coincidence is a part of life, often a powerful part, rocking existence, then vanishing as absurdly as it arrived. The solution, therefore, is not to avoid coincidence, but to dramatize how it may enter life meaninglessly, but in time gain-meaning, how the antilogic of randomness becomes the logic of life-as-lived. ~ Robert McKee

Kebetulan demi kebetulan ada dalam Anak Halal? Benar! Betul! Lalu ia bersalah dan mesti dihukum kerana melanggar adat atau tatasusila penceritaan? Sebenarnya sesuatu kebetulan dalam apa jua naratif samada lisan, tulisan atau audio-visual (filem/tv) hanya dikesan setelah seseorang penonton balik ke rumah lalu termenung sebelum tidur atau bila bertekak dengan kawan yang sama menonton atau mungkin yang diimbas semula oleh seseorang pengkritik filem apabila hendak memulakan tulisan kritisnya! Betul tak? Kerana semasa menghayati sesebuah penceritaan, penonton akan mengikuti apa yang dipaparkan babak demi babak yang akan mencetuskan 1001 emosi; suka, duka, marah, benci, seram, kelakar mahupun bosan! Mereka tiada masa untuk memikirkan logika secara mendalam (kecuali kepada penonton intelektual yang akan menganalisa satu persatu salah/silap sesebuah cerita). Ini bukanlah bermakna saya menghalalkan dan sukakan semua kisah yang wajib ada sesuatu kebetulan, tapi pada pendapat saya, sesuatu kebetulan itu adalah mainan biasa dalam setiap cerita. Apa juga cerita!

deus ex machina?
Ya Anak Halal memang ada! Cuma ia bersebab! Saya senaraikan sahaja mana yang saya ingat:
1. Jeff hendak memecahkan kepala Putra dengan sisir besi >> Hisham tiba-tiba muncul menghalang! Perasan tak, semasa pergaduhan Jeff-Putra, ada kelibat manusia di latar belakang yang kabur iaitu Hisham.
2. Tajul hendak menembak kepala Putra >> Jo tiba-tiba menembak Tajul! Tentu kamu ingat semasa aksi campak-mencampak pistol, Danial adalah orang terakhir yang memegangnya lalu mencampakkannya pulake arah Jo.
3. Hisham hendak menembak kepala Putra >> Jo tiba-tiba menjeritkan nama 'Putra' sekuat hati! Hisham 'terpegun' mendengarnya lalu Putra merampas pistol dari Hisham lalu.. banggg!

KESIMPULAN

Saya sukakan realisme Anak Halal! Kalau kamu benci, itu hak kamu!.. Ini hak saya!

TAMAT

Thursday, December 06, 2007

BUAL SANTAI: Ajami Hashim & Osman Ali [pt.3]


Halal Haram - Bront Palarae [Anak Halal ost]
uh! wau! wau! wau!..
malam sepi tanpa bintang timur
hidupku kini tidak teratur
menanti bulan jatuh bertabur
segala mimpi aku termakbul
uh! wau! wau! wau!..
mencari arah hidup ke mana
dalam kembara penuh tipu daya
manusia dengan cara-caranya
fikir mereka raja di dunia
kadangkala kita lupa
bahawa Dia berkuasa
menentukan segalanya
aku hidup kini hanya kerna cintamu
dan kamu di sini hanya untuk cintaku
biarkan mereka hancurkan semua
asalkan kamu di sisiku
uh! wau! wau! wau!..


Wednesday, December 05, 2007

BUAL SANTAI: Ajami Hashim & Osman Ali [pt.2]


Bintang - Maya Karin [Anak Halal ost]
jika dapat ku petik bintang
akan ku hadiahkan padamu
akan kubelai rambutmu
biar hati tenang ohh..
kiranya kau tahu hatiku
tentang kasih yang hanya untukmu
genggam eratlah jariku
jangan biar lepas ohh..
sedari kecil dulu
kita sama mencari tujuh warna pelangi
kini dewasa kita sama bermimpi
erti kasih sejati
ohh..


Saturday, December 01, 2007

BUAL SANTAI: Ajami Hashim & Osman Ali [pt.1]


Di Sudut Gelap Mentari - Maya Karin [Anak Halal ost]
berkecai hati terhempas tak bersambung
sendiri ku pungut cebis derainya
bersama raga nan hampa melara
ku hanyut terbiar dalam gelora
ingin benar ku jadi milikmu
hingga akhir masa kita bersama
namun mimpi dan hakikat berlaga
nurani ku jua jadi mangsanya
lalu ku pergi membawa diri ini
ke sana menjauh
mencari teduh di sudut gelap mentari
merawat kembali serpihan hati
di gelap mentari
hanya kau yang lebih tahu mahu mu
perasaan mu tak bisa ku paksa
keputusan mu yang pedih menyiksa
hanya mampu ku berdiam terima
lalu ku pergi membawa diri ini
ke sana menjauh
mencari teduh di sudut gelap mentari
merawat serpihan hati
tiada ruang redup teduh buatku
menghuni tanpa ada bayangmu
melingkari hidupku
sungguh aku menyintai dirimu
namun hati mu tak bisa ku paksa
keputusan yang terlalu menyiksa
hanya mampu ku berdiam terima
lalu ku pergi membawa diri ini
ke sana menjauh
mencari teduh di sudut gelap mentari
merawat kembali serpihan hati
di gelap mentari
di gelap mentari

Thursday, November 08, 2007

1957 Hati Malaya - 2 dalam 1


RUJUKAN: STORY by Robert Mckee [ms.83 & 84]

Historical Drama - History is an inexhaustible source of story material and embraces every type of story imaginable. The treasure chest of history, however, is sealed with this warning: What is past must be present. The best use of history, and the only legitimate excuse to set a film in the past and thereby add untold millions to the budget, is anachronism - to use the past as a clear glass through which you show us the present. Many contemporary antagonisms are so distressing or loaded with controversy that it's difficult to dramatize them in a present-day setting without alienating the audience. Such dilemmas are often best viewed at a safe distance in time. Historical Drama polishes the past into a mirror of the present.

Biography - this cousin to Historical Drama focuses on a person rather than an era. Biography, however, must never become a simple chronicle. That someone lived, died, and did interesting things in between is of scholarly ineterest and no more. The biographer must interpret facts as if they were fiction, find the meaning of the subject's life, and then cast him as the protagonist of his life's genre.

Salaam..

Filem ini ada '2 dalam 1' serba-serbinya. Dua genre: historical drama dan biography. Dua time-frame: era pra-merdeka [dahulu] dan era post-merdeka [sekarang]. Dua protagonis [ensemble cast]: Datuk Onn Ja'afar dan Tunku Abdul Rahman. Dua naratif yg bergiliran: penubuhan UMNO [oleh Onn] dan penubuhan Parti Perikatan [oleh Tunku]. Bahkan juga, dua jejaka: Zahari dan Rozhan berebutkan satu wanita: Normala. Kesemuanya bagai berpasangan yg hampir sempurna!

Saya berani menyatakan bahawa ia adalah yg terbaik setakat ini bagi sebuah filem sejarah tanahair. Maklumlah ia ialah adik bongsu kpd Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh, Embun dan Bilut. Sudah tentulah hasilnya mesti terkini dan mendahului dari segi teknologi pembikinannya.

Sehabis menonton penuh filem ini, sekilas pandang ia dipecahkan kpd dua naratif secara sekuen berturutan: Onn dan Tunku. Selang-seli Malaysia terkini [Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee] dengan flashback Tanah Melayu/Malaya disulam untuk menyedapkan penceritaan kerana sekiranya filem ini dibikin 100% dalam era klasik, mungkin penonton akan cepat lemas dengan 1001 exposition yg diberitahu satu-persatu. Inilah risiko sebuah filem sejarah yg banyak fakta, tarikh, nama, lokasi, masa dan sebagainya yg terpaksa disumbatkan dalam bentuk 'tulisan' [title] di kiri-bawah skrin! Saya sukakan cara Rafik [Adlin] memberitahu exposition kpd penonton secara tanpa disedari dengan membuat kuiz Q&A kpd rakan2nya. Saya juga terkejut dengan keberanian Shuhaimi untuk menyunting filem sebegini menggunakan split-screen dan multi-angle ala2 siritv '24'.. mungkin ia salah satu cara untuk mengelakkan kebosanan mata dan telinga penonton! Bagus!..

Saya juga tertarik dgn penggantian cerita Onn kpd Tunku di pertengahan filem ini. Selama ini saya beranggapan bahawa Tunku ialah tunggak utama kemerdekaan negara kita, tetapi setelah menonton filem ini barulah saya sedar bahawa Datuk Onn ialah pencetus mulanya dgn pembentukan UMO [kemudian menjadi UMNO]. Filem ini berjaya meringkaskan rentetan sejarah yg panjang dgn membahagikan dua fasa naratif. Kisah konflik Onn dan sekutunya dipersembahkan 50% di awal cerita dimana Onn menjadi protagonis yg diikuti oleh penonton.

Di pertengahan cerita, kisah konflik Tunku mengambil alih 50% lagi sebagai protagonis sehingga sudahnya filem ini. Secara tidak langsung, di pertengahan filem kisah Onn dlm IMP [Independence of Malaya Party] 'terlindung' di belakang naratif Tunku yg mengambil alih sebagai Presiden UMNO sehinggalah merdeka! [fuyooo! ulasan aku ni pun dah macam buku sejarah!.. huhu!]

NOTA: [beberapa kekeliruan]
1. naratif Muzafar [Bront] yg didera semasa dlm penjara seakan tergantung dan tidak dikembangkan [mungkin dipotong?]
2. Chin Peng [Fred Lim] hanya muncul sbg cameo semasa kredit akhir? [juga mungkin dipotong?]
3. adakah Zahari ialah datuk/bapa Hali?
4. kenapa Khalilah [Kavita] berambut perang?.. huhu!

KESIMPULAN
Filem ini perlu ditayangkan kpd semua murid2 sekolah sbg bhn rujukan tambahan subjek sejarah Malaysia! Saya juga minta Shuhaimi utk menerbitkan betul2 buku '1957 Hati Malaya' spt dlm filem ini! [ker dah ader jual?]

*TAHNIAH secara peribadi saya kpd 2 org pelakon baru [yg bakal mletops lepas nih!] yg betul2 berjaya menghidupkan filem ini iaitu:
1. Zaefrul Nadzarine Nordin - Datuk Onn Ja'afar
2. Mohd Kamarulzaman Taib - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Thursday, November 01, 2007

Malaikat Di Jendela - kajian lakonlayar oleh Ajami Hashim

OPENING @ youtube



OST @ youtube [credit to Vernon Kedit-Jolly]



Two principles control the emotional involvement of an audience. First, empathy: identification with the protagonist that draws us into the story, vicariously rooting for our own desires in life. Second, authenticity: 'We must believe', or as Samuel Taylor Coleridge suggested, we must willingly suspend our belief. Once involved, the writer must keep us involved to FADE OUT. To do so, he must convince us that the world of his story is authentic. We know that storytelling is a ritual surrounding a metaphor for life. To enjoy this ceremony in the dark we react to stories as if they're real. We suspend our cynicism and believe in the tale as long as we find it authentic. The moment it lacks credibility, empathy dissolved and we feel nothing. [Story: Substance, Structure, Style and The Principles of Screenwriting oleh Robert McKee - ms.186]


pulang sayangku pulang
pulang dengan dayung pusaka
siram sayangku siram
siram dengan harum cempaka
tidur sayangku tidur
tidur dalam kelambu syurga
senja sayangku senja
tutup pintu tutup jendela

BAHAGIAN 1

Anjakan Cerita (Inciting Incident)

Cerita Malaikat Di Jendela bermula dengan introduksi kesungguhan Hamidah memandikan suaminya yang sedang sakit tenat sambil bergurindam. Ia diikuti oleh babak-babak pengenalan karier watak Hamidah sebagai bidan kerajaan yang dipinggirkan secara halus. Waktu yang sama, khalayak dibentangkan eksposisi lokasi perkampungan nelayan yang menjadi latar besar filem ini. Beberapa babak biodata fizikal dan mental Hamidah menyusul melalui suara latar seorang kanak-kanak [metafora 'malaikat'] diekori oleh kekesalan dan keluhan diri Hamidah dituruti keinsafannya membaca Al-Quran. Walaupun sekali pandang situasi sebegitu adalah ketidakstabilan sebuah rumahtangga tetapi ia adalah kehidupan 'normal' sediakala dan semulajadi pasangan ini di bukaan cerita.

Anjakan Cerita adalah sesuatu kejadian pada satu titik masa yang khusus; secara drastiknya akan mengganggu keseimbangan hidup 'normal' itu khasnya kepada protagonis Hamidah iaitu 'kematian' suaminya! Tragedi inilah yang akan menggerakkan penceritaan Malaikat Di Jendela ke depan seterusnya.
Anjakan Cerita sesebuah kisah samada dalam medium filem, tv, internet, radio atau penulisan bercetak berlaku dalam 2 bentuk: (misalannya)

1. secara semulajadi - suami Hamidah sampai ajal kerana penyakitnya
2. secara bersebab - kebetulan atau pilihan
2a. kebetulan - kematian suami Hamidah disebabkan disambar petir
2b. pilihan - Hamidah membunuh suaminya

Kesemua Anjakan Cerita di atas akan mengakibatkan perubahan kisah Hamidah seterusnya yang berbeza-beza dari segi fizikal dan mental Hamidah iaitu naratif seterusnya. Anjakan Cerita Malaikat Di Jendela ialah yang pertama - suami Hamidah sampai ajal kerana penyakitnya. Kejadian itulah yang akan menimbulkan persoalan-persoalan selepasnya. Bagaimanakah kehidupan Hamidah berstatus janda yang melibatkan keperluan seksual, tekanan emosi dan sara hidup? Jawapan kepada soalan-soalan itulah yang dipaparkan sebagai cerita penuh Malaikat Di Jendela.

Anjakan Cerita - kematian suami Hamidah mesti dipertontonkan kepada khalayak sebagai bukti penyebab kehidupan Hamidah yang penuh ranjau di sepanjang cerita. Sekiranya kematian itu berada sebelum cerita bermula (backstory) iaitu tiada dalam filem, impak kepada khalayak semestinya akan kurang berminat mengikuti kisah Hamidah. Begitu juga sekiranya Anjakan Cerita yang lambat dipersembahkan misalnya kematian itu berlaku di tengah-tengah cerita, maka kisah Hamidah dan suaminya yang sakit akan membosankan dan kisah Hamidah janda akan terkejar-kejar hendak dihabiskan. Bayangkan pula sekiranya suami Hamidah tidak mati-mati sehingga habis cerita? Mestilah cerita Hamidah seperti gasing yang berputar pada paksi yang sama!

Kesimpulannya, pilihan babak kematian suami Hamidah minit ke-10 di awal cerita Malaikat Di Jendela dipaparkan secara visual bersubtek dalam lima potongan babak yang berlatarkan muzik syahdu. Dimulakan dengan paparan kesugulan dan esakan Hamidah di jendela berlatarkan usungan kotak jenazah oleh orang-orang kampung. Dihabiskan dengan kelibat Hamidah dan dua buah perahu yang membawa keranda secara membelakangkan kamera meninggalkan jeti. Lima potongan babak sahaja! Ia adalah Anjakan Cerita yang betul-betul sesuai dan berkualiti!

(bersambung.. BAHAGIAN 2 - Kembangan Komplikasi Cerita)

Rujukan:

1. Story: Substance, Structure, Style and The Principles of Screenwriting oleh Robert McKee - ms. 181-297

2. Ulasan Filem: Malaikat Di Jendela oleh Mahhass @ S K R I N

Tuesday, October 30, 2007

Q&A [e-mail]

Assalamualaikum saudara Ajami Hashim. Saya Wim binti Yurnel pelajar jurusan Senireka Grafik, Uitm Shah Alam. Saya memohon budi baik saudara untuk menjawab soalan ini dari sudut pandangan saudara dalam melengkapkan tesis saya yang bertajuk : 'design issue:perkembangan penulisan skrip di malaysia'.

Diharap saudara dapat membalasnya dengan kadar segera. Kerjasama dari saudara amat saya hargai.

1. Apakah sebenar permasalahan yang melanda filem tempatan sehingga kurang mendapat sambutan dan kualitinya sering dikatakan kurang bermutu? Jalan cerita kurang menonjol? Kekurangan pelakon yang berbakat? Ataupun peminat sendiri yang terlalu memilih?
> Kejayaan atau kegagalan sesebuah filem bergantung kepada 'sebelum' 'semasa' dan 'selepas' ia dibikin. Sekiranya ia dihasilkan dari sebuah skrip yang bagus, diproduksikan dengan kemas [penerbit, pengarah, pelakon, produksi] dan dipromosikan dengan luas - filem itu akan berjaya di pasaran dan di festival. Sekiranya salah satu proses itu bermasalah - filem itu akan gagal samada di pasaran atau di festival atau kedua-duanya. Kekurangan sambutan dan kemerosotan kualiti sesebuah filem boleh berpunca dari pelbagai masalah dan TIADA sebab sebenar yang khusus secara amnya.

2. Kebanyakan filem yang dihasilkan banyak yang mengabaikan elemen-elemen penting seperti keunikan jalan cerita, kekuatan unsur kemanusiaan, menampilkan jati diri sebagai filem berwajah Malaysia dan bersifat global?
> Pembikinan sesebuah filem bergantung kepada tujuan ia dibikin oleh penerbit. Sekiranya ia diusahakan oleh produksi individu/korporat berasaskan untung/rugi perniagaan mungkin elemen-elemen itu kurang dititik-beratkan [bukan tiada langsung]. Tetapi seandainya ia dibikin oleh kerajaan misalnya FINAS [Paloh, Embun] atau FELDA [Bilut] ia pasti mempunyai elemen-elemen itu. Maka jika dilihat sekali pandang, elemen-elemen itu seakan 'diabaikan' kerana majoriti filem yang diterbitkan di Malaysia adalah bermatlamatkan nilai komersial.

3. Apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi penulis skrip yang berbakat?
> Kriteria asasnya adalah sama dengan apa jua bidang pekerjaan yang lain iaitu berpelajaran asas [universiti, kolej, kursus pendek, buku, internet], berbakat semulajadi [tidak semua orang pandai dalam bidang seni], berpengalaman [banyak cerita], berpandangan tajam [observasi minda] dan bermasyarakat [networking].

4. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan mutu perfileman tanahair kita?
> Dengan usaha-sama semua badan perfileman [FINAS, KEKKWA, GAFIM, PFM, FDAM, SWAM, SENIMAN, universiti, kolej, media massa] tanpa berpuak-puak.

5. Adakah disebabkan negara kita kekurangan bakal pelapis penulis skrip maka jalan cerita filem kita sentiasa berada ditahap yang sama?
> Sebenarnya kita mempunyai ramai pelapis penulis skrip tetapi ruang untuk karya mereka diterbitkan adalah terhad kecuali berani tampil dengan usaha sendiri dan berdikari untuk mendekati produksi yang sedia-ada [networking]. Naratif filem yang sama [cliche] adalah kerana produksi hanya membeli skrip dari penulis skrip yang sama atau mungkin skrip tulisan penerbit/pengarahnya sendiri. Pertandingan penulisan skrip tahunan anjuran FINAS adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan genre, tema dan cerita filem tempatan.

6. Bagaimana caranya untuk mengubah persepsi peminat filem tanahair untuk menyokong filem tempatan?
> Mulakan dari peringkat persekolahan dimana satu subjek asas/pengenalan perfileman di Malaysia dimasukkan dalam silibus oleh Kementerian Pendidikan [kerajaan] dengan bantuan badan-badan perfileman.

7. Kita sedia maklum, dunia perfileman di Malaysia seakan dianaktirikan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi dan bagaimana cara mengatasinya?
> Di-anaktirikan berbanding dengan bidang apa dik? Setahu saya, dunia perfileman di Malaysia adalah salah satu bidang seni yang paling popular dan mendatangkan untung serta mampu memperkenalkan nama Malaysia di festival filem antarabangsa.

8. Mengapakan seseorang penerbit filem sering mengambil jalan mudah dalam cara pengolahan jalan cerita sehingga kurang diberikan tumpuan dan penekanan sedangkan jalan cerita filem tersebut menarik?
> Mungkin kerana bajet yang terhad. Sesungguhnya TIADA pembikin filem yang mahukan filemnya cincai kecuali dari awal-awal lagi skrip filem itu bermasalah cerita.

9. Adakah penulis skrip tanahair kita sudah ketandusan idea untuk menghasilkan filem yang bermutu dan berkualiti?
> [Sila rujuk jawapan no.5]

10. Bagaimana untuk mengubah mutu perfileman tanahair ke arah satu paradigma yang baru dan setanding dengan filem luar?
> Dengan mempunyai bajet yang tidak terhad dari penerbit/pelabur yang kaya. Bagaimanapun, kadangkala sesebuah filem bajet-rendah juga mampu setanding dengan filem luar.

11. Adakah sesuatu jalan cerita itu ditapis atau dikaji kemantapan kualiti jalan cerita dan pengisian terlebih dahulu sebelum diterbitkan dan perlukah cara ini dilakukan untuk memastikan filem yang diterbitkan benar-benar berkualiti?
> Sudah tentu. Setiap produksi mempunyai script-reader/screener setiap skrip yang dihantar oleh penulis skrip. Kemudiannya skrip yang berpotensi akan dinilai semula oleh penerbit [budget meeting] untuk menimbangkan nilai komersialnya dan anggaran bajet. Bagaimanapun, kualiti yang dinilai [untung/rugi atau menang/kalah festival filem] oleh orang awam, ahli akademik perfileman dan media terhadap filem yang sudah diterbitkan bergantung kepada hasil terakhir [final-cut] di pawagam. Ada filem yang laku di pasaran tetapi cincai dan ada filem yang sangat berkualiti dari segala segi tetapi gagal mengutip keuntungan.

12. Adakah dengan penggunaan media atau efek yang terkini dan terbaru mampu menghasilkan filem yang berkualiti atau media tersebut hanya membantu menguatkan filem tersebut?
> Bergantung kepada tujuan dan bagaimana penggunaannya? Efek khas hanyalah eksesori sesebuah filem kerana tunjang utama kualiti sesebuah filem ialah ceritanya. Kecuali sesebuah filem itu majoriti pembikinanannya memerlukan efek khas misalnya filem fiksyen sains yang akan dikatakan berkualiti dari segi teknikal [mungkin cerita kurang berkualiti]. Efek khas juga membantu menguatkan penceritaan sesebuah filem dalam sekuen babak yang mustahil dibikin dengan lakonan pelakon dalam set/prop semata-mata.

Sekian, terima kasih.
Ajam Hashim
Selasa, 30 Oktober 2007

p/s: semua jawapan di atas adalah dari pendapat peribadi saya sendiri tanpa sebarang prejudis atau menggambarkan jawapan sebenar yang 'terbaik' untuk setiap soalan.

kuntilanak 2 - mari belajar struktur sekuel cerita seram?


The audience may put together what is going on in advance of the characters in the story; the identification of the monsters (kuntilanak) by the characters (Sam, Agung, etc) is phased in after the prior realizations of the audience. That the audience possesses this knowledge, of course, quickens its anticipation. Moreover, the audience often is placed in this position because it, like the narrator, frequently has access to many more scenes and accident, as well as their implications, than are available to individual characters. This type of structure is quite common. The audience, then, often has a fuller picture of what is going down, or, to shift metaphors, the audience has more pieces of the puzzle than do the characters, which perspective results in the audience coming to its discovery in advance of the characters, and, thereby, elicits a keen sense of expectation from the reader or the viewer. ~ REF: The Philosophy of Horror by Noel Carroll [ms.100]

Salaam..

Kuntilanak 2 adalah sekuel. Maksudnya penonton sudah ada exposition/flashback Kuntilanak asal di dalam minda masing2 sebelum memasuki panggung wayang. Kerana itu penonton akan mengharapkan ulangan seram yg sama semasa menonton filem ini. Sekuel juga memudahkan kerja penulis skrip dan pembikin filem kerana tidak perlu lagi untuk meng-introduksikan watak2 utama yg asal juga tidak perlu untuk bercerita berjela-jela bagi memperkenalkan dunia filem ini. Dalam erti kata lain, K2 hanya perlu menyambung ekor K1 dan menambahkan satu lagi rentetan naratif 'baru' untuk memanjangkan cerita. Cuma filem sekuel seperti ini seakan melimitasikan penontonnya iaitu hanya untuk yg sudah menonton K1 sahaja kerana penonton yg jump-cut terus menonton K2 akan pasti kekeliruan untuk memahami plot2 cerita yg disambung dari K1. Adakah ia merugikan? Tidak juga! Kerana sekiranya penonton yg sukakan K2 akan membeli dvd/vcd K1 utk memahami asal-usul K2. Manakala bagi penonton yg menyambung sekuel K1 >> K2 akan lebih teruja kerana semakin banyak exposition baru yg memantapkan lagi pemahaman mereka mengenai Kuntilanak!

Apakah yg 'baru' dlm K2? Pada pendapat saya, K2 mengembangkan cerita Kuntilanak ke arah belakang atau backstory K1 yg tiada dahulu di dalam skrip dan filem. Mungkin semasa menulis skrip K1 ia hanya sekadar backstory di dalam minda Ve Handojo [penulis skrip] sahaja untuk memudahkan pengembangan watak2. Dan kini backstory itu dipertontonkan atau mungkin ditambah untuk menjadi cerita penuh K2. Di samping backstory, K2 juga menciptakan plot2 baru utk sekuel K3 seperti watak budak perempuan Yenny yg mampu 'melihat' kuntilanak dan cameo 'ibu' Sam di saat2 akhir K2.
Filem sekuel juga kadangkala terpaksa 'mematikan' watak2 yg tidak boleh dikembangkan lagi iaitu misalnya dalam K2 - Agung, Bu Yanti dan Iwank kerana mereka adalah saki-baki watak2 dari K1 yg sepatutnya sudah mati dahulu. Namun 'pematian' watak2 itu bukanlah sekadar untuk memanjang cerita tetapi dijadikan plot atau keperluan dalam naratif untuk mengakibatkan Sam lebih beremosi sehinggalah klimak filem ini. Ia adalah cause & effect. Set-up & pay-off.

Kembali kpd persoalan apa yg 'baru' dlm K2? Sekte Mangkoedjiwo! Kumpulan kultus (cult) ini diangkat dlm K2 sebagai kesinambungan plot watak Sri Sukma dari K1 (yg sudah mati). Dlm K1, kultus ini hanya wujud sebagai exposition dari dialog2 Sri Sukma sahaja. Kini penonton diperkenalkan kpd setiap anggotanya yg mempunyai pelbagai latar kekejaman. Kenapa? Pada pendapat saya, kultus ini adalah antagonis berkumpulan paling besar kpd Sam (protagonis) dlm K2. Antagonis lain ialah diri Sam sendiri yg mirip spt kisah Dr. Jekyll & Mr. Hyde. Mungkin kerana ini ialah filem sekuel K1 >> K2, dimana Sam berada di tahap pertengahan utk menjadi pemanggil kuntilanak yg sempurna. Maka Sam masih dlm skala 50-50 iaitu Sam 'baik' vs. Sam 'jahat' seperti tagline K2 "Semua Orang Memiliki Sisi Gelap". Saya yakin bahawa K3 akan muncul dlm bentuk Sam yg 100% full-circle sebagai pemanggil kuntilanak!

Cuma setelah habis menonton K2, saya merasakan bahawa K2 sedikit kurang berbanding K1 kerana K2 lebih menumpukan exposition konflik dalaman diri Sam dan kekejaman kultus Sekte Mangkoedjiwo. K2 seakan bukan 100% horror film 'berhantu' kerana kuntilanak yg dipaparkan hanyalah wujud dlm bentuk fast-cut atau jump-cut editing yg mencelahi setiap mangsanya. Mungkin K2 tidak mahu pengulangan bentuk kuntilanak yg sama seperti K1 dimana ada versi kuntilanak ala unicorn atau ala ju-on atau kanak2 kecil yg jelas dipertontonkan. Kali ini kuntilanaknya lebih pantas dan muncul secara kejutan close-up sahaja. Mungkin penggemar filem seram akan merasa tidak puas dengan cara suntingan laju sebegini? (ini pendapat saya). Naratif K2 juga lebih banyak menumpukan plot percintaan Sam-Agung. Ia seakan lebih kepada genre drama berbanding genre seram? Satu lagi yg menjengkelkan saya ialah sekuen pembukaan filem ini selama hampir 10 minit yg memaparkan 3 orang kanak-kanak revisiting rumah berhantu dari K1. Saya tidak pasti apa relevant-nya? Mungkin sebagai revision K1? Namun begitu, saya menyukai plot2 introduksi Yenny dan 'ibu' Sam yg sudah tentu perlukan sekuel K3! Satu strategi pra-marketing yg pandai! :-) Kesimpulan: saya tidak sabar menunggu sekuel K3 untuk melihat Sam yg 'jahat 100%'!!!

REF:

kuntilanak2.com

ulasan K1

imdb.com

cari.com

Saturday, September 29, 2007

Antara Dua Darjat (1960) - kajian lakonlayar oleh Ajami Hashim


CERITA & LAKONLAYAR
Omar Rojik

PENGARAH
P. Ramlee

PRODUKSI & SINOPSIS
sila rujuk: sinemamalaysia

MUKADIMAH

Filem ini dibuka dengan paparan kredit produksi berlatarkan shot sekeping papantanda lusuh 'ANGGREK VILLA' yang terbiar di atas tanah semasa hujan lebat di waktu malam dengan iringan muzik orkestra yang meriah! Ia adalah exposition yang murah, mudah dan misteri seakan memberitahu penonton bahawa di sinilah lokasi dunia fiksyen filem ini iaitu di sebuah rumah banglo yang sudah terbiar. Mukadimah ini telah memancing minda penonton dengan persoalan 'apa ceritanya?' dan pemberitahuan 'kamu tontonlah sampai habis!'

Secara strukturnya, skrip filem ini menggunakan cara bercerita yang unik iaitu kombinasi linear dan non-linear storytelling kerana ia dipecah-pecahkan kepada sekuen cerita atau Point-of-View (POV) dari kesemua watak utama. Benarkah kedua-dua cara bercerita; linear dan non-linear bercampur-aduk atau saya mesti mengkategorikannya dalam salah satu cara sahaja? Saya cuba huraikan dan kamu sendiri boleh pilih:

1. LINEAR: Naratif filem ini bergerak dalam real-time ke depan bermula dari babak pembukaan di Anggrek Villa sehinggalah ke tragedi di kampong Ghazali. Kalau difikirkan sekali imbas, ya! ia adalah LINEAR STORYTELLING yang sangat pendek iaitu berdurasi 2 hari dan 2 malam sahaja.

Malam 1:
- Ghazali mengintai Tengku Zaleha di Anggrek Villa yang dianggap ‘hantu’ atau ‘penchuri’
- Introduksi watak-watak dan exposition di rumah itu.
- Ghazali bertekak dengan Sudin mengenai flashback masing-masing.

Siang 1:
- Tengku Zaleha menyarankan kepada Tengku Mukri memanggil orang untuk membaiki piano.
- Pertemuan semula Ghazali dengan Tengku Zaleha sebagai orang asing.
- Pertelagahan Ghazali dan Sudin sekali lagi.
- Lawatan Tengku Aziz ke rumah Ghazali untuk mendapatkan maklumat sebenar dari Sudin.

Malam 2:
- Tengku Mukri berjumpa dengan perempuan simpanannya Nona? Mona? Munah? (maaf! saya tak dapat dengar dengan jelas nama sebenar dia?)
- Tengku Zaleha berjumpa secara sulit dengan Ghazali untuk menghuraikan semua ceritanya dalam flashback.
- Tengku Mukri mengesyaki kecurangan Tengku Zaleha dari kasut yang berlumpur dan gambarnya yang dipecahkan.

Siang 2:
- Tengku Aziz cuba memujuk Tengku Mukri untuk menceraikan Tengku Zaleha yang menimbulkan konflik.
- Tengku Mukri menghalau, melanggar dan menembak Tengku Aziz.
- Tengku Mukri bertengkar dengan Tengku Zaleha.
- Tengku Mukri menyerang Ghazali di kampungnya.
- Tengku Mukri mati ditembak oleh Tengku Aziz.
- Happy ending! Tamat. Noktah. Titik.

Pendek sahaja kan? Ia seolah-olah LINEAR STORYTELLING. Betul atau tidak? Oklah, sekarang saya huraikan pula dalam satu lagi cara:

2. NON-LINEAR: Naratif filem ini bergerak dalam real-time ke depan bermula dari babak pembukaan di Anggrek Villa sehinggalah ke tragedi di kampong Ghazali. Ia adalah NON-LINEAR STORYTELLING yang sangat panjang iaitu berdurasi 2 hari dan 2 malam dalam bentuk real-time DAN kisah sebenar selama 1 tahun dalam bentuk flashback! Ini bermakna naratif filem ini bergerak ke depan dan ke belakang atau NON-LINEAR STORYTELLING. Saya huraikan lagi dengan bantuan diagram berikut: [SILA KLIK UNTUK PEMBESARAN]

Struktur lakonlayar ini boleh dimudahkan dengan melihatnya sebagai ‘3 Act Structure’:

ACT 1: SET-UP/BEGINNING/KEPALA:
Naratif filem ini dibuka secara real-time di TITIK C iaitu 3 bulan selepas perkahwinan Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri di TITIK B atau 1 tahun dari TITIK A. Ini ialah permulaan cerita atau frontstory yang ditonton di layar perak tetapi BUKAN permulaan cerita penuh yang sebenar. Filem ini sebenarnya bermula di tengah cerita iaitu pada malam pertama Tengku Zaleha, Tengku Mukri dan Tengku Aziz bermalam di Anggrek Villa. Walaupun babak pembuka berdialog di antara ketiga watak adalah naratif yang memperkenalkan siapakah mereka tetapi babak ini ialah di pertengahan cerita penuh. Exposition dalam rumah yang terbengkalai memastikan bahawa penonton melihat tinggalan backstory filem ini. Lelaki misteri; Ghazali pula adalah clue pertama kepada penonton bahawa ada sesuatu yang tidak kena sebelum ini yang perlu diselesaikan olehnya. Penonton akan terus menonton filem ini untuk mengetahui apakah ia sebenarnya seperti sebuah tekateki/puzzle.
TENGKU AZIZ
Engku Mukri, sudah berapa lamakah rumah ini tidak diduduki orang?

TENGKU MUKRI
Ada lebih kurang setahun.

ACT 2: CONFRONTATION/MIDDLE/BADAN:
Permulaan sebenar cerita penuh ialah di TITIK A. Backstory melalui gabungan/rentetan flashback oleh Ghazali, Sudin dan Tengku Zaleha dari TITIK A ke TITIK B ke TITIK C diletakkan di pertengahan filem sebagai tunjang utama cerita sebenar yang berlaku sepanjang 1 tahun yang lalu.

1. Flashback oleh Ghazali (rujuk diagram/bar atas: TITIK 1 ke TITIK 2)
Ia bermula dengan kejadian kereta Tengku Zaleha tersekat dalam lumpur semasa hujan lebat dan memerlukan bantuan orang kampung yang diketuai oleh Ghazali. Insiden ini ialah titik mula sebenar kisah filem (plot point) ini dimana saat itulah pertemuan kali pertama Ghazali dengan Tengku Zaleha.

Bersambung dari situ, babak-babak seterusnya ialah sekuen naratif secara linear tetapi dalam kombinasi flashback oleh Ghazali dan dari POV Tengku Zaleha sendiri. Kesemua flashback hanya bertujuan untuk establish percintaan di antara Tengku Zaleha dan Ghazali yang mendapat tentangan hebat daripada Tengku Karim (ayahanda Tengku Zaleha) dan Tengku Hasan (abang tiri Tengku Zaleha) kerana perbezaan darjat. Konflik paling besar inilah intipati utama (main-plot) atau taruhan (stakes) filem ini. Ironinya, pandangan serong Tengku Karim dan Tengku Hasan mengenai darjat orang yang dibenarkan berkawan dengan Tengku Zaleha ialah Tengku Hasan sendiri yang mencadangkan supaya mengupah Ghazali untuk menjadi guru piano kepada Tengku Zaleha! Sesi-sesi latihan piano itulah yang menghangatkan lagi percintaan Tengku Zaleha dan Ghazali. Perhubungan sulit mereka digambarkan dengan jelas sewaktu dating di taman bunga semasa lagu Getaran Jiwa. Namun pada malam yang sama iaitu ‘MALAM KEJADIAN’ - pertemuan terlarang mereka berkesudahan dengan satu tragedi. Tengku Karim, Tengku Hasan dan para pengawalnya telah menyerbu mereka dan membelasah Ghazali sehingga pengsan. Kerana itulah flashback oleh Ghazali berakhir di plot-point yang mengakibatkan 'kehilangan' informasi mengenai Tengku Zaleha seterusnya.

MAK JAH
Tengku Zaleha sudah mati nak! Percayalah cakap mak Ghazali!


2. Flashback oleh Sudin (rujuk diagram/bar atas: TITIK 2 ke TITIK 3)
Naratif filem ini disambung oleh cerita dari POV Sudin. Ghazali ditemui oleh Sudin dan orang-orang kampung yang sudah pengsan lalu dibawa pulang ke rumahnya. Kemudian Sudin dan orang-orang kampung pergi 'menyerang' Anggrek Villa tetapi mereka dikejutkan oleh 'kematian' Tengku Zaleha di TITIK 3. Kerana itulah Sudin meyakinkan Ghazali bahawa 'perempuan' yang dilihatnya di Anggrek Villa sekarang BUKAN Tengku Zaleha dan menganggap Ghazali sebagai 'gila'. Flashback oleh Sudin ini ialah plot-point yang mengelirukan anggapan penonton bahawa Ghazali memang 'berkhayal'.

TENGKU KARIM
Saudara kamu hanya pengsan tetapi anak aku mati.


Real-time:
Seterusnya naratif disambung semula dalam real-time di Anggrek Villa. Kerosakan piano di rumah itu menyebabkan Ghazali dipanggil untuk membaikinya. Plot ini pula 'menemukan' semula Ghazali dengan Tengku Zaleha. Persoalan kepada penonton samada Tengku Zaleha ialah 'Tengku Zaleha yang sama' semakin menjadi misteri apabila dia memainkan piano dengan lagu Getaran Jiwa tetapi seolah-olah tidak mengenali Ghazali! Di saat inilah penonton akan semakin tertanya-tanya siapakah yang betul? Ghazali atau Sudin? Tengku Zaleha sudah mati atau masih hidup? Satu lagi plot-point wujud di TITIK C.



3. Flashback oleh Tengku Zaleha (rujuk diagram/bar bawah: TITIK 4 ke TITIK 5 ke TITIK 6 ke TITIK 7)
Flashback Tengku Zaleha ini sangat penting kerana ia menjawab persoalan pertelagahan pendapat di antara Ghazali dan Sudin mengenai samada Tengku Zaleha sudah mati atau tidak. Sebenarnya flashback ini ialah sambungan flashback oleh Ghazali. Di TITIK 2 - Ghazali pengsan, naratif filem ini sebenarnya terpecah kepada 2 dimana kisah sebenar Tengku Zaleha (RUJUK diagram/bar bawah) ‘terlindung' di belakang flashback oleh Ghazali! Maksudnya, kisah Tengku Zaleha adalah parallel dengan kisah Ghazali cuma kedua-dua flashback diceritakan mengikut giliran. Ia mengulang semula peristiwa dari TITIK 4 ke TITIK 5 - ‘MALAM KEJADIAN’ tetapi dari POV Tengku Zaleha pula.

Sebenarnya kisah Tengku Zaleha lebih sengsara dari Ghazali. ‘TRAGEDI KELUARGA’ dari TITIK 5 ke TITIK 6 membongkar semakin banyak rahsia keluarga Tengku Karim iaitu Yang Chik ialah bekas perempuan kabaret (orang kebanyakan). Klimak konflik dalam keluarga kerabat ini mengakibatkan pembunuhan Yang Chik, Tengku Hasan dihukum gantung, Tengku Karim menjadi gila dan Tengku Zaleha terpaksa mengahwini Tengku Mukri. Dalam flashback ini juga, terlalu banyak exposition yang bertali-arus mengejutkan penonton. Kadangkala ia bercampur dengan flashback komplot Tengku Mukri dan ayahandanya Tengku Ayah untuk membolot harta Tengku Zaleha. Pertemuan mereka di Singapura juga membongkar satu lagi plot-point iaitu sebenarnya Tengku Zaleha sudah bertunang dengan Tengku Mukri secara perjanjian wasiat/kontrak di antara Tengku Karim dan Tengku Ayah SEBELUM Tengku Zaleha berkenalan dengan Ghazali. Lalu di TITIK 6/TITIK B, Tengku Zaleha terpaksa berkahwin dengan Tengku Mukri.

TENGKU MUKRI
Sudah hampir 3 bulan kita nikah tapi dinda masih berlaku seperti orang asing.


Dialog di atas memberikan exposition tentang time-frame bilakah perkahwinan di antara Tengku Zaleha dengan Tengku Mukri dari babak di atas iaitu 9 bulan selepas tragedi di Anggrek Villa. Akhirnya, tawaran untuk bercuti ke Anggrek Villa oleh Tengku Mukri kepada Tengku Zaleha membawanya pulang ke Anggrek Villa selepas setahun berlalu di TITIK 7/TITIK C.

GHAZALI
Rupanya penderitaanmu lebih hebat daripada aku Zaleha dan aku rasa sungguh berdosa berjumpa denganmu di tengah malam begini sebabnya kau sudah pun menjadi milik orang.


Real-time:
Di TITIK C, sekembalinya naratif flashback oleh Tengku Zaleha ke real-time, konflik salahfaham di antara Ghazali dan Tengku Zaleha dikira sebagai selesai TETAPI konflik Tengku Mukri dan Tengku Zaleha dirumitkan pula. Babak demi babak membongkar segalanya:


1. Tengku Mukri ada perempuan simpanan.
2. Tengku Mukri sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri iaitu Tengku Aziz demi menjaga darjat dan memusnahkan penghalang rancangannya.
3. Tengku Mukri adalah seorang cold blooded killer!
4. Tengku Mukri mengahwini Tengku Zaleha semata-mata hanya untuk membolot harta sepencarian mereka bukannya cinta!

TENGKU MUKRI
Semasa aku di England dulu, mereka menggelar aku 'Tengku Mukri the sharp shooter'!


ACT 3: RESOLUTION/END/EKOR: (TITIK C ke TITIK D)
Durasinya pendek dan lokasinya hanya di kampong Ghazali tetapi banyak! sangat banyak konflik-resolusi, konflik-resolusi, konflik-resolusi berulang-ulang seperti tarik-tali di babak-babak klimak ini!

TENGKU MUKRI
Lalu semua! Nanti aku tembak satu persatu! Lalu!

GHAZALI
Kamu selalu berbangga dengan darah keturunanmu. Sekarang cubalah bandingkan darahmu dengan darahku!


Dialog Ghazali di atas ialah katakunci moral apa yang hendak disampaikan oleh filem ini. Antara Dua Darjat memegang anggapan secara sinis terhadap perbezaan darjat sesama manusia iaitu ianya TIDAK WUJUD dan semua manusia adalah SAMA RATA. Ia seolah propaganda kepada penonton di kalangan orang-orang kelas pertengahan dan bawahan yang sudah tentu menjadi majoriti penonton di akhir tahun 50-an dahulu sebagai selling-point.


Watak Tengku Aziz pula dijadikan wakil orang-orang kelas atasan untuk 'membersihkan' anggapan keji golongan mereka yang bersifat seperti Tengku Mukri yang tidak ubah seperti 'nila setitik' atau 'kambing hitam' sahaja.

NOTA:

SET-UP/PAY-OFF

(senapang di dinding kanan foto di atas)

(testing! 1 2 3!)

senapang patah
"If you say in the first chapter that there is a rifle hanging on the wall, in the second or third chapter it absolutely must go off. If it's not going to be fired, it shouldn't be hanging there." ~ Anton Chekhov
Lihatlah bahawa di babak awal-awal lagi selaras senapang patah di jadikan hiasan di dinding Anggrek Villa sampaikan Tengku Mukri sendiri cuba-cuba menggunakannya! Dalam ertikata lain, filem ini betul-betul menggunakan saranan Chekhov iaitu senapang itu MESTI melepaskan tembakan!


pistol
Tengku Aziz pula digambarkan di babak awal sebagai memiliki sepucuk pistol peribadi yang akan digunakan untuk menembak Tengku Mukri di akhir cerita.

piano
Piano usang di rumah itu ditonjolkan sebagai prop penting di babak awal kerana ia adalah ‘pengikat’ percintaan Ghazali dan Tengku Zaleha melalui lagu Getaran Jiwa.

MAIN PLOT:
Percintaan pasangan Tengku Zaleha dengan Ghazali kerana konflik perbezaan darjat di antara mereka mempunyai 2 fasa halangan utama:
1. flashback: Tengku Karim dan Tengku Hasan
2. real-time: Tengku Mukri

SUBPLOT:
1. Konflik Ghazali dengan dirinya sendiri.
2. Konflik Ghazali dengan Sudin.
3. Konflik Tengku Zaleha dengan dirinya sendiri.
4. Konflik Tengku Hasan dengan Yang Chik.
5. Konflik Tengku Mukri dengan Tengku Aziz.
6. Percintaan Sudin dengan Munah.
7. Perhubungan sulit Tengku Mukri dengan perempuan simpanannya.
8. Komplot pembolotan harta Tengku Zaleha oleh Tengku Ayah dan Tengku Mukri.

KESIMPULAN
Adakah filem ini menggunakan struktur bercerita secara LINEAR atau NON-LINEAR? Terpulanglah kepada kamu! Apa yang dapat saya simpulkan ialah sulaman dan susunan naratif filem ini akan semestinya mengujakan khalayak untuk menontonnya sehingga habis bagi menyelesaikan tekateki/puzzle dari semua flashback. Ia merupakan sebuah lakonlayar hasil karya penulis skrip bapak Omar Rojik yang benar-benar pandai dan berkualiti!

Sekian, terimakasih.
Ajami Hashim
Sabtu, 29 Sept. 2007

*FOOTAGES dari filem ini? Sila tonton youtube berikut:

Wednesday, August 15, 2007

stranger than fiction (2007)


Salaam.. saya baru menghabiskan tontonan dvd filem ini. Ada 2 babak yg membuatkan saya asyik terfikir tentang dunia penulisan kreatif.



Professor Jules Hilbert: Some plots are moved forward by external events and crises. Other are moved forward by the characters themselves. If I go through that door, the plot continues. The story of me through the door. If I stay here, the plot can't move forward, the story ends!


Karen Eiffel: Well Penny.. like anything worth writing, it came inexplicably and without method!

Penny Escher: I see. Then what happens?

Karen Eiffel: It's perfect, actually. I can't believe I didn't think of it earlier. It's simple, ironic, possibly heartbreaking.

Penny Escher: Is that it?

Karen Eiffel: Yes!

*scriptwriter: Zach Helm
*wikipedia
*youtube

Monday, June 18, 2007

Waris Jari Hantu (2007) - cerita terkepit!

Salaam..

There should be a sense that in this world, this story is the essential conflict, and that your characters are the essential people; conversely, we must feel that for this particular story and characters, this is the essential world. A screenplay's world is a critical part of its characterization and exposition. ~ Screenplay: Writing the Picture by Robin U. Russin & William M. Downs [pg. 43]
Itu kata buku. Benarkah saranan pakar2 penulisan skrip tersebut? Ya! Sudah tentu! Maka apabila sesebuah skrip filem yg dibikin menjadi sebuah filem melanggar perihal yg sepatutnya, lalu terhasillah sebuah filem spt Waris Jari Hantu ini! Maksud saya, filem ini seolah sesuka hati dan sambil lewa serta spt main2 membikinnya!
kulit vs isi
Filem ini di dekorasi luarannya dgn tajuk, poster dan tagline "semangat waris rimau pelindung cinta sejati". Sekali pandang shj, ia adalah sebuah filem seram, maksud saya bukanlah semestinya ada hantu tapi anggapan penonton tanpa membaca sinopsis mahupun menonton promo atau the making of.. di tv, semestinya membayangkan bahawa ada unsur2 seram di dlmnya. Tapi anda silap! anda tertipu! Ini bukan filem seram langsung! Ia adalah sebuah melodrama gred B yg sepatutnya hanya layak ditayang dlm slot drama mingguan tv atau terus dijual dlm bentuk vcd/dvd! Kulitnya lain! Isinya sangat berbeza!
main-plot vs sub-plot
Tok Wan Rimau sedang mencari waris perempuan utk menurunkan ilmu sakanya. Itu main-plot. Yg lain2 adalah sub-plot; konflik kekeliruan gender khunsa Ari, cinta sejati Tina kpd Ari, Johan mengorat Tina, projek syarikat I&J Design, Ah Meng dikejar along dan talian kekeluargaan di kampung. Tapi sebaliknya filem ini mengetengahkan kesemua pecahan sub-plot seolah berebut-rebut menjadi main-plot. Yg paling ketara ialah sub-plot Ari yg benar2 menjadi main-plot setelah saya timbang2kan sehabis menontonnya. Oklah! Andaikan plot Ari itu sememangnya main-plot sebenar filem ini, maka tukarkan shj tajuk filem ini kpd Waris Ari Hantu atau Ari Arina atau Kisah Mat Kepit! Barulah betul kan?
deus ex machina
Babak flashback di hari kelahiran Ari yg dia adalah khunsa adalah deus ex machina! Ia menghalalkan kesemua paparan yg wujud sebelum babak itu. Teknik bercerita yg paling mengecewakan utk sebuah isu yg sgt berat iaitu taboo mengenai pondan, maknyah, bapuk di Malaysia!
teknikal
Filem ini spt tangkap-muat, hentam-keromo & mana yg sempatlah. Efek harimau kelihatan sgt murah seolah stock-footage dari zoo negara yg di CGI kan shj! Anda perhatikanlah babak2 kelibat harimau di billboard besar KL, di dinding kaca bangunan, teknik morphing dr manusia kpd harimau [malah morphing dlm siri tv Manimal di tahun 80an dulu atau Masked Rider lebih baik!] Begitu juga product placement kecanggihan telefon video secara live itu juga sgt keterlaluan dipromosikan berkali-kali.
perwatakan
Hanya watak2 di kampung terutamanya Tok Wan Rimau, Mak (Hayati) dan Kasma shj yg menjadi. Watak2 mat kepit Ari dan Ah Meng dicuba keterlaluan. Watak Tina pula yg sepatutnya menjadi protagonist filem ini tenggelam oleh watak Ari. Yg lain2 hanya watak tempelan sekadar melepas batuk di tangga; tiada apa yg baru atau wow! Terutamanya watak2 di KL; pekerja2 di I&J Design dan client - tipikal dan cliche. Oklah! Watak cameo Ida Nerina tu kelakarlah juga!
kesimpulan
Filem ini semacam low-budget film yg dibikin dpd skrip first-draft shj tanpa sebarang rewriting! Plot dan perwatakannya banyak berlubang di sana-sini dan mengelirukan. Yg sedap didengar hanyalah lagu soundtrack Kasih Tercipta nyanyian Faizal Tahir, ciptaan Ajai dan lirik oleh Shuhaimi Baba. Btw, sila baca ulasan WJH yg sgt detail di sini >> fiebie

Faizal Tahir - Kasih Tercipta - OST Waris Jari Hantu [kredit: niduzzi]

NOTA:

TQ to budiey coz ajak tengok WJH pd Sabtu, 16 Jun 2007 yg lalu.

Saturday, April 28, 2007

the departed (Hollywood/2006) - ini filemnya!

Dah lama saya peram jd jeruk dvd2 filem yg menang oscar bebaru ini. Mungkin coz masa mengadap laptop utk blogging/blog-hopping sudah melampaui batasan masa percuma hari2 cuti saya. Kenapa tiba2 saya mula menonton semula tv? Ya! Coz laptop saya sedang di-svc setelah papan-ibu [maderfaker-board] 'meletop' akibat terlebih jangkahayat penggunaan! Huhu!
Kali ini saya nak reviu filem di luar kebiasaan yg saya buat terdahulu. Yg macamana? Saya nak luahkan apa yg saya rasa selepas habis menontonnya. Ya tuan2 & puan2 filem yg saya nak bebelkan kali ini ialah The Departed yg menang segala-bagai awards oscar 2007! Dan semua org tahu, ia adaptasi dr The Infernal Affairs!
Mencarut!
Kalau kamu nak dgr org putih/hitam mafia-style mencarut 'fuck' berulang-kali. Ini filemnya! [Sah2 Scorsese films! watduyuespek lah kan?] Kalau kamu lagi rajin, sila kira baper kali perkataan 'fuck' disebut termasuk 'asshole' 'cocksucker' 'cunt' 'motherfucker' 'whathefuck' 'bullshit' & perkataan2 yg seirama dgnnya di sepjg cerita, ini filemnya! Tapi ia bukan filem utk org2 alim coz akan dpt dosa kering dgr semua perktaan2 tadi!
Darah!
Juga kalau kamu suka tgk filem byk darah memercik-mercik selain dari filem2 seram atau psycho+serial killer. Ini filemnya! Peringatan! Darah akan bersemburan dr kebykan kepala manusia! Kalau kamu suka tgk CSi terhegeh-hegeh mengkaji blood-spatter pattern, mungkin kamu suka coz dpt tgk kejadian crime sebenar bagaimana manusia berbunuhan dgn beraneka percikan darah samada dr tembakan atau hempasan badan manusia ke atas jln tar! Ini filemnya!
Cell-phone!
Haaa? Seriously! Kalau nk tgk how hollywood jual cell-phone model terkini dlm filem mafia-style? Ini filemnya!
Senjata api, heroin, pompuan simpanan, microchip?
Ini filemnya! [cliche sgt nk reviu pjg2]
Plot bodoh filem mafia vs polis boston?
Ya! Inilah juga filemnya! Sehingga ada masa saya mcm nak ketuk kepala Scorsese dgn kasut spt babak Costello [Nicholson] mengetuk tanganBilly [Leo] dgn kasut! Especially bila babak back-2-back Costello menguji Billy dlm bar DIIKUTI oleh babak yg SAMA FUNGSI apabila Queenan [Sheen] menguji Colin [Damon] di dlm balai! Duhhh!
Kesimpulan
Plot skrip filem ini berlubang di sana-sini TAPI menang ADAPTED SCREENPLAY! Boleh? Ya! hollywood boleh! Huhu! Inilah akibatnya apabila nak 'hollywood'kan filem 'asian' yg sah2 melodrama filem hongkong TAPI nak di-mafiakan! Spt membuat roti burger dr tepung beras! Wadafakkk!

Klik saja link2 berikut utk lanjutan sinopsis & reviu dr org2 putih & blogger
Website

Wednesday, April 18, 2007

Zombi Kampung Pisang (Malaysia/2007) ~ Mari Memparodikan Zombi!


REF: Writing the Comedy Film: Make 'Em Laugh by Stuart Voytilla & Scott Petri [ms.178-183]

parody

A parody spoofs a type of film or established film genre. Successful spoofs address a genre that is well-established in popular culture and the public eye. They have conventions and characters that are so ingrained as to become cliched and stereotyped. Or the series has been so written to death, that it's begging for a comic homage. Although parody is an outrageous spin on a genre, it's an homage and nod of respect to a body of work. Like all comedy, parody isn't a string of gags and jokes. They need to come from a strong storyline and great characters. The comic moments are structured around a stable, if not strong story line.

Parody is serious! Even the outrageous Zombi Kampung Pisang has a serious core to its story ~ secara pukal kesemua watak2 di dlmnya 'menyindir' kekucar-kaciran kepimpinan dlm masyarakat secara sinis! Jokes come fast and furious in ZKP. Mamat Khalid semcm pakar menguli & menggentel klise kisah2 cerita hantu versi Melayu yg dijalin dgn versi Mat Salih, walaupun ada yg pertikaikan ke-seraman filem ini adalah main2 & tidak asli! Mamat juga seakan mahir pandai sekali memutar-belitkan isu2 berat realiti di luar panggung dlm olahan yg tidak terduga! Ya! Lawaknya kuat! bising! memekik-mekik! menjerit-jerit! juga lupakan logika!.. mungkin kesemuanya mewakilkan luahan hati kecil Mamat yg tidak dpt dituturkannya di laman2 web, di dada2 akhbar, di corong2 radio, di skrin2 tv atau di perhimpunan agung mana2 kelompok masyarakat yg tidak sampai tangannya gapai atau mulutnya becok-kan!

The most common comic techniques are probably understatement, homage, literalness, repetition, exageration, and wordplay. ZKP gunakan yg mana? Pd pndpt saya, mungkin Mamat menggunakan kesemuanya di sana-sini sepanjg naratif filem ini. Membikin filem parodi sebegini nampak spt semudah A B C.. tapi sebenarnya ia lebih sukar kerana Mamat perlu bijak mengagak sejauh mana lawak sindirannya 'sampai'kpd khalayak? Kenapa? Misalnya, ada isu2 yg berat dibalutkan oleh Mamat dgn lawak2 yg santai bersahaja sbg kulitnya yg tampak spt 'lawak slapstik' TAPI berisi dgn lepas geramnya kpd sesuatu perihal. Sukar dibikin kerana sekiranya khalayak hanya mampu melihat text filem ini [lawaknya shj] mereka akan ketawa terbahak-bahak. Titik. Tetapi sebenarnya Mamat ada subtext [yg tersirat] hendak disampaikan yg mungkin dpt 'ditangkap' oleh khalayak yg kritis minda. Jadi rumit utk memproduksikan sebuah filem parodi kerana silap haribulan ia akan jadi lawak bodoh kosong yg forgettable selepas habis tayangan di pawagam.

mix-genre

Menurut buku Voytilla & Petri lagi, the best parody operates on two levels at the same time. Maknanya? spt dlm ZKP watak2 org kg yg 'tidak' atau 'belum' menjadi zombi umpama 'fish-out-of-water' dgn situasi serangan kelompok zombi yg pertamakali melanda kg mereka. Dimana pd waktu yg sama mengkeroyokkan realiti seram & takut kpd kezombian & hantu-hanti yg sepatutnya dingerikan & meremangkan bulu roma! [sehingga ada yg marah sebab origin zombi dipermain-mainkan!] Sebaliknya ia dlm btk komidi seram! Pandai! Mamat sgt pandai sekali! Cuma filem kombinasi genre seram + komidi spt ZKP begini perlu juga berhati-hati. Kerana khalayak dikhuatiri sekiranya lawak2 yg redundant dr awal ke akhir filem akan memenatkan & mentepu-kan nafsu ketawa mereka. Maksudnya Mamat mesti cerdik menganyam cerita dgn sulaman unpredictable dialog dan aksi! Misalnya dialog watak Loloq "until when when!" atau aksi 'tugu negara'! Hahaha!

characterization

Filem parodi juga perlukan komitmen & kekuatan kembangan watak serta needs & goals dr awal ke akhir cerita. Contohnya ialah watak Husin [Awie] yg pd awal cerita dipaparkan sbg 'tanpa SPM' [dungu] bermaju & berkembang menjadi 'pandai' menyebabkan zombi2 mahu memakan 'otaknya' [spoiler & hint: zombi KP hanya makan 'otak' org pandai shj!] Watak Husin dilakonkan dgn serius TANPA perlu mengeluarkan dialog2 lucu [slapstik] yg memaksa kita ketawa. Ke-kelakaran Husin dtg dr sifat naive & straight forward-nya. Kita ketawa kerana itu. Sama juga dgn watak Deris [Que] yg sentiasa serius apabila bercakap mengenai subsidi baja juga mcm pondan apabila berdepan dgn hantu pocong. Sebaliknya watak Mat Karan [AC] sememangnya dijadikan pak lawak dlm apa situasi yg serius & tertekan! Sementara watak Sopi [Soffi Jikan] di-develop-kan sbg serius ringan kpd serius berat yg menakutkan! Maimon [Ezlyn] dan Munah [Nadia] pula adalah adik-beradik yg kepoh, meluat & loud akhirnya cool-off & kembali feminin gadis2 Melayu terakhir! Saya juga suka parodi budak bermain PS2 zombi & sinis kpd Nickelodeon dgn darah splat! [klubbkidd ada hilite] Paling saya suka ialah exagerate watak abg misai 'lembut' yg backstory-nya ialah bekas seorg penari dimana 24jam akan 'menari'kan tangannya! Ia suatu parodi tahap gaban alang2 menyeluk pekasam.. alang2 mat lembut.. tak perlu nak drag atau bedah2 nak tumbuh payudara atau buang anu-nya! Nah kau! Nyah 24-7! Simpulnya, ZKP ada variety watak!

deus ex machina

Ya! Saya akui ZKP menggunakan deus ex machina yg dungu TETAPI pandai! Maksud saya, penggunaannya di akhir cerita memang klise filem Hindi/Tamil dimana pihak berwajib hanya dimunculkan di akhir cerita sbg penyelesai kekusutan masalah zombi di kg itu yg seakan di tahap tiada sudahnya. Apatah lagi Ketua Zombi [Jalil] yg semakin bermaharajalela sbg master-mind zombi2 lain! Filem ini seakan disaster kiamat utk seluruh Kg Pisang! TETAPI! Jeng! jeng! jeng! Berduyun2 trak Pihak Kementerian Pertahanan & RELA tiba2 muncul! Deus ex machina? Ya! Betul!.. TETAPI saya menghalalkan penggunaannya di dlm ZKP kerana ia adalah sebuah filem parodi! Duhhh!

breaking the fourth wall

Saya sempat bertanya secara peribadi kpd Mamat Khalid sebelum balik "ada berapa babak itu di dlm skrip asal ZKP?".. Beliau jawab "Sebenarnya ada 3.. tapi hanya digunakan 2.." Saya celah & sampuk "..coz 1 mcm tak cukup & akan menimbulkan kejanggalan.. 3 redundant terlebih-lebih over.. but 2 is just enough!.. sepasang katanyaaa kan?".. Beliau angguk. [Ya! Saya memang suka menyampuk cakap org! Over excited kot? Hahaha!].. Oh! Maafkan saya! Ada yg tak tau apa 'breaking the fourth wall'?.. Pd yg dah tengok ZKP - ia adalah babak Husin 'bercakap secara terus kpd penonton [kamera].. Pd yg belum tonton, korang cari sendiri babak yg mana?..
kesimpulan

Pergi beratur beli tiket ZKP mulai 19 April! Atau registerlah kat website GSC atau TGV utk tempahan online! Kamu tak akan rugi! Wa cakap lu until when when! Muahahaha!
REBIU ASAL: ajamihashim