Wednesday, September 14, 2016

bicaraskrip #1 jual-beli

Salam.

Semua orang ada idea yang best giler untuk ditulis jadi skrip, jadi filem. Namun begitu hanya cerita yang didengar, dinilai dan disukai oleh para panel sesebuah syarikat produksi sahaja yang akhirnya menjadi kenyataan difilemkan. Kenapa?

Saya cuba untuk mengupas persoalan itu dari pandangan peribadi saya. Mungkin ia berguna kepada anda sebagai penulis skrip atau mungkin juga ia sekadar cakap-cakap kosong sampah sahaja. Terpulang.

Topik sulung blog bicaraskrip #1 kali ini ialah 'jual-beli'.

Bayangkan anda salah seorang panel penilai dalam satu sesi pitch. Maka datanglah seorang peng-pitch yang mungkin latarnya seorang penulis skrip bebas sdn bhd yang baru pertama kali mengadap anda. Mungkin juga dia seorang penulis skrip veteran. Mungkin juga dia seorang penerbit filem. Mungkin juga dia seorang pengarah filem. Mungkin juga dia seorang penulis novel. Mungkin juga dia hanya sekadar seseorang yang ada idea yang dirasakannya bagus ya amat! Bagus tu benda subjektif. Tak bagus pada kita, mungkin bagus pada orang lain.

Tetapi.. sebagai seorang panel penilai anda hanya mahu mendengar cerita yang berpotensi mengikut kriteria yang anda sudah sebatikan dalam minda sebelum dia masuk ke bilik itu. Yakni yang paling utama ialah pitch yang boleh dijual-beli sama ada dari sudut pelaburan duit atau pelaburan nama syarikat produksi anda.

Ok cukup setakat itu. Ingat! Kata kunci jual-beli.

No comments: