Friday, March 30, 2007

Chermin (Malaysia/2007) - Chantik atau Changgung?


“Saya inginkan filem ini memberi satu kesan dihantui yang berpanjangan kepada penonton-penonton dan bukan hanya satu perasaan ketakutan yang berlalu dengan cepat. Ia merupakan sesuatu yang memberikan mimpi ngeri.” ~ Zarina Abdullah [Penulis Lakonlayar/Pengarah] @ Sensasi Selebriti

Salaam..

Itu harapan penulis lakonlayar & pengarah Chermin. Adakah ia 'menghantui' saya berpanjangan sehingga ke hari ini selepas menontonnya tayangan hari Ahad 11am! hujung minggu lepas bersama blogger lain; fadz vovin & kash? Kamu baca sampai habis utk mengetahuinya..

YANG CHANTIK

Pelakon2 utama, kostum & chermin antik sgt2 chantik! Bagaimana pula dgn kecanggihan & kredibiliti produksi? Portfolio Chermin sgt chantik! Semuanya dr nama2 besar! Jadi sekali pandang dr kredit di posternya, tidak dinafikan ianya yaa-amaat chantik!

YANG CHANGGUNG


Tajuknya Chermin. Tapi saya kekaburan refleksi visual & naratif asal-usulnya! Ya! Sinopsis, trailer & tagline If You Look Into The Mirror, You Will See Evil pada saya sudah ada sedikit backstory apakah Chermin? Tetapi.. dlm filem ini ia seakan disorok-sorok seolah tidak dijelaskan dgn lengkap. Maksud saya bagaimanakah ia boleh jadi bersyaitan sebegitu? Apakah pemujaan ritual yg dilakukan sehingga ia jadi evil? Bingkai & cermin itu dr bahan apa yg tentunya unik? Siapa pengukir & pembuatnya? Apa?.. Pada saya, chermin itu adalah punca segala-gala kesyaitanan dlm filem ini yg perlu diberitahu kpd khalayak kerana ia adalah main cast sebenar filem ini. Ia adalah sebab yg mengakibatkan kepuakaan Mastura terturun kpd Nasrin. Ia adalah pangkal utk isi dan hujung filem ini.


Yg ini saya mungkin silap dan Zarina mungkin betul. Kenapa?

Saya mungkin silap ~ mengatakan bahawa babak Minah bercerita kpd org2 kg mengenai kepuakaan keluarga Nasrin semasa kenduri terlalu eavesdropping terlebih-lebih kpd khalayak! Sama juga dgn babak yg sama seorg wanita bercerita perihal Mastura kpd org2 kg semasa majlis perkahwinan Hassan & Zahrah. Babak itu pd pendapat saya mungkin lebih baik digarap dgn visual/flashback yg lebih pandai. Kamu pernah tonton filem The Usual Suspect? Exposition filem itu semasa lapor-siasatan di balai oleh Roger "Verbal" Kint kpd Agent Kujan digarap dgn visual ceritanya. Seolah-olah ia kenyataan flashback. Tetapi di akhir cerita kamu tertipu mati-matian! Balik kpd Chermin, pd saya ia lebih baik dgn visual dpd bla bla bla..

Zarina mungkin betul ~ menayangkan babak2 di atas sbg babak 'mengumpat' yg perlu dipertontonkan secara dialog berjela-jela A sampai Z bla bla bla.. Betul! Kerana itulah realiti cara mengumpat. Ada ajinomoto sana-sini. Mungkin itu fungsi kedua-dua babak. Kalau difikirkan semula, ya! utk mem-visualkan aktiviti itu Zarina berjaya kerana 'mengumpat' adalah bercerita dr mulut ke mulut tanpa sebarang bukti kukuh. Ia sekadar hearsay yg mungkin betul atau tidak. Fitnah atau realiti. Sebab itu tiada visual ditunjukkan semasa kedua-dua babak.

Pak Ungku (imam) ialah deus ex machina! Cameo yg menyudahkan segala kerumitan filem ini!

Kamu saksikanlah filem ini di pawagam sementara ada tayangan. Ia filem dgn visual yg chantik! Klasik + moden. Tahniah utk Zarina & produksi Chermin yg kali pertama bikin filem. Semoga kamu akan lebih gigih menghasilkan filem2 seram di masa akan datang!
Kembali kpd soalan di atas tadi. Jawapan: Saya tiada kesan dihantui berpanjangan sehingga ke hari ini.

Wassalam.

Tuesday, March 20, 2007

di lokasi: emil emilda [pt.1]

poster oleh: isma yusoof
Salaam..

Saya ber-YM dgn
isma yusoof pagi semalam.
isma: u nak join on location Emil Emilda, 3pm, restoren linda onn, ampang point?
saya: mmm, ok jer! nanti i ajak kash.. boleh pakai 2 handy-cam..
isma: nanti i kenalkan u dgn shahrul ezad, penulis skrip+pengarahnya..
saya: wow! tq bro! tq sangat2..

Saya ber-YM dgn
kash pulak.
saya: dik! mau ikut gi set Emil Emilda 3pm, area ampang point!
kash: alamak! tgh siapkan assignment lah bro! but i'll try..
saya: ok! up to u..

Saya nampak
sam pun online. YM lagik.
saya: sam! free ptg nih?.. jom temankan i gi set Emil Emilda!
sam: ada kelas 6pm.. mmm, boleh lah gi kejap..
saya: btw, sam.. u patut buat segmen dlm blog psl filmmaking & scriptwriting gak lah!

Eh!
nizam zakaria pon baru online! Saya buzz!
saya: woit bro! ptg ni aku gi set Emil Emilda!.. kau turun?.. aku nak
Bual Santai dgn kau! boleh?
nizam: ok! ok! 7.30pm aku turun!.. aku nak citer psl
A.D.A.M. skrip aku yg start shooting hari ni utk rtm!

Kecanggihan internet! Dlm sekelip mata boleh berkomunikasi dan ajak-mengajak sesama kawan2. So, mana saya nak mula?

Saya mukadimahkan dgn gambar2:

Ezad [pengarah] & Mas [conti/wardrobe]

Roy, Khiriah, Isma, Amani, Aaron & Fahrin

lokasi: depan Restoren Mom's Chicken Rice [Linda Onn]

Nizam, Khiriah, Amani & Isma

Penulis skrip A.D.A.M., Mac, Emilda & E.J.

Emil & Emilda
lokasi: tepi jln wangsa maju, dekat dengan Kolej SAL

Amani mengulangkaji skrip!

Amani & Isma tgh break dgr lagu Hindustan?

Emilda or Cinderella?

Aaron Aziz ~ jejaka idaman Singapura & Malaysia!

Seorg blogger sedang bergigih-gigih merakam Isma!

Maria [asst. director/conti]

Nizam enter-frame!

Nizam: ini kereta aku yg diorg guna utk drama Impian gak tau!
Bebudak dlm kereta: Kelasnya kereta ini uols!

Mas: ini ialah cara2 me-mekap sambil pose gituh!
Iman: rambut u nih tak lama lagik kena tebas utk Muallaf kan?

Mas & Iman [make-up/hair-dresser]

Blogger & Graphic Designer!

Shahrul Ezad, Ajami Hashim & Nizam Zakaria
3 jejaka terhangat di pasaran Malaya!.. dan Africa Selatan!
Saya akan update lagi esok2 perihal Emil Emilda dr kacamata penulis skrip/pengarahnya [youtube] & pengalaman saya di lokasi semalam.

REF: