Thursday, November 20, 2008

buku: How to Be Your Own Script Doctor


*buku yang sedang aku baca dimana ia buku advance untuk penulis skrip yang dah habis tulis 'first draft'.. highly recommended!

penulis: Jennifer Kenning
info: amazon.com
harga: RM58.88
kedai: kinokuniya, klcc
online preview: google

Thursday, September 25, 2008

Buku Untuk Filem: KAMI


Kalau korang beriya-iya nak jadi scriptwriter, WAJIB beli sorang satu!

links:
book launching 27.09.08 >> amir muhammad
buy online >> kinibooks or MPH or matahari books (through amir)
website >> projekkami
my review >> ajamihashim
gambar2 pelancaran >> projekkami

Sunday, September 14, 2008

Punggok Rindukan Bulan ~ Rindu seorang anak @ Kisah hilang & ketemu

link asal: pancaindera

Oleh Ajami Hashim (posting asal)

Kisah Adman, Sidi dan Roza

Filem ini dimulakan dengan sebuah babak tipikal pergaduhan kecil seharian dalam sebuah keluarga bak pepatah sedangkan lidah lagi tergigit. Keluarga nukleus ini cuma ada 3 orang iaitu Adman, isterinya Roza serta anaknya Sidi yang tinggal di sebuah rumah pangsa kos rendah. Mulanya, khalayak cuma diintaikan oleh pandangan sisi oleh Sidi yang mendengar jerit-pekik umi kepada ayahnya tentang suatu ketidakpuasan. Akhirnya, si umi menghempas pinggan ke lantai serta sepak-terajang kerusi. Ia situsi yang agak tegang tapi mungkin anda pernah mendengarnya sebelum ini?

Berbagai persoalan mampu tercetus di minda khalayak samada sang isteri yang marah kerana desakan naluri femininnya? Mungkin juga tugas maskulin si suami yang tidak cukup memberikan apa yang sepatutnya? Atau adakah si anak yang menjadi punca di tengah hingga jadi pertengkaran umi dan ayahnya? Dalam satu tangkapan kamera sahaja filem ini sudah mampu memberikan sedikit umpanan untuk kita terus mahu menerobos apa sebenarnya masalah dalam keluarga ini? Kalau untuk sebuah filem komersial tentunya banyak sudut tangkapan kamera yang diperlukan untuk menerangkan situasi genting sebegitu. Agaknya, begitulah uniknya sebuah filem indie panjang karya sulung Azharr Rudin ini. Bajetnya murah tapi isinya mahal!

Sukarnya untuk mentafsir hati seorang wanita, suri dan umi! Roza nampak bahagia dan kemas dengan rutinnya sebagai seorang ibu pengasuh Sidi. Tiada cacat-cela dari riak wajahnya. Namun tanpa diduga, pada suatu hari Roza meninggalkan keluarganya! Azharr nakal bercerita bagaimana maksud pemergian Roza itu dengan satu babak dimana dari tingkat atas Sidi dan uminya menuruni tangga rumah pangsa lantas akhirnya hanya muncul Sidi seorang diri bila sampai ke tingkat bawah. Seterusnya khalayak berkongsi mata dan telinga Sidi di sepanjang filem ini.

Rumah pangsa dan sekitarannya menjadi pentas cerita penuh Punggok Rindukan Bulan. Bermulalah sebuah kebebasan tanpa batasan untuk Sidi dan ayahnya di rumah itu. Kita turut merasakan suka-duka mereka. Awalnya mereka hanya akur dengan erti sebuah kehilangan tapi lama-kelamaan ia bertukar menjadi pencarian tanpa arah tujuan. Hubungan ayah-anak sekadar menjadi panggilan dan sahutan kosong. Ruang sempit rumah pangsa itu terasa semakin luas. Rutin hidup mereka tidak lagi mengikut aturan. Makan dan minum di gerai berbayar setiap hari. Malah tempat berdengkur juga sudah bertukar lokasi, si ayah lena di sofa, si anak nyenyak di katil kelamin. Benar kata orang, gelaran surirumah maksudnya yang menjadi penyeri dan penjaga rumah! Tanpa dia, goyanglah rumahtangga!

Lantas perubahan mendadak dalam hidup Adman dan Sidi tanpa suri mereka itu mengakibatkan evolusi kehidupan untuk hari-hari yang mendatang. Adman semakin ketagih dengan aktiviti memancingnya malah cuba menjinakkan Sidi untuk menjadi pemancing tegar sepertinya. Namun ajakan manja ayahnya itu umpama paksaan cara halus bagi Sidi. Dia tidak gembira dengan ruang masa ayah-anak di tengah malam buta untuk memancing di ceruk belukar di bawah jambatan berunggun api. Apatah lagi bila ayahnya meninggalkan Sidi seorang diri untuk mencari umpan di penjuru lain belukar itu. Bagi Sidi apalah gunanya dibawa ke situ kalau hanya mahu menemani keseronokan ayahnya sahaja? Dia benar-benar bosan dan terpaksa! Jelas terpapar bila Sidi mencampakkan lampu suluhnya ke dalam unggun api yang marak, semarak rasa marahnya di dalam hati. Nawaitu Adman memang betul untuk meluangkan masa dengan si anak tapi Sidi pula merasa betul-betul bosan dan terpinggir! Ia bak fire camping yang tidak cocok cara, tidak kena tempat dan tidak sesuai masa!

Sidi pula mula ponteng sekolah dan menjadikan ruang-legar di sekitar rumah pangsa itu sebagai taman permainan. Masanya dihabiskan di rumah menonton televisyen cerita kartun. Rumah itu semacam hotel. Sidi sudah berani keluar bermain skateboard dengan rakan senakalnya hingga pulang lewat malam. Kutuk-mengutuk pasal keluarga sesama rakan jadi pergaduhan. Pemuda kutu bernama Remy yang selama ini suka menyakatnya dalam lif rumah pangsa itu dianggapnya sebagai taiko. Dia makin suka menjeling-jeling gadis comel dari jauh. Kedai video games yang jauh berkilometer sanggup dikunjunginya. Malah sifat kebiadapan Sidi terzahir satu-persatu sehingga tergamak meludah orang yang dibencinya. Boleh dikatakan semua perlakuan liar remaja yang ditegah oleh ibubapa hendak dicubanya.

Namun sejujurnya khalayak dapat merasakan gelodak jiwa Adman dan Sidi jadi begitu kerana desakan bosan, kesunyian dan rasa rindu mendalam mereka kepada Roza. Akhirnya, Adman akur bahawa memancing seorang diri berhari-hari di tengah lautan dengan memandang ke arah Singapura adalah sia-sia! Gejolak amarahnya dihamburkan dalam sekuen babak dari saranan Anton Chekhov iaitu menghunuskan keris yang terpampang berkali-kali di dinding rumah mereka. Dia mengamuk melepaskan geram dan bengang dengan hidupnya sendiri yang terbuku selama ini ala Hang Jebat setelah tayar keretanya dicuri oleh Remy. Akhirnya Adman insaf dan redha bahawa realitinya dia sudah kehilangan Roza buat selamanya.

Sidi pula menangis di balkoni tempat penyidai kain rumah mereka untuk mengakuri rasa rindunya yang teramat kepada Roza. Dia tahu di situlah bekas-bekas tinggalan uminya kerap memerhati dan pasti melambai setiap kali dia pergi sekolah dan pulang ke rumah. Sidi juga memanjat dan bersiar-siar di puncak bumbung rumah pangsa itu lalu merenung jauh sekitarnya yang masih luas untuk diterokai seolah mengiyakan bahawa uminya mungkin boleh berada di mana-mana jua.

Di kemuncak filem ini Adman dan Sidi pergi memancing bersama-sama dengan gelak-tawa. Mereka berganding-bahu mencari umpan di tepi laut dengan berbelakangkan gemerlapan neon di Singapura. Kini Adman sedar bahawa dia masih ada Sidi dan dirinya sendiri.

Kisah rumah pangsa dan jambatan

Filem ini juga berlatarkan kehidupan uzur dan daif di saat-saat akhir semua bangunan Rumah Pangsa Bukit Chagar, Johor Bahru sebelum ia dirobohkan. Sempat juga snapshot kenakalan dan maksiat biasa untuk penghuni rumah pangsa di anak tangga yang tersorok disindir secara sinis. Azharr Rudin sempat merakamkan filem ini sebelum kemusnahan kekal rumah pangsa itu sebagai nostalgia peribadi beliau. Perobohan bangunan-bagunan itu ialah penamatnya sebuah kemajuan yang pernah menjadi kebanggaan suatu masa dahulu. Ia juga ibarat kota konkrit yang pernah tinggi melangit seakan mahu bersaing dengan hutan-hutan batu moden di tanah seberang Singapura. Simboliknya imej-imej gerombolan jentolak yang meranapkan rumah pangsa itu dari atas bumbung di akhir filem ini seakan raksasa kemajuan baru yang memakan binaan empayar tua yang usang? Sedutan berita di kaca tv mengenai jambatan bengkok yang dibatalkan pula seolah menjadi iringan selari cerita keruntuhan rumahtangga Adman-Roza yang tidak panas sampai ke petang?

Mungkin begitulah unik sifatnya sebuah filem indie seperti Punggok Rindukan Bulan ini. Setiap frame gambar bergerak dan bunyinya ada sesuatu yang tersirat untuk ditafsirkan. Barangkali ia cerita biasa sebuah konflik keluarga dan rumahtangga? Tidak mustahil juga Azharr Rudin mahu menyuarakan suatu teguran yang berkias dan berlapik? Siapa tahu kan? Kesimpulannya, Adman dan Sidi mirip sepasang burung punggok yang rindukan bulan (Roza) selamanya kerana mereka tahu bahawa ia tidak akan jatuh ke riba! Benar! Mereka kehilangan seorang dari bertiga namun kini mereka ketemu bahagia untuk berdua sahaja.

Saksikanlah filem Punggok Rindukan Bulan karya Azharr Rudin yang diterbitkan oleh produksi Da Huang Pictures di pawagam digital terpilih mulai 25 September 2008.

youtube:
Azharr Rudin
Amir Muhammad
Saeful Nazhif Satria (Sidi)

Sunday, July 13, 2008

KUNTILANAK 3 ~ akhirnya..

*pautan asal: ajamihashim

K3 di pawagam mulai 17 Julai 2008
website: http://www.kuntilanak3.com/



Salaam..

After the onset of a horrific being, the hero or heroine may have no alternative - there's no time; there's no opportunity; there are no other living humans; the locale is too isolated; and so on - except to confront the monster on his/her/their own. ~ REF: The Philosophy of Horror by Noel Carroll [ms.109]

Ini adalah cerita Samantha yang sudah matang dengan kuasa pemanggil kuntilanak yang mahu berkonfrontasi dengan ketuanya. Tapi kenapa dia tidak sekalipun menyanyikan lagu itu kali ini? Kenapa?..

Sub-plot grup: Darwin, Asti, Herman dan Petra untuk mencari dua orang teman mereka yang hilang di dalam hutan terlalu menjengkelkan filem ini. Entah kenapa naratif pencarian ini menjadi ke depan seakan mahu bersaing dengan cerita Samantha? Mungkin pembikinnya mahu merencahkan sedikit pengembaraan Sam ke Desa Ujung Sedo? Iyalah, kalau Sam hanya seorang diri nanti dia terpaksa bercakap dengan pokok atau sungai agaknya? Lalu jadilah K3 ini sebuah slasher film ala Predator + The Descent di tengah hutan belantara!



Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Hilang. Jumpa. Terkejut! Mati!.. Pengulangan plot sebegitu terhadap grup-pencari memanjangkan hampir sebahagian besar naratif filem sehingga sangat memenatkan penonton. Ia adalah strukur filem seram yang biasa lalu menjadikan keunikan K1 dan K2 dahulu semakin lemas! Sementara plot utama Sam seolah hanya menjadi latar yang tenggelam-timbul dan terkejar-kejar. Betul! Desa Ujung Sedo itu ialah sarangnya, maka ia adalah taman permainan kuntilanak yang mengerikan! Tapi kenapakah Sam seperti kelam-kabut dan lemah untuk mengawal keadaan sedangkan dia sepatutnya adalah ratu pengendali kuntilanak yang sudah graduasi? Menyanyilah Sam!

Watak Yenny terlalu lambat ditampilkan. Pada pendapat saya, pengembaraan Sam dan Yenny sewajarnya sudah cukup untuk mengangkat naratif penuh filem ini. Ekplorasi di kampung Desa Ujung Sedo itu juga banyak misterinya yang boleh diimbaskan. Saya sukakan babak dimana sekumpulan kanak-kanak (seistimewa Yenny) mengejar kuda putih seperti unsur dongeng The Piper of Hamelin yang dimanipulasikan oleh kuntilanak. Sebenarnya K3 cuba berfalsafah menggunakan imej-imej berbaur makna dari babak-babak bayi dari perut lembu dan kewujudan simbol-simbol boneka ala voodo di kampung itu. Kalau siapa yang menonton K1 dan K2 tahu bahawa kuntilanak datang ke alam manusia bila di seru oleh Sam datangnya dari kampung ini melalui cermin-cermin keramatnya. K3 membongkarkan asal-usul kampung kuntilanak di Desa Ujung Sedo. Ya! Kreativiti semacam itu yang menarik.



K3 hanya semakin menarik ke penghujungnya sahaja bila Sam berdepan dengan neneknya untuk membongkar rahsia siapakah 'ibu' dalam mimpi Sam selama ini. Lalu untuk mengejar durasi filem yang semakin suntuk, maka neneknya terpaksa memberikan exposition yang bertimbun-timbun melalui dialog diikuti oleh ritual penurunan saka secara total kepada Sam. Barulah filem ini terasa bermakna bila kisah-kisah silam asalnya kuasa yang dimiliki oleh Sam diceritakan satu-persatu. Penamat K3 diakhiri dengan persoalan samada Sam yang sudah bulat kuasanya mahu terus hidup dengan saka itu? (off-topic: ada kawan saya kata mungkin lepas tu Sam jadi Gollum dalam LOTR! ops!) Sayang sekali!.. babak-babak itu seakan terkejar-kejar! Semuanya kerana gangguan naratif sub-plot grup pencari di awal filem. Saya sukakan simboliknya kuntilanak dalam K3. Kostumnya diunikkan dengan berbaju kebaya putih berkait menggantikan jubah putih biasa kebanyakan hantu pontianak. Begitu juga chicky-nya sifat kuntilanak yang kadangkala ber-humor semasa menyerang mangsa. Cuma bila difikirkan semula, K3 memang berkecamuk naratifnya! Alamakkk!..

Jadi, secara terus terang sebenarnya saya agak kecewa dengan penamat sekuel K1 dan K2 ini! Maklumlah setelah sekuelnya seakan berjanji untuk membulatkan semua persoalan dan misteri dalam K3.. tapi ia seakan kehilangan hala tuju untuk menghabiskannya dengan sempurna. Sorry Ve!.. huhu!

ulasan2 Kuntilanak sebelum ni:
Kuntilanak
Kuntilanak 2
Ve Handojo the scriptwriter

Wednesday, July 09, 2008

Ayat Ayat Cinta ~ cerita Fahri dan kekasih-kekasihnya!

pautan asal: ajamihashim



"kau ingat hasil mangga yang sering kau buatkan?.. atau kau yang suka minta tolong dibelikan cd.. atau keranjang mu yang suka jatuh ke tanah.. kerna terlalu berat membawa buku ku yang mahu kau pinjam.. bangun Maria!" ~ Fahri

Salaam..

Ia sebuah filem, bukan sebuah novel. Saya tulis dari sisi naratif arahan Hanung Bramantyo serta lakonlayar oleh Salman Aristo dan Ginatri S. Noer yang terpapar di layar lebar sahaja tanpa membaca kepanjangan cerita penuh dalam novel penulisnya Habiburrahman El Shirazy. Itu sisi lain. Mungkin saya akan baca kemudian.

cerita siapa?

Filem ini tunjangnya ialah kisah konflik cinta paling kronik Fahri Abdillah dalam sebahagian usia hidupnya di Universiti Al-Azhar. Ia berkongsi cerita dengan 4 wanita: Maria, Nurul, Noura dan Aisha. Untuk sebuah adaptasi, perkongsian cerita sebeginilah yang kadangkala sukar untuk disumbatkan dalam sebuah filem yang hanya berdurasi 2 jam lebih. Khalayak cuma mengikuti naratif sang sutradara yang di-audiovisual-kan sahaja. Kalau bikinannya elok, maka penonton akan suka! Ambilan terpilih dari novel yang hendak diceritakan memainkan peranan utama turun-naiknya emosi penonton di sepanjang filem adaptasi sebegini. Kalau betul, orang faham! Kalau sedikit, orang celaru! Kalau terlebih, orang bosan!

Bukaan filem ini awal-awal lagi sudah memancing dengan cerita Fahri-Maria. Saya dapat rasa mereka berdua ada chemistry yang tersorok dalam hati masing-masing! Ya! Saya mahu mereka bercinta kerana sudah tentu perbedaan agama, bangsa dan benua akan jadi tembok. Ia mesti akan jadi konflik kronik. Betul!

Kemudian ada Nurul, gadis paling layak bakal calon isteri Fahri yang hampir secocok segala segi bak pinang dibelah dua! Cerita Fahri-Nurul ini kalau di kampung halaman mereka Indonesia pasti jodoh yang paling lengkap. Tapi ini di Mesir! Maka saya sudah jangkakan bahawa kisah Fahri-Nurul juga pasti akan timbulkan masalah. Betul!

Datang pula gadis secret admire Fahri bernama Noura yang perlu diselamatkan oleh Fahri. Kesiksaan latar Noura berbangsa Arab ala zaman jahiliah sudah pasti ada konflik! Cerita Fahri-Nouri inilah saya agak yang akan jadi obstacle paling kronik! Betul!

Surprisingly ada lagi seorang wanita bernama Aisha berbangsa Jerman! Alamak! Saya mula tak senang duduk! Cerita Fahri-Aisha ini rupa-rupanya yang akan membawa hala-tuju filem ini! Kisah mereka berdua yang akan ke depan sampai habis! Malahan Aisha sendiri yang akan mengemudikan sebahagian besar naratif di pertengahan filem! Wow! Betul-betul wow!

Ok! Setelah diperkenalkan semua background wanita tadi, maka filem ini semakin seronok untuk diikuti. Sejujurnya saya mula rasa kurang selesa dengan watak Fahri yang menjadi rebutan semua orang tetapi masih blur! Di titik naratif itulah seolah-olah syurga dunia untuk Fahri seandainya beristeri maksima 4 orang?

cerita apa?

Naratif filem ini betul-betul mula bergerak bila Fahri memilih Aisha sebagai jodohnya. Walaupun pada pendapat saya, di titik itulah plot-hole paling besar untuk filem ini tapi mungkin penonton tidak sedar. Mungkin! Kenapa saya kata begitu? Untuk seorang berlatar watak Fahri yang cukup radikal berpegang pada tiang agama dan gentleman, tidak kah dia dapat hidu bahawa pilihannya itu seolah-olah mengetepikan terutamanya Maria, Nurul dan Noura sebelum Aisha? Tapi iyalah, bak kata orang 'rezeki jangan ditolak'.. dan Aisha pula mungkin kata "the best woman win!".. Oklah! mungkin Fahri terlalu naif dan Aisha pula yang paling rupawan? Maka jadilah pernikahan Fahri-Aisha macam kisah cinta dongeng dengan majlis ala Bollywood!

Air yang tenang jangan sangkakan tiada buaya! Dari situ, plot pernikahan Fahri-Aisha memulakan snowball-effect atau domino-theory kerana Fahri jadi rebutan 3 wanita lain: Maria, Nurul dan Noura! Semua backstory Fahri datang menghantui kebahagiaan rumahtanga Fahri-Aisha. Itulah harga yang perlu dibayar oleh Fahri. Juga risiko terlindung yang baru Aisha ketahui. Dari sebuah kisah lovey-dovey cinta remaja ia bertukar jadi konflik rumahtangga dewasa yang serius bukan main-main!

Semua orang buka rahsia! Semua orang menuntut dari Fahri sehingga dia dipenjarakan. Terpaksalah Aisha pula yang menyambung naratif untuk mempertahankan haknya. Di sinilah ujian paling dahsyat bagi seorang isteri untuk membongkar unduran realiti siapakah Fahri sebelum menjadi suaminya? Bagi Fahri pula dari dalam penjara itulah dia mengenali dirinya sendiri dan memahami bahawa setiap tindakannya dahulu akan mengejarnya semula sebagai reaksi. Action and chain reaction?

Kalau sebelum ini kita sering disogokkan tentang filem perebutan seorang wanita, kini ini pula filem bagaimana 4 orang kaum hawa menangani jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sama! Sungguh kasihan! Saya berpihak kepada wanita yang mana satu? Secara peribadi, saya memihak kepada Maria kerana dialah yang berkorban jiwa-raga dan fizikal sejak awal cerita. Tapi bagaimana pula dengan Aisha, isteri sah mithali Fahri yang sanggup berkorban apa saja hingga rela bermadu? Walaupun plot Nurul agak ke belakang tapi saya pasti dia juga ikhlas mencintai Fahri. Noura pun berhak sebagai wanita yang harus dinikahi demi menyelamatkannya yang juga menyintai Fahri.

Complicated! Betul tak? Filem ini sewajarnya dilihat sebagai teladan kisah pilihan sebetul-betulnya seorang lelaki dalam memilih seorang wanita (mungkin lebih dari seorang wanita) sebagai isterinya.

struktur

Filem ini ada 2 klimak iaitu persoalan samada Fahri dibebaskan dari penjara dan bagaimanakah kesudahan kisah poligami Fahri-Aisha-Maria? Babak keputusan hakim untuk kes Fahri-Noura seperti penamat filem ini tetapi ia dipanjangkan lagi mungkin untuk setia kepada kesudahan naratif novel asalnya. Tambahan pula plot Maria yang sakit mesti dikonklusikan.

konklusi

Pada pendapat saya, Ayat Ayat Cinta berjaya mengadaptasikan sebuah novel cinta keagamaan yang jadi sebuah filem komersial. Tangkapan sinematografi cantik-cantik. Runut bunyi mengasyikkan. Lakonan semua pendukungnya berhasil. Dan paling penting, dipenuhi ayat-ayat cinta yang sangat mengujakan! Tahniah untuk produksinya!

pautan:
www.ayatayatcintathemovie.com
hanungbramantyo
wikipedia
imdb.com

Friday, June 20, 2008

"kuriositi"


Curiosity is the emotional state of wanting to learn more about something, the intellectual need to answer questions and make sense of things. We love stories because we long to know what happens next. Without curiosity throughout, a story would grind to halt. Any writer who can evoke this essential emotion is guaranteed an audience.

The Power of Questions


Because curiosity comes from our desire to answer questions, the best way to evoke it in the reader (penilai skrip) and thereby heighten interest, is to set up story questions. A question demands an answer. Therefore, setting up a question automatically creates an emotional itch that needs to be scratched. Each turning point in the plot creates a curiosity that makes the reader ask what will happen next. The writer can accomplish this by withholding bits of information, not telling the reader everything all at once, foreshadowing, or hinting at an outcome, all of which force the reader to play a more active role – filling in the blanks, making guesses, and assuming things. When the reader is active, he is involved, and therefore interested.

~ Writing For Emotional Impact by Karl Iglesias [pg.84&85]

isbn# 1595940286 @ mph RM107.60
ref: http://www.karliglesias.com/

Tuesday, June 17, 2008

WAYANG ~ cerita kepincangan yang sempurna

"The main purpose of the Hikayat Seri Rama is to show the ideals of righteousness, love, loyalty, and selfless devotion."
ref: http://ias.berkeley.edu/orias/SEARama/RamaMalaysia.htm


Salaam..

Menonton filem WAYANG karya oleh Professor Dr. Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat dan mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.. sebuah cerita kepincangan yang sempurna!

..bersambung!

Wednesday, June 11, 2008

sepi ~ 3 cerita cinta 3 segi

link asal: ajamihashim

Salaam..
Bagaimana untuk menceritakan 3 buah cerita cinta 3 segi dalam 1 filem? Senang sahaja.. pecahkan kepada 3 bahagian dan ikat ketiganya dengan 1 insiden yang tragik!.. Itulah kisah dalam filem SEPI. Memang nampak macam mudah, tapi sukar untuk digarap dan mungkin akan 'memenatkan' penonton!.. Secara ringkasnya, SEPI memecahkan ketiga-tiga cerita mengikut giliran masing-masing dengan tajuk berdasarkan nama protagonist yang hendak diikuti ceritanya: Adam, Sufi dan Imaan (teknik suntingan multiple title & sub-story yang sama juga digunakan oleh filem Puaka Tebing Biru dahulu). Di akhirnya, kesemua cerita diulangkaji semula sebagai konklusi/klimak untuk melihat 2 bucu mana yang akan kekal atau sebaliknya?.. dan 1 bucu mana yang akan ditinggalkan buat selamanya? Naratif filem ini asasnya sama iaitu main sorong papan-tarik papan, jongkang-jongkit dan kejar-mengejar di antara 3 orang individu yang berkaitan dalam setiap cerita.

cerita 1: Suzie-Adam-Ilyana
Ia cerita orang bujang terlajak. Mungkin kerana sinisnya gelaran 'terlajak' maka cerita ini dihumorkan dengan kekalutan hormon androgen Adam dan kegilaan hormon estrogen Suzie yang dicampuri oleh feminism Ilyana yang dilema dalam memilih teman domestiknya (womanhood/familyhood)! Semua orang semasa bujang pernah mengalaminya iaitu anuptaphobia or gamophobia. Koklusi: up-ending dengan tagline kejar sampai dapat walau sampai ke lubang cacing, maka kamu dapatlah!

cerita 2: Sufi-Marya-Zain
Ia cerita orang berumahtangga. Maka agak serius dan kronik? Tentulah ia berkisar pasal parenting dan gynaecology. Lost and found. Suami dan isteri. Duda dan anak. Ia juga cuba-cuba untuk mengupas maksud kenapa kadang-kadang dalam hubungan suami-isteri mungkin berlakunya adultery? Tapi ia tidak berlaku seandainya pasangan benar-benar setia dan redha dengan apa yang sudah ada. Ia jelas dipamerkan oleh Marya. Bagus! Cuma agak gusar juga melihat kesanggupan Sufi sehingga seakan berani untuk 'membeli' cinta Marya sebagai gantian arwah isterinya dari Zain. Walaupun niat Sufi mungkin elok sebagai ibu ganti kepada anaknya Asraff. Konklusi: down-ending dengan tagline kejar selagi larat tapi kalau bukan milik kamu sampai matilah gigit jari!

cerita 3: Ean-Imaan-Khalif
Ia cerita cinta monyet remaja. Sebab itu banyak main-main, emosional dan over exaggerate! Lengkap dengan puisi-puisi cinta dan babak ala Romeo and Juliet! Semuanya mesti lebih dari kebiasaan sehingga Imaan berimaginasi tahap melampau di dalam kehidupan sehariannya yang nampak normal tapi kurang siuman dan berhalusinasi. Mungkin itu penangan kata-kata jiwang remaja: cinta sampai mati atau sehidup-semati? Konklusi: up-ending dengan tagline jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!.. err! atau aku cinta kamu sampai kiamat! ops!

Multiple plot? Ensemble cast?

Ok.. saya tidak boleh tidak akan teringatkan filem Berbagi Suami apabila habis menonton filem ini. Strukturnya sama, serupa, sebijik! Ulang suara, 'struktur' bukan ceritanya! Maksud saya, Sepi juga menggunakan acuan penceritaan secara giliran cuma Sepi menyambungkan kesemua blok cerita masing-masing di akhir cerita untuk melihat 'aftermath' ke mana hala tuju cerita ketiga-tiganya? Adam dapat 'the one'.. Imaan dapat 'replacement'.. Sufi tak dapat tapi dia 'tetap menunggu' sampai ke sudah! Cuma naratif sebegini akan memperjudikan pilihan multi-choice kepada penonton dan mungkin akan mengakibatkan favourite story bergantung kepada siapa penonton dan latar mereka? Contohnya, jika saya orang bujang maka saya sukakan cerita Adam, kalau saya seorang suami dan bapa tunggal mungkin sukakan cerita Sufi, andai saya seorang remaja belasan tahun akan teruja dengan cerita Imaan. Tapi tidak mustahil sekiranya ada penonton yang akan menyukai kesemua cerita secara pukal kalau dia melihat tema (mengikut tafsiran saya) yang tersirat di belakang Sepi iaitu kita perlu berusaha sedaya-upaya untuk mencari cinta kalau mahu!.. or second chance bak kata tontonfilem.. Multiple plot sebegini juga mencabar 'kesabaran' penonton kerana ia memaparkan 3 cerita yang bergerak sendirian berasingan! Sepertilah kamu membeli tiket RM10 untuk menonton 3 buah filem pendek dalam 1 tayangan back-to-back! Ketiga-tiga cerita berdikari untuk diceritakan. Berbalik kepada struktur naratif, Sepi ialah non-linear storytelling menggunakan time-frame undur ke belakang dan lompat ke depan: cerita Adam dan Imaan adalah backstory penuh masing-masing sehingga tragedi manakala cerita Sufi bergerak sambungan dari tragedi itu terus ke depan sehingga melampaui batasan usia tua bangka! Jadi kita akan melihat titik-sentuh ketiga-tiga cerita 4 kali (kalau tak silap aku) di sepanjang cerita untuk 'menemukan' ketiganya sebagai ulangkaji (set-up//pay-off). Bezanya setiap kali ulangan tragedi itu ia dilihat (tangkapan kamera) dari berbagai sudut mengikut point-of-view siapa yang hendak diikuti; Adam, Sufi atau Imaan? Satu lagi filem multiple plot sebegini akan mengakibatkan perebutan limelight sesama ensemble cast yang perlu diberikan screen-time secara samarata.

Filem SEPI memang sebuah filem yang boleh dibanggakan! Walaupun mungkin ia agak cliche and predictable terutamanya cerita Imaan.. tapi masih elok buatannya! Cuma alunan lagu runut dalam filem ini agak keterlaluan kerana didendangkan secara 'lagu penuh' seperti filem Bollywood+MTV.. tapi masih oklah adunannya!.. (cuma panjang! yaaa! memanjangkan durasi!)

*tQ Adila (GBSB/TV3) kerana tidak serik2 menjemput blogger ;-)
*paling aku suka >> babak tepung jatuh atas kepala Adam & Ilyana macam salji katanya!
*paling aku turn-off >> tengok wig Baizura Kahar!.. sooo fake!





sepi hati terjadi lagi mungkin sampai mati aku sepi biar senyum hadir di hariku namun ini hanya ada di bibir di bibir saja aku ini yang bisa mengerti walaupun yang lain mau mengerti namun berat beban di hidupku biarkan saja biar saja hanya ku yang tahu sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap kuberdiri oh! ada saatnya kubicara bila hatiku t'lah bulat sepanjang kubisa atasi semua aku tetap diam oh! sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau butuh kesabaran yang penuh untuk tetap kuberdiri oh! ada saatnya kubicara bila hatiku t'lah bulat sepanjang kubisa atasi semua aku tetap diam..

ref: http://www.sepithemovie.com/



ucapan Kabir Bhatia


The Lima ~ Kau Ada Dia [live]

Monday, June 09, 2008

BUAL SANTAI: an interview with Saw Teong Hin

Salaam..
Asalnya ia sekadar ura2 & sembang2 kosong dimana akhirnya Saw Teong Hin bersetuju utk ditemubual di rumahnya sendiri di Ampang pada 21 Jan 2008 yg lalu.. awalnya saya gusar juga dlm hati kerana akan bersoal-jawab dgn seorg pengarah yg digelar 'mega budget director' dek produksi Puteri Gunung Ledang dulu.. mungkin sukar agaknya utk berjenaka dgn beliau?.. tekaan saya meleset sama-sekali!.. Saw Teong Hin adalah seorang yg mudah mesra sekiranya kamu benar2 sudah mengenalinya.. dan satu perihal yg saya begitu salut & kagum ialah beliau adalah seorg pembikin filem yg sangat teliti & amat terperinci dlm setiap benda dlm pengarahannya!.. dlm ertikata lain, beliau adalah seorg perfectionist.. oh! ya! interior decor rumah beliau sgt kemas, santai & minimalist.. tangkapan SONY Handycam saya cuma dibuat di beranda rumahnya dikelilingi kehijauan tanaman hiasan yg amat menenangkan serta dilatari oleh musik instrumental santai.. maaf ya! tiada gambar! kerana rumah beliau sgt privacy.. huhu!

PART.1


PART.2


PART.3


PART.4


PART.5


PART.6


PART.7 (final)


ref:
http://www.tayanganunggul.com/v2/
filemapakatahati.blogspot.com

Tuesday, May 13, 2008

Film Sense & Nonsense

cerapan dari buku:
Screenplay: Writing the Picture (Paperback) by Robin U. Russin (Author), William M. Downs (Author) - ms.12

There are things film can and cannot do. It can show us things and make us hear things: the environment, characters acting or reacting to it or each other. Film can show us planets colliding or the nervous tick of an eyelid. It can roar with the big guns of war or whisper with a lover's voice. But it cannot give us a character's internal state, past history, or future dreams, unless those things are externalized in a visual manner. Internal moods, smells, tastes, attitudes must be described in such a way that a director can direct them, an actor can act them, a cinematographer can photograph them, or a sound person can record them. If you can't see it or hear it, or an actor can't play it, don't write it! Writers with film sense take the reader on a journey not primarily of words, but of images. Readers are looking for scripts that allow them to see the movie.

p/s: bagaimana pula kalau kamu mahu menulis skrip spt filem APA KATA HATI? yg byk menggunakan babak watak Elly 'mendengar suara hati' lelaki???

Sunday, May 04, 2008

LOVE ~ adaptasi yang longgar

*original posting:
http://ajamihashim.blogspot.com/2008/04/love-adaptasi-yang-longgar.html


*terbitan pertama: 29/4/08

Salaam..

Tidak boleh tidak, saya & penonton filem di Malaysia akan membandingkan filem LOVE (2008) ini dgn asal-usulnya iaitu filem CINTA (2006) dahulu yg sememangnya saya kagumi! Sila klik ulasan2 saya berikut:

CINTA pt.1
CINTA pt.2
CINTA pt.3

Saya tidak tahu & tidak paham kenapa karya sebagus CINTA itu diadaptasikan semula kpd sebuah lagi filem yg hanya berbeza sedikit bahasa pertuturannya iaitu Bahasa Indonesia dimana tidak jauh bezanya dgn Bahasa Malaysia. Lainlah seandainya ia diadaptasikan ke dlm filem berbahasa Perancis atau Jepun serta diarahkan oleh pengarah yg lain misalnya, pasti ada sedikit kebedaan yg unik spt adaptasi filem Infernal Affairs kpd The Departed. Tambahan pula karya LOVE ditangani oleh pengarah yg sama filem CINTA iaitu Kabir Bhatia cuma skripnya shj diolah, dicantas & ditokok-tambah semula oleh Titien Wattimena. Betul, lokasinya berbeza & plot asasnya juga ada yg dibuang & diubahsuai. Tetapi adakah naratifnya semakin baik? Jadikah feel-nya bertambah mengujakan? Sejujurnya pada pendapat saya.. tidak! malah ia bertukar menjadi sebuah filem pop-melodrama yg terlalu kebiasaan spt sekadar melepaskan batuk di tangga utk sebuah lagi filem keluaran Indonesia. Paling saya gusari ialah struktur asas sebuah cerita ensemble-cast/multi-plot yg sudah kemas dan menarik dlm filem CINTA telah dicacatkan oleh beberapa penstrukturan semula dlm filem LOVE. Kenapa & adakah saya bias? Kamu teruskan membaca..

1. perselisihan lokasi (cross/intersect-point): Filem CINTA menjadikan pejabat arkitek/hubungan sesama watak sebagai tempat/plot pertembungan Azlan+Azura//Haris+Airin+Alisa//Dyan+Dhani manakala dlm filem LOVE watak2 yg sama dgn nama lain iaitu Tere+Awin//Gilang+Miranda+Icha//Restu+Dinda dipecahkan terus secara berasingan. Malah wakil kasih-sayang adik-beradik Dyan+Dhani ditukarkan dgn cinta remaja Restu+Dinda. Ia mengakibatkan LOVE memaparkan pengulangan/pelapisan 2 plot cinta remaja yg sama dlm sebuah filem iaitu Restu+Dinda vs. Rama+Iin. Betul, keduanya agak berbeza konflik tetapi ia telah membuang wakil 'cinta adik-beradik' Dyan+Dhani serta menyebabkan perebutan limelight di antara 2 'cinta remaja' yg hampir serupa! Malah ia juga mengakibatkan linking/perkaitan sesama pasangan terputus terus dimana plot Tere+Awin//Gilang+Miranda+Icha//Restu+Dinda bergerak ke depan sendirian secara independent tanpa sebarang kaitan. Maksud saya, penonton seolah-olah menonton 3 cerita konflik yg berasingan dlm sebuah filem tanpa ada interaksi di antara sesama pasangan/watak.

*NOTA: UPDATED 3/5/08
ulasan ini disambung setelah menonton semula vcd CINTA.. tuu diaa! sekali-sekala buat ulasan kena merujuk filem terdahulu katanyer ;-)


2. character motivation: saya pecah2kan mengikut pasangan:

Restu+Dinda vs. Dyan+Dhani - rujuklah perenggan atas no.1.. pendeknya, plot Restu+Dinda cliche dan booorrriiinnnggg!!!.. noktah.

Gilang+Miranda+Icha vs. Harris+Airin+Alisa - ok! konflik kedua pasangan mmg unik & penuh komplikasi namun CINTA lebih bagus kerana..
>> kronologi konflik rumahtangga Harris+Airin mudah difahami, mengejutkan, menyayat hati & sudah molek benar plotnya.. krisis suami-isteri ini adalah plot utama yg mmg cliche kisah cerai-berai tetapi mengujakan kerana ia mengupas andaian jika seorg isteri meninggalkan suaminya kerana jantan lain bertitle "my kind of man".. ia tamparan realiti kpd maskuliniti si suami.. wow!.. hebatnya bila si suami tidaklah memaki-hamun sumpah-seranah bagai nak rak kerana dia masih terlalu amat sayangkan isterinya.. Harris masih cuba membaiki & tiada dendam kesumat cuma kekecewaan yg amat sgt dgn soalan "why?" & masih membuka pintu hati & rumahnya utk Airin kembali.. perasan tak? plot konflik Harris+Airin itu sendiri sudah sgt berat utk mengisi 1/5 dr pecahan filem CINTA, sebab itulah watak Alisa hanya sekadar penyambung di antara mama+papa nya shj dan tidak perlu diberikan subplot yg keterlaluan..
>> berbeda benar dgn kroniknya konflik rumahtangga Gilang+Miranda yg dirumitkan lagi dgn plot Icha sendiri yg berpenyakit autisme!.. betul! saya kesian dgn nasib Miranda yg terperangkap & terpaksa kahwin krn bunting sblm nikah & kini dia hanya mahu 'keluar' dr kehidupan status isteri Gilang shj.. rasanya Miranda belum pasti bahagia di hujung cerita ini.. dia mungkin hanya mahu jadi ibu tunggal tanpa Gilang! itu shj!.. Gilang pula adalah watak tipikal suami yg amarah krn egonya sbg seorg suami telah dicabar lalu dia meletups! meroyan! merosakkan harta-benda di bilik tidur sendiri! seolah-olah lelaki di zaman batu walaupun kononnya lifestyle metroseksual man?.. duh!.. plot Icha yg autisme juga walaupun nampak penting tetapi ia jadi redundant kerana utk sebuah filem multi-plot/ensemble-cast yg dipecahkan kpd 5 cerita ia perlukan jalur cerita yg limited shj!.. plot Icha hanya sempat dicampakkan sbg satu beban 'bersama' Gilang+Miranda tetapi wujudnya watak Icha itu sendiri tidak berfungsi langsung utk 'menyambungkan' hubungan Gilang+Miranda ditambahkan lagi dgn kecacatan komunikasi Icha sendiri.. Icha hanyalah anak yg direbutkan seolah piala kemenangan utk siapa yg dapat?

Rama+Iin vs. Taufiq+Arianna - terus-terang bahawa saya lebih sukakan CINTA kerana faktor kejar-mengejar cinta Taufiq+Arianna lebih seronok utk diikuti berbanding Rama+Iin..
>> Taufiq jatuh cinta kpd Arianna sejak saat pertama kali dia terpandang wajah Arianna cuma penonton tidak pasti samada Arianna akan membalas cinta Taufiq kerana dia sedang mengejar Khalif.. kisah main tarik-tali, sorong papan-tarik papan & jongkang-jongkit di antara Taufiq+Arianna inilah yg menariknya sehingga ke akhir cerita mereka.
>> Rama & Iin pula mengejar cinta masing2 di awal cerita; Rama masih berangan ttg kakak iparnya/ex-awek, Iin pula mengejar kekasih gelapnya.. cerita pertemuan mereka sekadar random moment yg berhaluan sendirian.. kononnya di hujung cerita barulah tiba2 mereka jatuh cinta erk?.. ya! mungkinlah kehadiran Iin sbg pemangkin utk menyedarkan kebodohan Rama tetapi ia tidak bermakna Iin is the best replacement & tup2 terus jadi cinta sejati bagai?.. duh!.. ringkasnya, I don't care!

Nugroho+Lestari vs. Cikgu Elyas+Rubiah - saya tiada masalah dgn adaptasi pasangan ini dimana mereka hanya berubah lokasi, rupa & nama TETAPI saya lebih suka & dpt kesan bahawa keikhlasan watak Amin (cucu Cikgu Elyas) lebih nyata berbanding Arif (cucu Nugroho)..
>> Amin benar2 mahu beriya-iya menjaga datuknya tetapi penyakit alzhaimer Cikgu Elyas makin kritikal dan mesti dijaga rapi 24jam di rumah penjagaan pakar sedangkan Amin tahu dia tidak mampu kerana kerjanya sbg pemandu teksi.. kata kunci ialah Amin 'mahu menjaga tetapi tidak mampu'..
>> betul sama! plot utk Nugroho di akhir cerita juga disahkan alzhaimernya semakin kritikal menyebabkan Arif terpaksa menyerahkan datuknya ke rumah penjagaan pakar kerana dia hendak berkahwin seolah dia tidak mahu mengambil risiko utk menyara datuknya dgn kehadiran seorg isteri. Arif ada desakan individualistiknya sendiri.. dlm ertikata lain 'Arif tidaklah beriya-iya hendak menjaga'..

Tere+Awin vs. Azlan+Azura - hanya plot kedua pasangan ini shj yg competitive & complementing di antara kedua plot CINTA & LOVE.. jantinanya bertukaran fungsi, jln ceritanya sama tapi tidak serupa & menarik utk diikuti sbg sebuah filem pendek 1/5 dr filem masing2.. cuma spt yg saya katakan di perenggan atas no.1 tadi, plot Tere+Awin bergerak 'sendirian' tanpa berkaitan dgn cerita2 lain dlm LOVE tetapi plot Azlan+Azura perlu berhubungan dgn 4/5 cerita lain dlm CINTA..

Ringkasnya, filem CINTA seumpama 'sebuah istana yg cantik'.. manakala filem LOVE pula umpamanya sebuah 'rumah setinggan yg sesuka hati dipacak di tepi sungai menunggu banjir-kilat utk dihanyutkan'.. lalala!

The End.


http://www.themovielove.com/

Tuesday, February 12, 2008

BUAL SANTAI: Ajami Hashim & Hans Isaac

*siaran ulangan!!!








"I hope one day, we have a million Malaysian watching Malay movies!" ~ Hans Isaac




PART.1


PART.2


PART.3/FINAL

Thursday, February 07, 2008

Dunia Baru The Movie - cerita sambil jalan-jalan!

Yeop Hitler harap 8 juta!!!

DBTM ialah road movie! Ia adalah rentetan cerita sekumpulan remaja dalam putaran masa beberapa hari sahaja. Jalan ceritanya mudah dan seronok. Sejujurnya saya tidak pernah menonton mana-mana episod siritv Dunia Baru.. huhu! Jadi bagi seorang penonton yang 'blur' asal-usul setiap watak dalam DBTM, saya agak terkejar-kejar untuk 'mengenali' setiap nama, rupa dan perwatakan di awal cerita. Mungkin itu 'kekurangan' saya TETAPI ia juga menampakkan sedikit 'kelemahan' introduksi sesebuah skrip filem dimana sekurang-kurangnya dalam durasi 10 minit yang pertama, nama mereka perlu dipanggil atau diperkenalkan dalam mana-mana babak secara bersahaja atau apa-apalah cara sekalipun. Seharusnya apabila sesebuah filem diadaptasi dari sebuah karya lain, tidak kisahlah dari cerpen, buku, teater atau siritv, ia seharusnya dianggap sebagai karya yang baru dan anggaplah bahawa penonton semuanya menonton untuk 'kali pertama'. Kalau hendak memanjangkan atau menyambung sahaja dari cerita asalnya, lebih baik buat sahaja satu episod khas 1.5 jam tayangan di televisyen! Ops!.. wahai Wan Hasliza the scriptwriter, betul tak?

Maka saya meneruskan tontonan filem ini dengan info-info yang perlu dicerap dengan segera. Maklumlah ini filem ensemble cast, ramai giler watak yang hendak ke depan untuk mendapat limelight dalam cerita filem ini! Semuanya seperti berkata "tengok aku! dengar aku! kalau aku tak ada filem ini akan flop!".. Jadi dalam perebutan siapa yang lebih menonjol dalam filem ini, saya menyukai 1 watak yang wow! iaitu Suzanna (lakonan Almy Nadia) - oh! that 'bitch' character memang menjadi!.. Adakah saya bias? huhu!.. Oklah! yang lain-lain pun sudah cuba sedaya-upaya bergigih-gigih untuk berlakon sungguh-sungguh!.. lalala..

Sinematografi filem ini wajar juga dipuji terutamanya babak-babak akhir di sekitar sawah padi di utara Semenanjung Malaysia. Cuma.. shot-shot jauh yang diambil di persekitaran kolej di awal-awal filem menjengkelkan pemandangan kerana pokok-pokoknya baru ditanam dan macam kolej kat padang pasir! Kalaulah UPM, kan lagi cantik?.. Perasan tak, untuk sebuah road movie sebegini, tukang jaga kostum/wardrobe lah yang paling gumbira-ria! Kenapa?.. Sebab pelakon-pelakonnya hanya memakai baju yang sama di sepanjang filem! Yang pening kepala ialah siapa yang tukang jaga konti!..

Pada pendapat saya, filem ini bukanlah rujukan filmmaking yang sangat hebat kerana ia tergolong dalam penambahan satu lagi filem komersial yang sah-sah memanipulasikan pasaran siritv yang sedia-ada popular di kalangan remaja. Target penontonnya sangat jelas dan waktu yang sama memancing penonton baru seperti saya yang curious tentang isi dan soalan kenapa ia sangat popular di tv? Formulanya mudah, tuliskan sahaja sebuah skrip filem mengikut acuan asalnya dengan menambahkan sedikit konflik yang cliche 'mari selamatkan kawan kita yang diculik TETAPI jangan libatkan polis DAN sebenarnya kita tak tahu arah ke mana nak dituju TETAPI kita naik ajer kereta reramai menuju Thailand DAN pastinya perjalanan kita akan mengujakan' serta sumbatkan watak-watak cameo dari pelakon-pelakon senior yang kelakar.. lalu berduyun-duyunlah peminat setia siritv-nya masuk ke panggung! Ringkasnya, filem ini wajar dikaji dari segi kepandaian pembikinan dan pemasaran sebuah filem komersial Melayu. Tahniah kepada Yeop Hitler kerana baru menjawat title pengarah filem Malaysia!

NOTA: sound system/speaker semasa pratonton DBTM semlm di GSC, 1-Utama sgt mengecewakan kerana terasa menonton pirated dvd ajer!!!


saya lewat TAPI untung.. why?.. coz dpt ambik tempat press yg tak dtg!.. so dpt seat yg tengah sikit.. maklumlah blogger selalunya dpt seat tepi2 coz dianggap penonton 'syarat' ajer katanya!.. btw, TQ to Nuradila GBSB coz jemput saya ;-)

pengarah: Mohd Latiff 'Hitler' Zami @ Yeop Hitler

Thursday, January 24, 2008

CUCI - naratif santai dan kemas!

Salaam..

Sejujurnya saya skeptikal dengan kemunculan sesebuah filem baru hasil tangan sulung seorang pengarah buat pertama kali. Mungkin ia sekadar untuk berkarya kerana mendapat budget jatuh ke riba? Agaknya juga dia berada di tempat yang betul pada masa yang betul? Barangkali dia sekadar memenuhkan lagi senarai berpangkat 'pengarah' dalam industri perfileman? Mungkin.. agaknya.. dan barangkali! Tetapi Hans Isaac telah membuktikan bahawa prasangka saya kadangkala tersasar! Filem CUCI ini adalah sebuah karya yang boleh dikatakan membanggakan!
Genre CUCI ialah 'sukan'. Cerita asasnya ialah 'pertandingan' yang sangat mudah dan terus-menerus. Maksud saya, filem sebegini hanya akan bercerita pasal rentetan kisah dari mulanya hendak berlawan, pertandingan itu dan apa kesudahannya? Menang atau kalah? Itu sahaja! Bagusnya filem ini kerana jalan cerita semudah itu digarap sekaligus dengan kisah 'pertandingan' watak-watak filem ini dari 'zero' kepada 'hero'. Filem ini juga bercerita secara berkumpulan ensemble cast dimana setiap watak saling bantu-membantu sesama sendiri untuk melengkapkan sebuah cerita penuh CUCI.
Filem ini juga cantik kerana cara-gaya penceritaanya yang 'pandai' menggunakan set-up/pay-off. Saya sukakan permainan naratifnya dimana ada perihal yang dicampak di awal/depan cerita kemudiannya ditatang semula menuju akhir/belakang penceritaan. Pembukaan filem ini di zaman kanak-kanak Fairil, Khai, C'tan dan Jojo sudah diberitahu segala sifat-sifat peribadi setiap individu mereka. Langkah 'keselamatan' di awal-awal lagi filem ini sememangnya 'menyelamatkan' setiap kepelikan watak-watak dewasa mereka kemudiannya. Semuanya jadi logik dan diterima-pakai.
Fairil - ketua, suka berbahasa bunga-bunga, bercita-cita tinggi (impian) digunakan dengan secara tidak langsung sebagai 'tukang beritahu' tentang tema filem ini secara indirect kepada penonton. Sinisnya apabila adik-adik Fairil kadangkala 'tertidur' apabila mendengar ceramah Fairil seakan menyindir bahawa misi filem ini lebih mengutamakan hiburan santai komersial yang sesuai ditonton seisi keluarga selain menjawab terus pertanyaan pengkritik sekiranya ada yang bertanya 'apa tema filem ini'? (huhu! ops! aku sudah macam iklan promosi CUCI pulak!)
Khai - lurus bendul dan naif. Watak ini yang betul-betul mengujakan untuk diikuti. Setiap patah dialognya akan di luar jangkaan dan saya tunggu-tunggu. Setiap reaksinya kepada tindakan watak sekelilingnya sangat jujur dan jadi kelakar tanpa dipaksa. Perhatikanlah setiap babak Khai, kamu pasti suka dimana babak yang paling saya gemar ialah apabila Khai 'berlawan pandang mata' dengan Wira. Ia mungkin babak cliche tapi hasilnya sangat tak disangka! Lagi satu pasal sifat Khai yang begitu tepat, jitu dan kalkulatif dimana akhirnya dia juga terlepas pandang satu panel cermin semasa pertandingan akhir. Ia menunjukkan bahawa kadangkala setiap manusia tiada yang sempurna dan ada masanya juga gagal walau sepakar manapun.
C'tan - cepat putus asa, skeptikal dan Acrophobia. Watak sebegini ialah konflik/obstacle yang akan merumitkan pertandingan melibatkan mencuci bangunan yang tinggi! Wujudnya C'tan dimainkan untuk 'melawan' watak Fairil dan menyeronokkan lagi CUCI kerana 'kekurangan'nya hendak ditonton apa akan jadinya? Itu sahaja. Pandai bukan?
Jojo - bodyguard dan tukang masak. Kontrasnya watak Jojo mewarnakan lagi adik-beradik ini. Jojo adalah contoh don't judge a book by it's cover atau air yang tenang jangan disangka tiada buaya (erk! ker silap pepatah aku? huhu!) Maksud saya, Jojo secara luarannya seorang yang macho dan 'menakutkan' tetapi di sebalik maskuliniti itu, Jojo seorang yang lembut hati dan seakan ibu ganti kepada adik-beradiknya yang lain.
CJ - wanita moden besi. Watak ini adalah tulang/mangkin filem ini. Seandainya CJ seorang wanita lemah gemalai pastinya filem ini jadi cliche satu lagi watak wanita korporat dalam filem kita. Eh! Kejap! Watak CJ memang cliche pun! Tetapi yang menariknya ialah babak-babak kontra sifat dia yang kononnya terperinci dan workaholic di bidang korporat sebenarnya gagal dalam kerja-kerja harian yang mudah seperti insiden-insiden di rumah ibu Farah!
Wira - antagonis semua watak lain. Watak lawan yang tipikal jahat tetapi BUKAN ganas! Watak Wira juga tidak digambarkan sebagai terlalu 'hitam' dipaksa-paksa untuk kita benci. Setiap perlakuannya adalah bersebab. Dia sebenarnya cerdik tetapi tenggelam dengan kecerdikannya sendiri. Sifat workaholic dan pengejaran materialistiknya boleh dicontohi untuk berjaya cuma kerana lahirnya dia dari harta keturunannya menyebabkan dia kurang arif dengan kesukaran menjadi ahli korporat yang bermula dari bawah. Watak sebegini tidak akan berubah dari awal ke akhir cerita kerana kadangkala ada orang yang sebegitu dimana menyangkakan apa yang dia buat betul selagi dia tidak menyalahi etika pertandingan. Dia oportunis dan optimis! Saya suka babak dimana watak lakonan Harith (aku lupa apa nama watak dia? sorry!) semasa berlatih golf, walaupun idea ringan iaitu 'orang gemuk selalunya pandai' sehingga mencetuskan idea kepada Wira untuk menawarkan kerja kepada Fairil (yang gemuk). Wira menterbalikkan idea if you can't fight them join them dimana dia mengajak Fairin ke syarikatnya.
Farah - watak wanita Melayu terakhir? Huhu! Farah ialah watak 'cermin terbalik' CJ. Itu sahaja.. dan kelakar!
Watak-watak tambahan/cameo filem ini juga menguatkan lagi komidi dan seronoknya CUCI. Misalnya babak ibu Farah lakonan Yusni 'memeriksa' satu-persatu adik-beradik itu mengingatkan saya kepada cerita Blind Men and an Elephant.. tetapi kali ini ia dikreatifkan! Pendek kata, CUCI perlu ditonton sekiranya kamu mahu menonton sebuah filem hiburan! Tahniah Hans Isaac!
NOTA:
- ada 2 babak kenderaan (van CUCI & kereta CJ) yg menggunakan kerja kamera "teknik 360 darjah" spt dlm filem War of the Worlds.. walaupun tak secanggih dan sedikit nampak 'murah' tetapi ideanya sama!
- "product placement" bersaiz paling besar dlm sebuah filem Malaysia ada di penghujung CUCI!

p/s: ejaan "Ajami Hashim" silap! nangisss!

Ucapan Hans Isaac


Trailer


http://www.hans-isaac.com/

terima kasih kpd Najib - Tall Order Production kerana menjemput saya ;-)

Thursday, January 17, 2008

Flower in the Pocket - cerita azman, azmi dan bapanya!

The revelation of true character in contrast or contradiction to characterization is fundamental to all fine storytelling. Life teaches this grand principle: What seems is not what is. People are not what they appear to be. A hidden nature waits concealed behind a facade of traits. No matter what they say, no matter how they comport themselves, the only way we ever come to know characters in depth is through their choices under pressure. - STORY by Robert McKee [pg.103]

Salaam..

Ini sebuah filem yang benar-benar saya ikuti ceritanya dari awal ke akhir seolah-olah tidak mengizinkan saya untuk menguap atau membelek telefon bimbit bagi membaca sms yang masuk! Sejujurnya saya kurang gemar menonton filem sebegini yang adakalanya sunyi-sepi tanpa sebarang bunyi atau muzik latar TETAPI filem yang ini saya 'masuk' ke dalamnya dan terhibur! Juga saya tidak ambil peduli sangat sekiranya ada pengkritik atau penonton lain yang mahu mengatakan filem ini berbaur sedikit sindiran sesama kaum? Saya tak kisah! Bagi saya TIADA beza seandainya filem ini dituturkan dalam bahasa Jerman atau Perancis kerana yang saya mahu kisahkan ialah ceritanya.

Filem ini memilih 5-6 hari dari kisah rutin kehidupan seharian Ma Li Ahn (@Azman), Ma Li Ohm (@Azmi) dan bapanya Ah Sui. Itu sahaja! Siang.. malam.. siang.. dan malam berulang-ulang. Seronoknya ialah apabila dalam durasi masa itu mereka melalui perihal-perihal baru hari demi hari. Di bahagian awal naratif filem ini ia terpecah kepada 2 cerita parallel storytelling: kisah 2 beradik dan bapa mereka. Masing-masing bergerak ke depan pada waktu yang sama dimana hanya berselisih di rumah mereka sahaja di waktu malam. Itu pun tiada komunikasi lisan!

cerita 1 - Ma Li Ohm & Ma Li Ahn

Sangat-sangat kiut! Cerita mereka mengajar erti kasih-sayang adik-beradik yang menginsafkan. Ia adalah refleksi hubungan yang jujur tidak kira apa jua rintangan. Mungkin kisahnya agak terlebih-lebih macam dongeng kerana hidupnya kanak-kanak ini seperti hanya ada 5-6 hari sahaja? Maksud saya, ulangan rutin mereka selama durasi filem ini menjengkelkan saya bila difikirkan semula. Setiap putaran hari bersekolah mereka ada benda baru yang akan memuncakkan satu klimak di penghujung hari terakhir filem ini. Seperti dongeng bukan? Tetapi kerana ini adalah dunia dalam sebuah filem, maka rentetan setiap insiden yang mereka lalui diterima-pakai untuk membulatkan sebuah penceritaan. Kisah dua beradik ini adalah kebusukan dari pelarian tanggungjawab penuh bapanya Ah Sui sebab itulah mereka suka bermain di tepi longkang dan kolam kumbahan. Mereka adalah mangsa. Mereka bukan sampah yang sukarela. Hadirnya Ayu/Atan adalah simpati dan harapan. Saya melihat secara ringkasnya naratif 2 beradik ini sebagai amaran kepada kekhayalan setiap orang yang bergelar penjaga.

cerita 2 - Ah Sui

Loser? Mungkin itu ringkasan hidup Ah Sui. Ia adalah cerita tentang kehilangan soul dan passion seorang lelaki duda. Manakala Mamat pula ialah kemeriahan rumahtangga yang sebenar walaupun ada ketikanya Mamat sendiri membebel pasal hal-hal kewangan keluarga barunya. Ah Sui sentiasa mengelak soal seksualiti sedangkan kontradiksi kelilingnya ialah patung-patung wanita bogel. Mungkin itu zahir yang saya nampak tetapi saya dapat rasakan bahawa Ah Sui sebenarnya memberhentikan pencarian cinta atau seks pengganti kerana terlalu kasihkan isterinya yang sudah mati sehingga sanggup menelan keratan gambar? Itulah kulit Ah Sui yang dilihat orang setiap hari. Tiada siapa yang tahu apa isi sebenar dalam hatinya. Inilah peringatan dari filem ini kerana sikap ketunggulan emosi dan diri Ah Sui perlu dibayar oleh anak-anaknya yang terbiar setiap hari. Kasihan!

cerita 1 + cerita 2

Yang paling saya suka ialah titik sentuh kedua-dua cerita iaitu pasal 'makanan' - anak sediakan bubur nasi+telur, bapa buang kerana basi, manakala bapa belikan nasi bungkus, anak buang juga kerana basi! Lagi satu ialah 'selimut' - selagi anak-anak tidak pergi ke sekolah, bapa kesejukan tanpa selimut! Air yang semakin kosong dan kosong dalam cerek di dapur adalah set-up yang akan mengakibatkan tragedi di akhir-akhir cerita sebagai pay-off yang juga penyambung terus kedua-dua cerita. Eh! Sekejap erk! Actually cerita diaorang bertembung di sekolah bila Ah Sui dipanggil mengadap guru besar kerana kes disiplin Li Ahn dan Li Ohm. Sorry! Bermula dari titik ini, saya mula fahami bahawa keluarga ini pernah bahagia dan tidak mustahil mereka akan terus bahagia dengan syarat semuanya bergerak serentak bukannya berasingan. Maksud saya, Ah Sui mesti kembali sebagai bapa. Kalau perlu, dia juga wajib mencarikan ibu pengganti merangkap isteri barunya. Kadangkala kita sangkakan bahawa kita mampu sebenarnya kita kaku dan beku!

cerita-cerita lain

Asasnya filem ini hendak bercerita tentang keterbengkalaian sebuah keluarga apabila hilangnya salah satu tiang rumahtangga iaitu isteri/ibu. Ia adalah cermin akibat bagi institusi kekeluargaan yang runtuh kerana perceraian atau kematian. Inilah hasilnya wahai penonton! Anak-anak terbiar. Maskuliniti kaum lelaki/bekas suami jadi kacau-bilau! Namun begitu, dari subplot ibu tunggal/ibu Ayu membuktikan juga kadangkala kaum hawa masih mampu meneruskan hidup menyara ibu sendiri (cameo Mak Inom) dan anaknya Ayu (@Atan). Oh ya! Watak Ayu/Atan mengingatkan saya kepada watak Orked dalam Mukhsin (fyi Amira Nasuha ialah 'budak mulut jahat' dalam Mukhsin!). Ketunggalan ibu Ayu dan ke-tomboy-an Ayu/Atan seolah-olah subtext yang mereka adalah lelaki-lelaki sdn. bhd. lengkap dengan potongan gaya rambut yang pendek. Lihat juga subplot cikgu yang memarahai Li Ahn dimana anaknya berpenyakit down-syndrome seakan menempelak sifat hipokrasi masyarakat.

Filem ini juga cuba 'berbaik sangka' sesama kaum. Contoh muhibbahnya Ayu/Atan dengan 'Azman' dan 'Azmi' rekaannya seakan harapan bangsa Malaysia yang tiada prasangka sedari kecil lagi. Dunia kanak-kanak memang bersih kerana mereka hanya mengenal rupa dan nama bukannya bangsa dan darjat. Comelnya filem ini bila Li Ahn menerangkan apakah bezanya 'tudung' dan 'songkok' kepada Li Ohm. Moleknya juga bila Ayu/Atan sanggup merenangi kumbahan hanya untuk 'memancing' perkenalan dengan Li Ahn dan Li Ohm dengan berumpankan seekor ikan! Si anjing bernama Happy adalah pengikat hubungan kawan mereka walaupun Ayu/Atan terpaksa bertopi keledar dan bersarung tangan! Ia membuktikan keikhlasan dan kejujuran sebuah persahabatan. Hendak seribu daya! Ia memberikan petanda bahawa komunikasi 2 dunia yang berbeza boleh berlaku dalam zon selamat. Wah! Sekarang saya dah macam buat ceramah kat kem Latihan Khidmat Negara budak-budak lepasan SPM pulak! Huhu!

rumusan

Filem ini mahu berkata: "regardless of what happens.. the show must go on!"

pautan: http://www.dahuangpictures.com/blogs/hana.php

*pergilah tonton filem ini di GSC Mid Valley, KL sementara tayangannya masih ada! berbaloi beb!

Saturday, January 12, 2008

JARUM HALUS - adaptasi sekerat jalan?

NOTA: POSTING INI ADALAH PENDAPAT PERIBADI SAYA SAHAJA DAN MUNGKIN TIDAK SEPENDAPAT DENGAN ULASAN OLEH MEDIA LAIN!
Attempts to adapt "pure" literature fail for two reasons: One is aesthetic impossibility. Image is prelinguistic; no cinematic equivalences or even approximations exist for conflicts buried in the extravagant language of master novelists and playwrights. Two, when a lesser talent attempts to adapt genius, which is more likely? Will a lesser talent rise to the level of genius, or will genius be dragged down to the level of the adaptor? - STORY by Robert McKee [pg. 367]

Salaam..

Naratif asalnya ialah Othello - di antara karya agung William Shakespeare. Jarum Halus adalah adaptasinya ke bentuk filem yang berwajahkan Malaysia. Ia satu hasil usaha yang sewajarnya diberikan kredit dan dihormati oleh Mark Tan yang baru berusia 22 tahun! Namun begitu Jarum Halus agak mengecewakan bagi seorang penonton mainstream seperti saya.

Awalnya sebelum menonton, saya mengharapkan untuk ia sebuah filem adaptasi sekemas dan sesegar filem 'O' (2001) arahan Tim Blake Nelson yang juga adaptasi Othello dari Hollywood. Saya teruja untuk melihatnya kerana ia filem ke-2 Malaysia yang berani mati untuk mengadaptasikan karya Shakespeare ke bentuk filem selepas filem Istana Berdarah (1964) arahan Hussein Haniff adaptasi dari Macbeth. Tapi setelah habis tayangan, saya keliru dengan maksud adaptasi Jarum Halus yang seakan sekerat jalan?

Babak bukaan filem ini yang menggunakan komunikasi moden masakini iaitu online chatting di antara 2 orang sahabat iaitu Iskandar (Iago) dan Rahim (Roderigo) dengan Baharudin (Brabanzio) untuk memecahkan rahsia Daniel Oh (Othello) yang kahwin lari dengan Mona (Desdemona) iaitu anak Baharudin. Ia satu idea kreatif yang saya jangkakan seakan janji bahawa filem ini akan berkembang sebagai sebuah penceritaan yang dipermudah dan biasa ditonton oleh orang kebanyakan. Babak-babak seterusnya mengintroduksikan watak Datuk Kalel (Montano) dan Michael (Cassio) dalam sebuah mesyuarat syarikat Ecotech. Watak Emilia (Emilia) iaitu isteri Iago pula diperkenalkan di sebuah kedai mamak. Ya! Watak-watak asal Othello 'diadaptasikan' sepenuhnya kepada watak-watak moden di Kuala Lumpur. Perpindahan acuan perwatakan itu semuanya seakan sudah ditekapkan dengan molek! Asasnya sudah berjaya. Cakap Melayu penuh oleh Daniel setiap kali bertutur dengan Datuk Kalel juga unik. Kemodenan cara hidup elit filem ini berjaya menggambarkan urbanisasi latarnya dari kostum dan rekaan set di kota metropolitan. Filem ini sejujurnya sudah cuba yang terbaik dan terkini.

Namun begitu, apabila plot Jarum Halus bergerak ke tengah cerita, filem ini seakan kehilangan identiti. Ia mahu jadi Othello yang asal atau adaptasi Jarum Halus versi Malaysia? Di sinilah saya mula kekeliruan samada filem ini hendak dimodenkan atau syok sendiri tenggelam dalam karya asal Shakespeare? Pertuturan dialog-dialog yang 90% dalam Bahasa Inggeris menambahkan kekalutan identiti Jarum Halus. Ia mahu jadi ketimuran tapi tenggelam-timbul dalam kebaratan. Paling mengejutkan saya, apabila ada dialog dari Daniel kepada 'bapa mertuanya' dengan memanggilnya 'Baharudin'? Perkahwinan campuran bangsa di antara Daniel dan Mona juga agak kabur samada ia sekadar untuk memenuhi rangka asal Othello atau benar-benar dikahwinkan? Maksud saya, perkahwinan di antara 2 bangsa terutamanya melibatkan orang Melayu-Cina memang sukar dan kadangkala jadi sensitif kerana ia melibatkan penukaran agama. Ya! Saya akui keikhlasan cinta Daniel mengahwini Mona memang ketara dipaparkan tetapi perkahwinan berlainan bangsa mereka seakan lapisan kulit sahaja tanpa mahu sekejap pun menyelami isinya betul-betul. Kadang-kadang cinta Daniel-Mona seakan mahu mendahului filem Sepet yang berjaya mengupas konflik percintaan Orked-Jason. Maklumlah kalau dalam Sepet, Orked-Jason tak sampai hajat untuk berkahwin tapi Daniel-Mona sudah diijabkabulkan! Maka saya mahu melihat sedikit-sebanyak isu kahwin-campur itu diceritakan. Tapi mungkin kerana terlalu terikat dengan kehendak acuan Shakespearian, filem ini hendak betul-betul mengikut plot asalnya 100%. Ada masanya filem ini juga seolah-olah mahu jadi Romeo+Juliet (1996) arahan Baz Luhrmann yang sejujurnya menggunakan dialog asal Shakespeare tetapi dalam setting dunia moden. Jarum Halus juga cuba dengan penggunaan pistol dan dialog-dialog asal Othello di beberapa babak. Lalu filem ini berkembang sehingga ke akhir menjadi kelam-kabut tujuan adaptasinya apatah lagi apabila visualnya bertukar menjadi MTV dengan dialog-dialog puitis dari narration yang berulang-ulang dan meleret-leret.