Tuesday, June 17, 2008

WAYANG ~ cerita kepincangan yang sempurna

"The main purpose of the Hikayat Seri Rama is to show the ideals of righteousness, love, loyalty, and selfless devotion."
ref: http://ias.berkeley.edu/orias/SEARama/RamaMalaysia.htm


Salaam..

Menonton filem WAYANG karya oleh Professor Dr. Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat dan mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.. sebuah cerita kepincangan yang sempurna!

..bersambung!

4 comments:

coffeeHolic said...

saya lebih sukakan nama asalnya "kelir kaku". pasti nnt berpeluang menonton filem ini.




*xsabar

babylal said...

saya pun suka kelir kaku dr wayang...
tp dr hatta yg nak wayang...
huhu

papepun, bangga sbb dr UiTm...

Fify said...

Saya adalah di antara yang bertuah dapat menonton filem WAYANG sebelum tayangan di pawagam. Bagi saya, filem ini dapat mendekatkan diri audien dengan budaya dan kesenian Melayu. Di jemput anda semua menonton jika anda benar-benar "CINTAKAN MELAYU KITA". sELAMAT MENONTON!!!

Anonymous said...

kecewa kerana wayang tak terpilih sebagai filem terbaik di FFM21... tapi setelah difikirkan kembali, sejak bila kita perlukan FFM untuk menilai sesebuah filem? =) wayang tetap terbaik di hati mereka yang dah menontonnya... yang belum menonton, jangan lupa tengok bila dah masuk panggung!