Sunday, January 14, 2007

Kuntilanak (Indonesia/2006) - mari belajar struktur cerita seram?

oleh Ajami Hashim

Kuntilanak (2006) filem seram Indonesia arahan ke-2 Rizal Mantovani selepas Jelangkung (2001). Cerita asal oleh Rizal sendiri dan lakonlayar oleh Ve Handojo. Kuntilanak diedarkan oleh Tayangan Unggul dan mula ditayangkan di pawagam pada 18 Jan 2007 (hari Khamis, mlm Jumaat!). Fanatik filem2 genre seram hantu semestinya sudah arif dgn struktur cerita/naratif pengulangan kisah latar filem sebegini - cliche & predictable! Sekali-sekala muncul filem seram terbaru yg terasa segar dari segi persembahannya dan inilah yg berjaya dilakukan oleh Kuntilanak. Ia berhasil kerana hook ber-acuan-kan what is going to happen next? atau the range of things than can happen next? yg dijalin dgn anyaman sejarah kuntilanak (atau mitos?) yg meyakinkan dan penyuntingan filem terkini ala Korea, Jepun dan Thailand.

Amnya, sesebuah filem seram hanyalah berbeza dari kulit luarannya tetapi masih sama isi struktur cerita/naratifnya - beza tapi sama! Apakah yg aku maksudkan? Dlm buku The Philosophy of Horror (pg. 97-104) oleh Noell Carrol, beliau men-sekuen-kan 4 fungsi sesebuah karya seram iaitu:

1. onset (mukadimah) - Memperkenalkan subjek seram (kuntilanak) iaitu asal-usul (backstory), pemastian (establish) dan maklumat (exposition). Ada 2 cara pilihan onset iaitu:

a. thriller - khalayak tahu pasal kewujudan & kecelakaan yg bakal dilakukan oleh kuntilanak sebelum watak2 tahu; kita tahu dahulu bahawa kuntilanak & kesannya akan benar2 wujud dlm filem (sah2 tajuknya Kuntilanak!) manakala Sam belum tahu apa yg bakal ditemui di rumah itu.

b. mystery - khalayak & watak2 bergerak serentak; kita tahu atau tidak tahu pasal makhluk pd waktu yg sama dgn watak2; kita & Sam diberikan taklimat oleh Bu Yanti ala2 tourist-guide yg panjang-lebar mengenai peraturan2 rumah & kisah empunya rumah iaitu keluarga besar nigrat Jawa - Mangkujiwo, kisah kuntilanak yg kononnya sekadar mitos, sebuah lagu Jawa menyeru kuntilanak, perihal pokok besar dan etc! (exposition tahap buku sejarah!)

Dari onset, timbul soalan2 iaitu apakah kaitan trauma mimpi2 Sam? apakah sebenarnya kuasa yg merasuk diri Sam? apakah kaitan Sam vs kuntilanak vs rumah vs keluarga vs mimpi? Kuntilanak berjaya meng-hook dgn suspen kerana khalayak sudah mendapat gambaran kasar apa yg bakal ditemui seterusnya dan sesungguhnya kita tahu kesemua mitos itu BENAR!

2. discovery (penemuan) - Kesemua set-up yg diwar2kan dlm onset akan dijawab dgn penemuan2 yg Sam lalui satu-persatu bersama khalayak. Inilah intipati seram filem ini iaitu sekuel Sam tanpa sedar menyeru kuntilanak & visual2 modus-operandi kuntilanak yg menjadi hamba suruhannya (yg juga mencarutkan mulut aku bbp kali tanpa sengaja dgn prktaan b**i!) Dlm btk apa? Korang tengok sendirilah! Penemuan juga diberikan dlm btk sub-plot oleh rakan sekelas Agung yg obses dgn alam mistik siap dgn rujukan buku, lukisan & cerita lisan yg tiada Sam ketahui dimana info ini hanya utk khalayak shj menjadikan kita 1 langkah di depan Sam sbg teknik penceritaan seram extra flavour!

3. confirmation (pengesahan) - Penemuan2 di atas akan diikuti oleh pengesahan juga klimak jawapan penuh 100% kpd soalan2 dr onset & discovery. Watak Sri Sukmarahimi Mangkoedjiwo ialah ensiklopedia kuntilanak seumpama pensyarah tak bertauliah kpd Sam & khalayak utk menghuraikan semua persoalan pokok filem ini! ya! SEMUA persoalan2 di atas.

4. confrontation (perhitungan akhir) - Ini ialah konklusi kpd persoalan2 di atas? Menang atau kalah? Hidup atau mati? The showdown! The full circle! The payback time! Sam dan khalayak sudah graduate bersama2 dgn cemerlang dimana segala ilmu & misteri kuntilanak sudah dlm kepala hotak Sam & kita! Inilah kesudahan yg dinanti2kan oleh khalayak! Pada pendapat aku, babak2 akhir ini kesemuanya pay-off utk setiap set-up di awal2 cerita. Ia menjawab: Apakah fungsi sebenar batu, gunting & pinggan? Cara bagaimana nak nyanyi lagu Jawa dgn pitching & feel yg betul? Adakah Love Conquers All? (bukan yg satu itu ok!)
Nota:

Yg aku gemar:
~babak Sam kerasukan vs Agung di siang2 buta! ya! waktu SIANG!
~suntingan audio & visual mantap!
~kerja kamera sgt bagus & rajin - e.g. babak simple 'remaja dlm bilik sedang menilik tangan' - punyalah byk2 angle/cuts!
~ini bukan hantu Indonesia yg tipikal mcm Suzzanna: Sundel Bolong 80's series!

Yg aku kurang gemar:
~sub-plot rakan Agung yg sgt pakar dlm alam mistik - tak dipakai di hujung cerita!
~rumah & sekitarnya itu terlalu seram - mustahil! maha mustahil ada org nak sewa!
~kenapa ayah tiri yg jahat itu bukan 1st-list kuntilanak?

Konklusi: Kalau korang peminat filem2 seram, pergi tengok! Lagipun tahun 2007 filem2 seram Melayu dah beratur pjg, maka Kuntilanak sbg pembuka tirai. Aku tak hairan filem ini akan ada sekuel Kuntilanak #2 kerana 'satu dpd empat' masih ada dlm rumah itu! Sam bukan lagi Sam yg naif! Tungguuu!

*konflik cinta Sam vs Agung aku tak ulas coz rebiu ini merujuk struktur cerita seram shj!
*tips dr blogger yg menonton kuntilanak bersama2 aku: tutup telinga bila babak2 seram utk menyaring keseraman filem yg ditonton!

ref:
Suspiria (1977) + The Craft (1996) as recommended by fadz
The Philosophy of Horror by Noel Carroll

ulasan Kuntilanak 2 & 3:

Kuntilanak 2 - mari belajar struktur sekuel cerita seram?


Kuntilanak 3 ~ akhirnya..


terima kasih:
Ira Fazir Che Ishak - Tayangan Unggul Sdn. Bhd. - jemputlah lagi saya & fadz utk tayangan perdana filem2 TUSB yg akan datang ok! tapi kami tak janji rebiu akan dipengaruhi oleh jemputan percuma! ops!

16 comments:

:: samasam :: said...

hey, tak ajak pon u tgk citer nih?? u hutang i 2 kali dahhh!! grrrrr...

Azer Mantessa said...

u r technically sooooo goooooood.

Anonymous said...

BoHsAn nYeRr...
x MiNaT ciTe SrAm NaNtI tAk LeH tIdO...cUBEr LaK wAk PrEbIu CiTeR kArTuN kEr..Ch 62 AsTrO bErLaMbAk Ok KeRk...
aPeR kaTeR wAt pReBiU ciTeR gRiMmS ..BeSt pErGH sRam GiTu...
PaStU bArU ..bAlIk2 PrEbIu CiTEr NtAh2 ApE nAsIb bAiK opIsmAtE CkP cItE tU wUjUD..kALaU pAhEm2 JeLA...

BuDaK-sEtAn81

fadz said...

yes, u are the master man!!

Mr. Manager said...

Your fonts are getting better! Perhaps you want to standardise them more? Or maybe you purposely want to go with the multi-font look?

Kash E.D. said...

are yu going for syaitan's movie preview tomorrow? well, c ya there eh!

Anonymous said...

seram kers or bisa-bisa aja pak. wa tgh bekira nak pegi ni tp serasa gua juon jer yg bleh seram kan gua setakat ni. bosan bila seram jadi sirap..nyaman loh nanti.

pustaKAWANlu

Red Mummy said...

mula2 akak nak cakap - oi bawak2lah beli tiket sendiri, apa kes nak makan percuma je?? hah ni bukan utk ko, tp utk orang2 yg x geti nak kuor duit sendiri. bukan utk kau tau..ko jgn terasa lak. akak tau keje ko utk review film so mmg patut dpt jemputan, tp org2 yg 'nan ado tu, apa kes?

anw, pilah review Blood Diamond. akak sokong sgt2 cite ni. sebagai mak, akak melihat dr perspective a mother, very touching story. sok akak publish review akak on Blood Diamond. akak nye review x de le cam ko berjela2 bagai, aku bukannya prof writer of the movie review, so it s a short review from me.

ok adios...i like the merah bata of yr background, classic. but kiri kanan margin blog ni kosong, byk buang bazir lah. cuba enlargekan margin ni.

peace!

Belladonna said...

Cant wait to watch this movie :)

::Lobo-Kin-Bob:: said...

mcm best jerk akoo tgk trailer n website diorang....hahahahaha...kena gi tgk neh....

DBI said...

takut lah nak tengok cerita hantu ni ajami...nanti kena rasuk terus meroyan tak sudeh..macam 'org tu'...

Lee Novotny said...

eh eh bagus juga cerita ni ye?? tapi perlu ker utk orang yang perasan bagus ekk?? Mak pun pelik! **cha-alif-but! :P

manukan said...

kalo setakat beli dvd pirate...x yah ulas la...sabar je lah...

**cha-aliff-but** gak le...

Kash E.D. said...

kuntilanak. apa yg istimewa ya?

seram - erm, boleh la. 50-50.

selebihnya saya lebih kagum dan menghayati angle-angle dan shotnya sahaja (selain para aktornya!).

cantik!

rasa cam nonton klip bukan cinta biasa pula. ada persamaan - percayalah.

hantu, garapan, shot/scene semua bagi saya sesuatu yg dibuat secara detail dan kemas - like rashid sibir. every shot mesti nampak cantik dan very well-look gitu. tak tipikal cam pengarah biasa, asal nampak cam suasana kg, janji ada, jalannn... hehehe..

lagi satu, oh - ya. pasal batu, pinggan tu semua.. erm, idea yg brilliant. tapi still, tak mampu memikat saya. cam dibuat-buat. still... nampak cantik. hahaha...

itu aje la. bleh gitu?

tepuk dada, tanya selera k.

huhuhu...

kash : sebuah filem yang cantik!

bicaraskrip said...

sam,
1st of all HAPPY BIRTHDAY dear! the last 2 previews ko gak yg ada hal lah kan?.. nvm, nx prev aku call ko in-advance..

azer -
u r among my fav reader, TQ bro!

bdk.setan81 (setan ker?)
nnti if ada citer katun, aku rebiu spesel 4 u!

fadz,
and u r the 'man of universe'! ur pont-of-view is BEYOND my expectation! gua tabik lu beb! *perlukan supir lagik?

mr.manager,
my precious reader & commentor! *dah cukup mengampu kan?

kash,
mmm, another good point-of-view! aku pon X tepikir!

pustaKAWANlu,
my silent reader yg TAK SILENT! welcome my fren!

redmummy,
ok.

bella & leqiu,
korang pi lah tgk sambil beramas-mesra! if bella terkezut, leqiu boleh ramass! wakakaka! luv both of u dear!

lobo,
tgk jgn tak tgk.. this 1 lain dr indon-seram yg lain.. good ref if u want 2 write a horror script base on mitos/dongeng.

dbi,
kah! kah! kah! mmg boleh 'meroyan' kalau tersilap ajaran doc! takder anti-biotic for that 'penyakit' ker?

lee!
jgn larikk! meh sini dekat skit, skit lagik.. skit lagik!.. tq 4 coming dear! btw, tak perlu kot? *buat2 tak paham???

manukan,
yes! jgn rebiu dvd or bantu lanun2 itu! tgk kt pawagam pls.. but i like 'pirates of caribbean'!

rewan ishak said...

I wasted my 10 ringgit!!!!!!! aku ingat citer nih sehebat filem pertama Rizal Manotvani, Jelangkung. Arghhh tertipu. Aku nak tgk filem bukan nak tgk music video! Kalau korang nak layan music video indon selama 1 jam setengah jangan lupa menonton kuntilanak kat panggung. Citer ntah aper2. Aku kecewa habis.