Thursday, September 15, 2016

bicaraskrip #2 sinopsis

Salam.

Sinopsis ialah 'umpan' paling asas bagi seseorang penulis skrip untuk 'memancing' pendengar cerita anda. Hidup atau mati, terima atau tolak karya anda untuk ke peringkat seterusnya bergantung betapa menariknya ringkasan cerita yang anda 'goreng' dalam bentuk sinopsis.

Biasanya saya sangat-sangat menghargai seandainya penulis hanya menghantar via email 1 hingga 3 mukasurat sinopsis sahaja yang mampu memberi gambaran bahawa cerita anda memang best!

Kadangkala ada penulis yang walaupun menghantar waima 1 mukasurat sahaja pun sudah mampu menggarap isi-isi penting cerita asasnya. Sinopsis tak semestinya kena panjang berjela. Sinopsis hanya bertujuan hendak menjual idea yang sekurang-kurangnya memberi info apakah genre dan nilai komersial atau untuk branding content sesebuah produksi yang disasarkan?

Ingat! Jangan syok sendiri, meraban, merepek. meroyan, merayau yang bukan-bukan! Ringkasan cerita sahaja!