kuntilanak 2 - mari belajar struktur sekuel cerita seram?


Filem sekuel juga kadangkala terpaksa 'mematikan' watak2 yg tidak boleh dikembangkan lagi iaitu misalnya dalam K2 - Agung, Bu Yanti dan Iwank kerana mereka adalah saki-baki watak2 dari K1 yg sepatutnya sudah mati dahulu. Namun 'pematian' watak2 itu bukanlah sekadar untuk memanjang cerita tetapi dijadikan plot atau keperluan dalam naratif untuk mengakibatkan Sam lebih beremosi sehinggalah klimak filem ini. Ia adalah cause & effect. Set-up & pay-off.Kembali kpd persoalan apa yg 'baru' dlm K2? Sekte Mangkoedjiwo! Kumpulan kultus (cult) ini diangkat dlm K2 sebagai kesinambungan plot watak Sri Sukma dari K1 (yg sudah mati). Dlm K1, kultus ini hanya wujud sebagai exposition dari dialog2 Sri Sukma sahaja. Kini penonton diperkenalkan kpd setiap anggotanya yg mempunyai pelbagai latar kekejaman. Kenapa? Pada pendapat saya, kultus ini adalah antagonis berkumpulan paling besar kpd Sam (protagonis) dlm K2. Antagonis lain ialah diri Sam sendiri yg mirip spt kisah Dr. Jekyll & Mr. Hyde. Mungkin kerana ini ialah filem sekuel K1 >> K2, dimana Sam berada di tahap pertengahan utk menjadi pemanggil kuntilanak yg sempurna. Maka Sam masih dlm skala 50-50 iaitu Sam 'baik' vs. Sam 'jahat' seperti tagline K2 "Semua Orang Memiliki Sisi Gelap". Saya yakin bahawa K3 akan muncul dlm bentuk Sam yg 100% full-circle sebagai pemanggil kuntilanak!
Cuma setelah habis menonton K2, saya merasakan bahawa K2 sedikit kurang berbanding K1 kerana K2 lebih menumpukan exposition konflik dalaman diri Sam dan kekejaman kultus Sekte Mangkoedjiwo. K2 seakan bukan 100% horror film 'berhantu' kerana kuntilanak yg dipaparkan hanyalah wujud dlm bentuk fast-cut atau jump-cut editing yg mencelahi setiap mangsanya. Mungkin K2 tidak mahu pengulangan bentuk kuntilanak yg sama seperti K1 dimana ada versi kuntilanak ala unicorn atau ala ju-on atau kanak2 kecil yg jelas dipertontonkan. Kali ini kuntilanaknya lebih pantas dan muncul secara kejutan close-up sahaja. Mungkin penggemar filem seram akan merasa tidak puas dengan cara suntingan laju sebegini? (ini pendapat saya). Naratif K2 juga lebih banyak menumpukan plot percintaan Sam-Agung. Ia seakan lebih kepada genre drama berbanding genre seram? Satu lagi yg menjengkelkan saya ialah sekuen pembukaan filem ini selama hampir 10 minit yg memaparkan 3 orang kanak-kanak revisiting rumah berhantu dari K1. Saya tidak pasti apa relevant-nya? Mungkin sebagai revision K1? Namun begitu, saya menyukai plot2 introduksi Yenny dan 'ibu' Sam yg sudah tentu perlukan sekuel K3! Satu strategi pra-marketing yg pandai! :-) Kesimpulan: saya tidak sabar menunggu sekuel K3 untuk melihat Sam yg 'jahat 100%'!!!
REF:

Comments