Friday, November 09, 2012

THE YELLOW SEA (2010)

ref:
wikipedia
cinemaautopsy

Filem ini antara rujukan terbaik bagaimana pengembangan watak dalam sesebuah skrip ditulis. Watak Gu-nam digambarkan sebagai seorang yang loser di awal filem, kemudian menjadi 'bola' ditendang ke sana-sini di pertengahan cerita, lalu akhirnya bangkit semula untuk memperjuangkan hak 'survival' dirinya sendiri di act-3 secara total. Gu-nam juga diberikan misi peribadi untuk mencari isterinya selari/serentak dengan tugas khasnya untuk membunuh seseorang di Korea. Mungkin pencarian isterinya itu ditulis seolah subplot sahaja, tetapi ia memberikan 'desakan' atau 'gangguan' kepada protagonist untuk menguatkan lagi 'backstory' perwatakannya serta memanjangkan penceritaan. Filem ini juga bercerita dengan tambahan-tambahan plot dan watak siapa-siapakah yang terlibat dengan skandal/misi pembunuhan yang menjadikan Gu-nam kambing hitam itu di sepanjang cerita. Exposition sedikit demi sedikit yang diceritakan serentak kepada khalayak/Gu-nam dengan apa saja info baru yang diselidiki/diketahui oleh Gu-nam melalui interogasinya kepada semua konco-konco yang terlibat. Struktur penceritaan filem ini yang dibahagikan kepada kronologi 4 'chapters' lengkap dengan tajuknya seperti 4 buah filem pendek yang bersambung mirip struktur penulisan siri filem Kill Bill, cuma ia secara linear; 1.Taxi Driver 2.Killer 3.Joseonjok 4.The Yellow Sea. Penamat filem ini seakan tergantung tetapi begitu kuat kesannya kepada penontonan saya kerana Gu-nam seolah meninggalkan saya tanpa memberitahu apa di fikirannya setelah kami sama-sama terjebak dengan perhitungan hidup/mati di sepanjang filem ini! Best!