SILA KLIK LOGO KEDAI DI ATAS!

ulasan Buku Untuk Filem: ESTET [sticky post]

Sila klik untuk tumbesaran yang memudahkan pembacaan!
ulasan-ulasan: * sultanmuzaffar * fadliakiti * mohdhaiqal * zosaw * mstar * kueee * budiey.com * ayuthesun * Salaam..
Mungkin ada yang akan bertanya "Kenapa?". Jawapan saya mudah sahaja "Kenapa tidak?". Berikut ialah jawapan-jawapan lain saya: Pengaruh Seorang Blogger Secara peribadi, buku ini telah membuktikan kepada sesiapa sahaja yang hanya bermula sebagai seorang 'blogger' tanpa sebarang nama popular atau tapak dalam apa sahaja bidang BOLEH merealisasikan sebuah impian kosong untuk menjadi suatu kenyataan penuh. Maksud saya, nama Ajami Hashim melalui blog bicaraskrip.blogspot.com asalnya hanyalah sebuah blog pendapat peribadi mengenai penulisan skrip sahaja. Ini bermakna kepada sesiapa sahaja yang mendaftarkan sesebuah blog untuk menjadi seorang 'blogger' dengan menulis sesuatu topik khusus yang diminati dengan bersungguh-sungguh oleh si penulis blog, tidak mustahil akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti. Hasil yang saya maksudkan ialah puncak tujuan sesebuah blog informasi dari pandangan peribadi seandainya ditulis dengan betul dan jujur, pasti akan dibaca oleh penggemar topik yang diangkat oleh blog tersebut. Dalam ertikata lain, penerbitan Buku Untuk Filem: ESTET ini ialah bukti betapa nawaitu saja-saja dahulu untuk menerbitkannya rentetan dari hanya sebuah blog peribadi sudah pun menjadi realiti.
Blog Widget by LinkWithin

Thursday, February 01, 2007

Mukhsin - Apa Cinta Pertama Kamu?

Orked is ten. Mukhsin is thirteen. They are the best of friends. With "Mukhsin", I try to examine one common and uncomfortable human experience: What happens when your very best friend - someone with whom you've been learning to do cool best - friend things like climbing trees, flying kites, riding bicycles and even getting into fights with other kids - starts to develop romantic notions about you? It happened to me before. Both ways. That is to say, I have had good friends who fell in love with me, and I fell unexpectedly in love with a buddy once. I feel it's an interesting human condition to look at, because I myself have never been able to understand how, sometimes, something as beautiful as Love can threaten to end something else that's just as beautiful - Friendship. Has this ever happened to you before?
posted by yasmin at 1:41 AM Friday, April 28, 2006
ref:
http://yasminthestoryteller.blogspot.com/2006/04/orked-and-mukhsin.html

Sepanjang bulan Feb 2007 ini, saya akan menulis mengenai pengembaraan saya berkompaskan filem Mukhsin yg bakal ditayangkan di pawagam pd 8 Mac 2007 nanti. Dan bacaan anda di blog ini akan dilatari dgn lagu Ne Me Quitte Pas oleh Nina Simone. Sbg mukadimah ingin saya kongsikan cinta pertama saya yg berlaku di tahun 1979 - 1984.

Namanya Rafeah, seorg gadis kg sekelas dgn saya selama 6 tahun di sekolah rendah. Dia seorg gadis yg menjadi kegilaan semua jantan2 sekelas kami juga kelas sebelah dan kelas2 senior yg lain bahkan sekolah2 rendah yg berada dlm daerah kami! Extreme? Yap! Sangat extreme! Yg lucunya dia tidak pernah mengumumkan ber-boipren dgn sesiapa pun! Bayangkan selama 6 tahun di sekolah itu tiada sesiapa pun yg berjaya mendpt status sbg balak dia! Jadi, adakah dia sebenar2nya cinta pertama saya? Entahlah. Mungkin ya, mungkin tidak!
Yg saya tahu cuma antara sebab saya bersemangat utk pergi sekolah ialah kerana hendak melihat wajahnya di dlm kelas. Dapat tengok dr jauh dia ketawa terkekek2 dgn kwn2 pompuan yg lain pun sudah memadai utk menceriakan hari2 saya di sekolah. Kenangan manis paling saya tidak lupakan ialah apabila saya dilantik menjadi pustakawan dlm satu kumpulan yg sama dgn dia. Maka setiap kali kami bertugas, perpustakaan yg cuma sebesar tandas awam di KLCC itu saya rasakan spt sebuah istana yg sgt indah!
Saya pernah juga terdengar beberapa gosip meng-kenenkan dia dgn si polan lah, si anu lah, budak sekolah mukim atau daerah lain lah etc. Tapi kesemuanya saya pekakkan telinga kerana dlm alam imaginasi saya, dia adalah awek saya! Yg hairannya khayalan itu bukan cerita dongeng saya seorg. Rata2 jantan yg bersembang semasa waktu rehat sambil beratur membeli aiskrim atau di jamban sedang menukar baju utk latihan sukan ialah statement yg sama! Misalnya "Dia awek aku lah! Mak dia sedara bapak aku!".. "Mak dia upah jahit baju kurung dia dgn mak akulah".. "Kau nak tahu? Semlm dia mintak tolong dari aku utk betulkan beskal dia yg pancit tu!".. "Minggu lepas dia kata dia mimpi nampak aku jadi ular patuk dia!".. bla bla bla.. Sudah! Semuanya saya anggap sbg mat2 jenin yg tak sedar diri! Berangan!
Dipendekkan cerita, pada tahun 1984 saya ditawarkan utk bersekolah asrama penuh bila naik Tingkatan 1. Dan hari terakhir persekolah, saya menerima sepucuk nota dari kwn rapatnya iaitu dia mahu berjumpa dgn saya di belakang kantin sekolah selepas loceng terakhir berbunyi. Saya terkejut! Saya gembira! Saya keliru! Namun saya gagahkan juga langkah berjalan ke belakang kantin utk bersemuka dgnnya. Percaya atau tidak, dia sedang menangis apabila saya mendekatinya. Saya bertanya "Kenapa? Sebab aku masuk asrama? Kan kita sekampung. Hari raya atau cuti sekolah nanti aku datanglah rumah kau!" Dia hanya diam seketika dan kemudiannya berkata "Yalah tu, kau tak akan sama macam sekarang sebab masuk sekolah lain. Aku nak mintak maaf dgn kau jer kalau selama ni aku ada buat salah dgn kau. Oklah aku nak balik dah. Bye."
Dia berlalu pergi macam tu saja tanpa dengar dulu apa yg saya nak jawab semula. Kemudian saya jerit "Aku janji aku akan jumpa kau lagi lah! Aku janji!" Tapi sebenarnya saya TIDAK PERNAH pergi ke rumah dia lagi utk berjumpanya sepanjang 5 tahun saya bersekolah asrama di tahun 1985-1989. Sesungguhnya perbualan terakhir di belakang kantin sekolah itulah saya rasakan perasaan2 itu serentak! Jatuh cinta kali pertama, konflik percintaan dan perpisahan!

*sila kongsi pengalaman cinta pertama anda dlm komen di bwh!

6 comments:

Azer Mantessa said...

fuh!

hebat!

saya perasan oghang pompuan wujud pun bila saya umur 18 tahun. tak penah ada gf. tapi bila terjumpa ja... cinta pandang pertama, dua minggu mudian terus kawin.

saya masa sekolah dulu tak berani nak cakap ngan orang pompuan ... ketaqqqq oooooooo

rewan ishak said...

Hey check out my new entry. Orked & Mukhsin the series!!!

rewan ishak said...

For 7 weeks, 2 minutes each episodes, beginning March 5th on TV3. Pukul berapa aku tak sure. I'll update soon. Dan kalau tak salah aku Silky akan release shorter version 60 secs sebab diorang suka gila 2 minutes version yg korang kena tunggu seminggu sekali. So bole la korang tgk iklan pendek Silky & Mukhsin every day.

Ajami aku rasa better ko paragraphkan story cinta pertama ko tuh. Sampai rabun & sepet mata aku nak baca.

enjoyincubus said...

cinta pertama?
simple..
mase aku drjh 3.cinta pandang pertame.ntah.smpi skang aku ingt die:)


etranged-itu kamu for u guys.cheers:)

Rai said...

Salam,
Cinta pertama?Ingatkan zaman 'monyet-monyetan' itulah cinta pertama. (Pandai kita ye-puppy love dari orang puteh ni kita samak jadi cinta monyet!)Kemudian di sekolah menengah, saya sebagai pengawas perempuan paling 'haluih' diminati oleh pengawas lelaki paling agam.

Percaya tak, ada orang rekod cintanya setebal buku telefon tapi bila kahwin-pasangannya itulah dikatakan cinta pertama. Entahlah...saya tak percaya pada cinta pertama ni. Masih mencari!

Anyway my latest entry is about P.Ramlee as a feminist.Mai la singgah noo!

:: samasam :: said...

cinta pertama tiada makna..

kalau bukan itu yg hakiki ... =)