Thursday, November 01, 2007

Malaikat Di Jendela - kajian lakonlayar oleh Ajami Hashim

OPENING @ youtube



OST @ youtube [credit to Vernon Kedit-Jolly]



Two principles control the emotional involvement of an audience. First, empathy: identification with the protagonist that draws us into the story, vicariously rooting for our own desires in life. Second, authenticity: 'We must believe', or as Samuel Taylor Coleridge suggested, we must willingly suspend our belief. Once involved, the writer must keep us involved to FADE OUT. To do so, he must convince us that the world of his story is authentic. We know that storytelling is a ritual surrounding a metaphor for life. To enjoy this ceremony in the dark we react to stories as if they're real. We suspend our cynicism and believe in the tale as long as we find it authentic. The moment it lacks credibility, empathy dissolved and we feel nothing. [Story: Substance, Structure, Style and The Principles of Screenwriting oleh Robert McKee - ms.186]


pulang sayangku pulang
pulang dengan dayung pusaka
siram sayangku siram
siram dengan harum cempaka
tidur sayangku tidur
tidur dalam kelambu syurga
senja sayangku senja
tutup pintu tutup jendela

BAHAGIAN 1

Anjakan Cerita (Inciting Incident)

Cerita Malaikat Di Jendela bermula dengan introduksi kesungguhan Hamidah memandikan suaminya yang sedang sakit tenat sambil bergurindam. Ia diikuti oleh babak-babak pengenalan karier watak Hamidah sebagai bidan kerajaan yang dipinggirkan secara halus. Waktu yang sama, khalayak dibentangkan eksposisi lokasi perkampungan nelayan yang menjadi latar besar filem ini. Beberapa babak biodata fizikal dan mental Hamidah menyusul melalui suara latar seorang kanak-kanak [metafora 'malaikat'] diekori oleh kekesalan dan keluhan diri Hamidah dituruti keinsafannya membaca Al-Quran. Walaupun sekali pandang situasi sebegitu adalah ketidakstabilan sebuah rumahtangga tetapi ia adalah kehidupan 'normal' sediakala dan semulajadi pasangan ini di bukaan cerita.

Anjakan Cerita adalah sesuatu kejadian pada satu titik masa yang khusus; secara drastiknya akan mengganggu keseimbangan hidup 'normal' itu khasnya kepada protagonis Hamidah iaitu 'kematian' suaminya! Tragedi inilah yang akan menggerakkan penceritaan Malaikat Di Jendela ke depan seterusnya.
Anjakan Cerita sesebuah kisah samada dalam medium filem, tv, internet, radio atau penulisan bercetak berlaku dalam 2 bentuk: (misalannya)

1. secara semulajadi - suami Hamidah sampai ajal kerana penyakitnya
2. secara bersebab - kebetulan atau pilihan
2a. kebetulan - kematian suami Hamidah disebabkan disambar petir
2b. pilihan - Hamidah membunuh suaminya

Kesemua Anjakan Cerita di atas akan mengakibatkan perubahan kisah Hamidah seterusnya yang berbeza-beza dari segi fizikal dan mental Hamidah iaitu naratif seterusnya. Anjakan Cerita Malaikat Di Jendela ialah yang pertama - suami Hamidah sampai ajal kerana penyakitnya. Kejadian itulah yang akan menimbulkan persoalan-persoalan selepasnya. Bagaimanakah kehidupan Hamidah berstatus janda yang melibatkan keperluan seksual, tekanan emosi dan sara hidup? Jawapan kepada soalan-soalan itulah yang dipaparkan sebagai cerita penuh Malaikat Di Jendela.

Anjakan Cerita - kematian suami Hamidah mesti dipertontonkan kepada khalayak sebagai bukti penyebab kehidupan Hamidah yang penuh ranjau di sepanjang cerita. Sekiranya kematian itu berada sebelum cerita bermula (backstory) iaitu tiada dalam filem, impak kepada khalayak semestinya akan kurang berminat mengikuti kisah Hamidah. Begitu juga sekiranya Anjakan Cerita yang lambat dipersembahkan misalnya kematian itu berlaku di tengah-tengah cerita, maka kisah Hamidah dan suaminya yang sakit akan membosankan dan kisah Hamidah janda akan terkejar-kejar hendak dihabiskan. Bayangkan pula sekiranya suami Hamidah tidak mati-mati sehingga habis cerita? Mestilah cerita Hamidah seperti gasing yang berputar pada paksi yang sama!

Kesimpulannya, pilihan babak kematian suami Hamidah minit ke-10 di awal cerita Malaikat Di Jendela dipaparkan secara visual bersubtek dalam lima potongan babak yang berlatarkan muzik syahdu. Dimulakan dengan paparan kesugulan dan esakan Hamidah di jendela berlatarkan usungan kotak jenazah oleh orang-orang kampung. Dihabiskan dengan kelibat Hamidah dan dua buah perahu yang membawa keranda secara membelakangkan kamera meninggalkan jeti. Lima potongan babak sahaja! Ia adalah Anjakan Cerita yang betul-betul sesuai dan berkualiti!

(bersambung.. BAHAGIAN 2 - Kembangan Komplikasi Cerita)

Rujukan:

1. Story: Substance, Structure, Style and The Principles of Screenwriting oleh Robert McKee - ms. 181-297

2. Ulasan Filem: Malaikat Di Jendela oleh Mahhass @ S K R I N

2 comments:

Rai said...

Salam tuan rumah!

I baru je nak khatam teori anjakan makna by Prof.Rahman Shaari utk mengkaji puisi. I think this anjakan cerita punya stuff boleh dipakai, prinsipnya lebih kurang sama. Pernah tengok sikit je cerita ni, somewhere tahun 2002 masa diskusi filem with Teck Tan n Osman himself kat DBP. Saliza Ali tu senior I kat ASK dulu.

Oh, ya...tq kerana sudi meng'irdawatikan' diri kat my blog.Muahaha!26 Jun ni my youngest sister terima hadiah- dia menang pertandingan skrip FINAS kategori filem pendek. I biasa gak masuk bertanding. 3 kali menang, 3 kali kalah!

One thing nak promo (or networking, as you say it...heheh), muka I ada tertempek di akhbar Siasah bil.52.Kalau rajin, carilah.Ok good day!

Nona Cici said...

en.ajami,tq 4 dropping by my blog..tried to put words about films that ive watched,just like u..not exactly like u,but at least i will write things that ive learn n know in an appropriate n right way...

love this post,seriously..it really opened up my mind..hope u can teach me by dropping comments at my page about d reviews of any movies thtt i wrote..byk lg knowledge yg saya tak tercapai n masih merangkak nak belajar..tq en.ajami.. :)