Tuesday, October 30, 2007

Q&A [e-mail]

Assalamualaikum saudara Ajami Hashim. Saya Wim binti Yurnel pelajar jurusan Senireka Grafik, Uitm Shah Alam. Saya memohon budi baik saudara untuk menjawab soalan ini dari sudut pandangan saudara dalam melengkapkan tesis saya yang bertajuk : 'design issue:perkembangan penulisan skrip di malaysia'.

Diharap saudara dapat membalasnya dengan kadar segera. Kerjasama dari saudara amat saya hargai.

1. Apakah sebenar permasalahan yang melanda filem tempatan sehingga kurang mendapat sambutan dan kualitinya sering dikatakan kurang bermutu? Jalan cerita kurang menonjol? Kekurangan pelakon yang berbakat? Ataupun peminat sendiri yang terlalu memilih?
> Kejayaan atau kegagalan sesebuah filem bergantung kepada 'sebelum' 'semasa' dan 'selepas' ia dibikin. Sekiranya ia dihasilkan dari sebuah skrip yang bagus, diproduksikan dengan kemas [penerbit, pengarah, pelakon, produksi] dan dipromosikan dengan luas - filem itu akan berjaya di pasaran dan di festival. Sekiranya salah satu proses itu bermasalah - filem itu akan gagal samada di pasaran atau di festival atau kedua-duanya. Kekurangan sambutan dan kemerosotan kualiti sesebuah filem boleh berpunca dari pelbagai masalah dan TIADA sebab sebenar yang khusus secara amnya.

2. Kebanyakan filem yang dihasilkan banyak yang mengabaikan elemen-elemen penting seperti keunikan jalan cerita, kekuatan unsur kemanusiaan, menampilkan jati diri sebagai filem berwajah Malaysia dan bersifat global?
> Pembikinan sesebuah filem bergantung kepada tujuan ia dibikin oleh penerbit. Sekiranya ia diusahakan oleh produksi individu/korporat berasaskan untung/rugi perniagaan mungkin elemen-elemen itu kurang dititik-beratkan [bukan tiada langsung]. Tetapi seandainya ia dibikin oleh kerajaan misalnya FINAS [Paloh, Embun] atau FELDA [Bilut] ia pasti mempunyai elemen-elemen itu. Maka jika dilihat sekali pandang, elemen-elemen itu seakan 'diabaikan' kerana majoriti filem yang diterbitkan di Malaysia adalah bermatlamatkan nilai komersial.

3. Apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi penulis skrip yang berbakat?
> Kriteria asasnya adalah sama dengan apa jua bidang pekerjaan yang lain iaitu berpelajaran asas [universiti, kolej, kursus pendek, buku, internet], berbakat semulajadi [tidak semua orang pandai dalam bidang seni], berpengalaman [banyak cerita], berpandangan tajam [observasi minda] dan bermasyarakat [networking].

4. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan mutu perfileman tanahair kita?
> Dengan usaha-sama semua badan perfileman [FINAS, KEKKWA, GAFIM, PFM, FDAM, SWAM, SENIMAN, universiti, kolej, media massa] tanpa berpuak-puak.

5. Adakah disebabkan negara kita kekurangan bakal pelapis penulis skrip maka jalan cerita filem kita sentiasa berada ditahap yang sama?
> Sebenarnya kita mempunyai ramai pelapis penulis skrip tetapi ruang untuk karya mereka diterbitkan adalah terhad kecuali berani tampil dengan usaha sendiri dan berdikari untuk mendekati produksi yang sedia-ada [networking]. Naratif filem yang sama [cliche] adalah kerana produksi hanya membeli skrip dari penulis skrip yang sama atau mungkin skrip tulisan penerbit/pengarahnya sendiri. Pertandingan penulisan skrip tahunan anjuran FINAS adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan genre, tema dan cerita filem tempatan.

6. Bagaimana caranya untuk mengubah persepsi peminat filem tanahair untuk menyokong filem tempatan?
> Mulakan dari peringkat persekolahan dimana satu subjek asas/pengenalan perfileman di Malaysia dimasukkan dalam silibus oleh Kementerian Pendidikan [kerajaan] dengan bantuan badan-badan perfileman.

7. Kita sedia maklum, dunia perfileman di Malaysia seakan dianaktirikan. Bagaimana perkara ini boleh terjadi dan bagaimana cara mengatasinya?
> Di-anaktirikan berbanding dengan bidang apa dik? Setahu saya, dunia perfileman di Malaysia adalah salah satu bidang seni yang paling popular dan mendatangkan untung serta mampu memperkenalkan nama Malaysia di festival filem antarabangsa.

8. Mengapakan seseorang penerbit filem sering mengambil jalan mudah dalam cara pengolahan jalan cerita sehingga kurang diberikan tumpuan dan penekanan sedangkan jalan cerita filem tersebut menarik?
> Mungkin kerana bajet yang terhad. Sesungguhnya TIADA pembikin filem yang mahukan filemnya cincai kecuali dari awal-awal lagi skrip filem itu bermasalah cerita.

9. Adakah penulis skrip tanahair kita sudah ketandusan idea untuk menghasilkan filem yang bermutu dan berkualiti?
> [Sila rujuk jawapan no.5]

10. Bagaimana untuk mengubah mutu perfileman tanahair ke arah satu paradigma yang baru dan setanding dengan filem luar?
> Dengan mempunyai bajet yang tidak terhad dari penerbit/pelabur yang kaya. Bagaimanapun, kadangkala sesebuah filem bajet-rendah juga mampu setanding dengan filem luar.

11. Adakah sesuatu jalan cerita itu ditapis atau dikaji kemantapan kualiti jalan cerita dan pengisian terlebih dahulu sebelum diterbitkan dan perlukah cara ini dilakukan untuk memastikan filem yang diterbitkan benar-benar berkualiti?
> Sudah tentu. Setiap produksi mempunyai script-reader/screener setiap skrip yang dihantar oleh penulis skrip. Kemudiannya skrip yang berpotensi akan dinilai semula oleh penerbit [budget meeting] untuk menimbangkan nilai komersialnya dan anggaran bajet. Bagaimanapun, kualiti yang dinilai [untung/rugi atau menang/kalah festival filem] oleh orang awam, ahli akademik perfileman dan media terhadap filem yang sudah diterbitkan bergantung kepada hasil terakhir [final-cut] di pawagam. Ada filem yang laku di pasaran tetapi cincai dan ada filem yang sangat berkualiti dari segala segi tetapi gagal mengutip keuntungan.

12. Adakah dengan penggunaan media atau efek yang terkini dan terbaru mampu menghasilkan filem yang berkualiti atau media tersebut hanya membantu menguatkan filem tersebut?
> Bergantung kepada tujuan dan bagaimana penggunaannya? Efek khas hanyalah eksesori sesebuah filem kerana tunjang utama kualiti sesebuah filem ialah ceritanya. Kecuali sesebuah filem itu majoriti pembikinanannya memerlukan efek khas misalnya filem fiksyen sains yang akan dikatakan berkualiti dari segi teknikal [mungkin cerita kurang berkualiti]. Efek khas juga membantu menguatkan penceritaan sesebuah filem dalam sekuen babak yang mustahil dibikin dengan lakonan pelakon dalam set/prop semata-mata.

Sekian, terima kasih.
Ajam Hashim
Selasa, 30 Oktober 2007

p/s: semua jawapan di atas adalah dari pendapat peribadi saya sendiri tanpa sebarang prejudis atau menggambarkan jawapan sebenar yang 'terbaik' untuk setiap soalan.

kuntilanak 2 - mari belajar struktur sekuel cerita seram?


The audience may put together what is going on in advance of the characters in the story; the identification of the monsters (kuntilanak) by the characters (Sam, Agung, etc) is phased in after the prior realizations of the audience. That the audience possesses this knowledge, of course, quickens its anticipation. Moreover, the audience often is placed in this position because it, like the narrator, frequently has access to many more scenes and accident, as well as their implications, than are available to individual characters. This type of structure is quite common. The audience, then, often has a fuller picture of what is going down, or, to shift metaphors, the audience has more pieces of the puzzle than do the characters, which perspective results in the audience coming to its discovery in advance of the characters, and, thereby, elicits a keen sense of expectation from the reader or the viewer. ~ REF: The Philosophy of Horror by Noel Carroll [ms.100]

Salaam..

Kuntilanak 2 adalah sekuel. Maksudnya penonton sudah ada exposition/flashback Kuntilanak asal di dalam minda masing2 sebelum memasuki panggung wayang. Kerana itu penonton akan mengharapkan ulangan seram yg sama semasa menonton filem ini. Sekuel juga memudahkan kerja penulis skrip dan pembikin filem kerana tidak perlu lagi untuk meng-introduksikan watak2 utama yg asal juga tidak perlu untuk bercerita berjela-jela bagi memperkenalkan dunia filem ini. Dalam erti kata lain, K2 hanya perlu menyambung ekor K1 dan menambahkan satu lagi rentetan naratif 'baru' untuk memanjangkan cerita. Cuma filem sekuel seperti ini seakan melimitasikan penontonnya iaitu hanya untuk yg sudah menonton K1 sahaja kerana penonton yg jump-cut terus menonton K2 akan pasti kekeliruan untuk memahami plot2 cerita yg disambung dari K1. Adakah ia merugikan? Tidak juga! Kerana sekiranya penonton yg sukakan K2 akan membeli dvd/vcd K1 utk memahami asal-usul K2. Manakala bagi penonton yg menyambung sekuel K1 >> K2 akan lebih teruja kerana semakin banyak exposition baru yg memantapkan lagi pemahaman mereka mengenai Kuntilanak!

Apakah yg 'baru' dlm K2? Pada pendapat saya, K2 mengembangkan cerita Kuntilanak ke arah belakang atau backstory K1 yg tiada dahulu di dalam skrip dan filem. Mungkin semasa menulis skrip K1 ia hanya sekadar backstory di dalam minda Ve Handojo [penulis skrip] sahaja untuk memudahkan pengembangan watak2. Dan kini backstory itu dipertontonkan atau mungkin ditambah untuk menjadi cerita penuh K2. Di samping backstory, K2 juga menciptakan plot2 baru utk sekuel K3 seperti watak budak perempuan Yenny yg mampu 'melihat' kuntilanak dan cameo 'ibu' Sam di saat2 akhir K2.
Filem sekuel juga kadangkala terpaksa 'mematikan' watak2 yg tidak boleh dikembangkan lagi iaitu misalnya dalam K2 - Agung, Bu Yanti dan Iwank kerana mereka adalah saki-baki watak2 dari K1 yg sepatutnya sudah mati dahulu. Namun 'pematian' watak2 itu bukanlah sekadar untuk memanjang cerita tetapi dijadikan plot atau keperluan dalam naratif untuk mengakibatkan Sam lebih beremosi sehinggalah klimak filem ini. Ia adalah cause & effect. Set-up & pay-off.

Kembali kpd persoalan apa yg 'baru' dlm K2? Sekte Mangkoedjiwo! Kumpulan kultus (cult) ini diangkat dlm K2 sebagai kesinambungan plot watak Sri Sukma dari K1 (yg sudah mati). Dlm K1, kultus ini hanya wujud sebagai exposition dari dialog2 Sri Sukma sahaja. Kini penonton diperkenalkan kpd setiap anggotanya yg mempunyai pelbagai latar kekejaman. Kenapa? Pada pendapat saya, kultus ini adalah antagonis berkumpulan paling besar kpd Sam (protagonis) dlm K2. Antagonis lain ialah diri Sam sendiri yg mirip spt kisah Dr. Jekyll & Mr. Hyde. Mungkin kerana ini ialah filem sekuel K1 >> K2, dimana Sam berada di tahap pertengahan utk menjadi pemanggil kuntilanak yg sempurna. Maka Sam masih dlm skala 50-50 iaitu Sam 'baik' vs. Sam 'jahat' seperti tagline K2 "Semua Orang Memiliki Sisi Gelap". Saya yakin bahawa K3 akan muncul dlm bentuk Sam yg 100% full-circle sebagai pemanggil kuntilanak!

Cuma setelah habis menonton K2, saya merasakan bahawa K2 sedikit kurang berbanding K1 kerana K2 lebih menumpukan exposition konflik dalaman diri Sam dan kekejaman kultus Sekte Mangkoedjiwo. K2 seakan bukan 100% horror film 'berhantu' kerana kuntilanak yg dipaparkan hanyalah wujud dlm bentuk fast-cut atau jump-cut editing yg mencelahi setiap mangsanya. Mungkin K2 tidak mahu pengulangan bentuk kuntilanak yg sama seperti K1 dimana ada versi kuntilanak ala unicorn atau ala ju-on atau kanak2 kecil yg jelas dipertontonkan. Kali ini kuntilanaknya lebih pantas dan muncul secara kejutan close-up sahaja. Mungkin penggemar filem seram akan merasa tidak puas dengan cara suntingan laju sebegini? (ini pendapat saya). Naratif K2 juga lebih banyak menumpukan plot percintaan Sam-Agung. Ia seakan lebih kepada genre drama berbanding genre seram? Satu lagi yg menjengkelkan saya ialah sekuen pembukaan filem ini selama hampir 10 minit yg memaparkan 3 orang kanak-kanak revisiting rumah berhantu dari K1. Saya tidak pasti apa relevant-nya? Mungkin sebagai revision K1? Namun begitu, saya menyukai plot2 introduksi Yenny dan 'ibu' Sam yg sudah tentu perlukan sekuel K3! Satu strategi pra-marketing yg pandai! :-) Kesimpulan: saya tidak sabar menunggu sekuel K3 untuk melihat Sam yg 'jahat 100%'!!!

REF:

kuntilanak2.com

ulasan K1

imdb.com

cari.com